23 Februari 2010

PANDUAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SIRI 31 - ISU KARANGAN DARIPADA BUKU TEKS

UNIT 1 TEKS TINGKATAN 4 SENARIO MASYARAKAT KITA Berikut adalah antara isu yang boleh dijadikan topik perbincangan dalam kelas atau tajuk karangan berdasarkan Unit 1 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (DBP)

Masyarakat Malaysia Alaf Baru
• Suasana Harmoni Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
• Masyarakat Era E-Komuniti
• Masyarakat Celik Komputer
• Hubungan Baik Antara Pelbagai Kaum Di Negara Ini
• Kepentingan Menggunakan Ayat Bertatasusila Sewaktu Berkomunikasi
• Kegiatan Kejiranan Dalam Masyarakat
• Kepentingan Hubungan Baik Antara Jiran Dalam Kehidupan Bermasyarakat
• Semangat Kejiranan Dalam Masyarakat Melayu Tradisional
• Proses Pembandaran Dan Budaya Hidup Baru Masyarakat
• Kelunturan Ikatan Kejiranan Akibat Perubahan Dan Pemodenan Serta Kesan-Kesannya
• Usaha-Usaha Mengeratkan Hubungan Kejiranan Dalam Sesebuah Kawasan
• Kebaikan Dan Keburukan Hubungan Yang Terlalu Rapat Antara Jiran Tetangga
(c) cikgu shuhaimi

12 Februari 2010

SELAMAT DATANG KE MRSM TRANSKRIAN, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

Pada 17 Februari 2010, kami akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 1 dan pelajar-pelajar lama maktab untuk Tingkatan 4. Saya bagi pihak guru-guru dan warga kerja mengucapkan Selamat Datang kepada para pelajar dan ibu bapa sekalian ke bumi MRSM Transkrian .

Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang Perai Selatan, maktab ini yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002. Asal mulanya kawasan ini merupakan kawasan ladang. Lokasinya yang berhampiran dengan bandar Parit Buntar (Perak) menyebabkan beberapa pihak sering menganggap bahawa maktab ini terletak dalam negeri Perak. Berkemungkinan perkataan 'krian' itu telah disamakan dengan daerah Kerian sedangkan nama Krian adalah panggilan biasa orang tua-tua atau nama asal untuk kawasan Nibong Tebal.

Terdapat tiga buah institusi pendidikan utama yang menjadi jiran maktab iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah dan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Kawasan petempatan termasuklah Taman Ilmu, Ladang Transkrian, Taman Pekaka, Taman Sempadan, Taman Transkrian dan Kampung Seri Ampangan

PENGETUA
1. Encik Saleh bin Osman April 2002 - Dis 2004
2. Haji Mohd Yusoff bin Hassan Jan 2005 - Nov2008
3. Encik Shamsudin bin Suip Dis 2008 - kini

TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL AKADEMIK (HEA)
1. Encik Noor Hassan bin Hj Hussain April 2002 - Ogos 2007
2. Encik Shamsuri bin Mahat Sept 2007 - Feb 2010
3. Puan Norhayati bt Abdul Rahman Feb 2010 -

TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
1. Encik Mohd Yusof bin Yahaya April 2002 - Dis 2003
2. Haji Othman bin Ahmad Jan 2004 - Dis 2006
3. Puan Maimun bt Yusoff Jan 2007 - kini

TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL KOKURIKULUM (HEKo)
1. Puan Norhayati bt Abdul Rahman Dis 2009 - Feb 2010
2. Encik Shamsuri bin Mahat Feb 2010 -

PELAJAR TERBAIK SPM 2003-2010
003 - Sdri. Puteri Izyan Hazwani bt Megat Khushari 9 1A
2004 - Sdri. Izzat Nur Laila bt Ishak 8 1A 2 2A (10A)
2005 - Sdri. Izzati Zahidah bt Othman 9 1A 1 2A (10A)
- Sdra.Mohd Izwan Ismail 9 1A 1 2A (10A)
- Sdri. Noradila bt Ishak 9 1A 1 2A (10A)
- Sdri. Nurulafida Nursaiba bt Mohd Shkukor 9 1A 1 2A (10A)
2006 - Sdri. Faraheen Hazirah bt Mohd Azhar 10 1A
2007 - Sdri. Bainun bt Jamal Mohd 10 1A
2008 - Sdri. Nor Arinie bt Zainuddin 10 1A


PRESIDEN BADAN WAKIL PELAJAR (BWP)
2002-2003 - Sdra. Mohd Taufiq bin Ahmad Tarmizi
2003-2004 - Sdra. Ku Ahmad Fatakhsya bin Ku Talib
2004-2005 - Sdra. Muhammad Azrai Nazrin bin Mohamad Ali
2005-2006 - Sdra. Muhammad Danial bin Salim
2006-2007 - Sdra. Muhd.Hanafi bin Mazlan
2007-2008 - Sdra. Syazwan Saufi bin Abdul Shukur
2008-2009 - Sdra. Ahmad Sallehudin bin Mokhtarruddin
2009-2010 - Sdra. Muhammad Aiman bin Abdullah

PRESIDEN LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR (LDP)
2002-2003 - Sdri. Nuraini bt Ghazali
2003-2004 - Sdra. Arif bin Hashim
2004-2005 - Sdra. Mohd Zaiful Fazli bin Zailani
2005-2006 - Sdra. Mohd Syafiqul Islam bin Mohd Fadzlullah
2006-2007 - Sdra. Mohd Kamil Syafiq bin Abdul Razak
2007-2008 - Sdra. Mohd Hariz bin Lut
2008-2009 - Sdra. Muhammad Salihin bin Mohd Nor
2009-2010 - Sdra. Muhd Amir Rusydi bin Mohd Johari

(c) cikgu shuhaimi