15 Mac 2010

PANDUAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SIRI 33 - ISU KARANGAN DARIPADA BUKU TEKS

UNIT 2 TEKS TINGKATAN 4 AMBANG REMAJA
Berikut adalah antara isu yang boleh dijadikan topik perbincangan dalam kelas atau tajuk karangan berdasarkan Unit 2 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (DBP)

• Ciri-Ciri Sahsiah Pada Diri Remaja Sebagai Pemimpin Masa Depan
• Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja Masa Kini
• Beberapa Strategi Untuk Mengatasi Masalah Remaja
• Mempertingkatkan Kesedaran Remaja Melalui Kempen Kesedaran
• Golongan Remaja Aset Negara Pada Masa Depan
• Remaja Dan Krisis Identiti
• Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pelajar Yang Terlibat Dengan Kegiatan Jenayah
• Masalah Ponteng Sekolah
• Aktiviti-Aktiviti Bermanfaat Untuk Mengisi Zaman Remaja
• Kebaikan Kem Remaja/ Kem Bina Semangat
• Peranan Remaja Sebagai Anggota Keluarga
• Remaja Dan Seni Mempertahankan Diri
• Remaja Sebagai Pelapis Generasi Akan Datang
• Profil Dan Ciri-Ciri Remaja Yang Cemerlang
• Remaja Dan Kegiatan Berpasukan/ Aktiviti Kokurikulum
• Kebaikan Kegiatan Kokurikulum Kepada Pelajar
(c) cikgu shuhaimi

11 Mac 2010

ALHAMDULILLAH..PENCAPAIAN BAHASA MELAYU SPM 2009 MRSM TRANSKRIAN MENINGKAT !!

Keputusan SPM 2009 telah dikeluarkan pagi tadi. Kini, hari menghampiri 12 Mac 2010. Bersyukur saya ke hadrat Allah swt. kerana dengan limpahan kurnia dan perkenan-Nya, pelajar-pelajar Tingkatan 5 2009 MRSM Transkrian telah memperoleh 100% A untuk subjek Bahasa Melayu sekali gus membantu pencapaian yang terbaik bagi subjek itu setakat ini sejak maktab mula mengambil SPM pada tahun 2003.
Seramai 137 orang memperoleh gred A+, 16 orang gred A dan seorang gred A- yang menghasilkan Gred Purata Subjek (GPS) 0.12. Jika dihitung menggunakan skala gred lama, seramai 153 orang memperoleh gred 1A dan seorang memperoleh gred 2A dengan GPSnya 1.01 GPS yang diperoleh untuk subjek Bahasa Melayu sejak SPM 2003 adalah seperti berikut: 2003 (1.44), 2004(1.22), 2005 (1.34), 2006 (1.05),2007 (1.07) dan 2008 (1.28). Hal ini jelas menunjukkan peningkatan dan satu rekod bagi Unit Bahasa Melayu, MRSM Transkrian. Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar dan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian (Puan Siti Zurhaida, Puan Zuraida Riza, Puan Haslinda & Puan Aina) termasuk Cikgu Maznan Maamor yang kini bertugas di MRSM Bentong.
MRSM Transkrian berkedudukan nombor 3 daripada 36 buah MRSM dari segi pencapaian subjek Bahasa Melayu dengan 8 buah MRSM memperoleh kelulusan 100% A bagi SPM kali ini.
MRSM-MRSM tersebut ialah MRSM Pengkalan Chepa, Langkawi, Transkrian, Pengkalan Hulu, Lenggong, Pasir Salak,Pendang & Merbok.
Semoga keputusan yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 2010 berusaha dengan lebih gigih dan memperoleh keputusan yang cemerlang dengan izin Allah swt. Kami meletakkan sasaran GPS 0.02 untuk pencapaian Bahasa Melayu SPM 2010 MRSM Transkrian. Semoga Allah memberkati dan meredai usaha kami.

09 Mac 2010

MRSM TRANSKRIAN DALAM AKHBAR -2010 SIRI 1

Pelajar-pelajar MRSM Transkrian bersama dengan Pengetua, Encik Samsudin Suip mengangkat isyarat 1 sebagai tanda untuk menyatakan ekspresi gembira terhadap gabungan kek yang telah dihias membentuk logo 1Malaysia bersempena dengan Minggu Aktiviti MRSM Transkrian baru-baru ini.

04 Mac 2010

SKALA GRED BAHASA MELAYU SPM

Salam
Mungkinkah pembahagian markah Bahasa Melayu SPM menggunakan gred A+ hingga G mulai 2010 adalah seperti di bawah?
Skala Gred yang sama telah mula digunakan untuk SPM 2009. Cuma kita tidak pasti pembahagian markah bagi setiap gred. Kita tunggu dan lihat akan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam SPM 2009 yang pertama kali menggunakan sistem penggredan yang baru.
Skala ini cuma jangkaan saya sahaja beserta jangkaan nilai bagi setiap gred untuk tujuan pengiraan Gred Purata Subjek (GPS). Apa-apa pun pembahagian markahnya , pada hemat saya, setiap calon perlu mempunyai konsep FIKIR 90 (THINK 90) untuk memperoleh A+ dalam subjek Bahasa Melayu SPM.
A+ 90-100 nilai 0.00
A 85 - 89 nilai 1.00
A- 80 - 85 nilai 2.00
B+ 75 - 79 nilai 3.00
B 70 - 74 nilai 4.00
C+ 65 - 69 nilai 5.00
C 60 - 64 nilai 6.00
D 55 - 59 nilai 7.00
E 50 - 54 nilai 8.00
G 00 - 49 nilai 9.00

03 Mac 2010

PANDUAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SIRI 32 - PENULISAN KARANGAN SPM BAHAGIAN A

1. Soalan Bahagian A wajib dijawab dan satu soalan daripada Bahagian B wajib
dijawab.
Markah Bahagian A : 30 markah.
Markah Bahagian B : 100 markah.

Masa : 2 jam 15 minit @ (135 minit )
Bahagian A : 45 minit
Bahagian B : 90 minit

2 Pelajar/calon perlu mempunyai maklumat dan input tentang dimensi dalam penulisan karangan peringkat SPM iaitu:
(a) Dimensi Individu/Remaja
(b) Dimensi Keluarga
(c) Dimensi Masyarakat
(d) Dimensi Negara
(e) Dimensi Antarabangsa

3. Agihan masa penulisan karangan Bahagian A
1. Perancangan - 10 minit
2. Penulisan - 30 minit
3. Penyemakan - 5 minit
KESELURUHAN - 45 minit

4. Panduan menulis karangan Bahagian A
1. Baca soalan dan lihat bahan rangsangan dengan teliti.
2. Kenal pasti :
i. tema bahan rangsangan
ii. kehendak tugasan soalan
3. Sediakan rangka karangan – ringkasan isi / idea.
4. Pastikan karangan anda antara 200 – 250 patah perkataan.
5. Soalan yang dikemukakan berada pada aras sederhana

5. Penskoran karangan Bahagian A ( 26-30)
Karangan menepati tema bahan rangsangan (sama ada secara tersurat atau
tersirat)
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan
ungkapan yang menarik. (Pandangan tokoh/ pendapat tokoh/ peribahasa/
slogan/kata-kata hikmat)
Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan
matang

6. Pemerengganan Karangan Bahagian A
Perenggan 1 Pengenalan ( 35 patah perkataan )
Perenggan 2 Isi 1 ( 65 patah perkataan )
Perenggan 3 Isi 2 ( 65patah perkataan )
Perenggan 4 Isi 3 ( 65 patah perkataan )
Perenggan 5 Kesimpulan ( 20 patah perkataan )
Jumlah (250 patah perkataan )

(c) cikgu shuhaimi

02 Mac 2010

TERIMA KASIH MRSM TAIPING !

Pada 27 Februari 2010 saya telah menyampaikan ceramah tentang teknik menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu SPM di MRSM Taiping, Perak. Jemputan untuk saya menyampaikan ceramah tersebut dibuat sebulan sebelum itu. Saya menerima undangan itu sebagai tapak permulaan untuk saya menyampaikan ceramah pada tahun ini dan sebagai tapak ujian kesihatan saya sama ada masih boleh menyampaikan ceramah. Alhamdulillah! Allah mengizinkan saya dengan limpahan kurnia iradat dan kudrat-Nya. Walaupun, ada kalanya terpaksa duduk, pelajar-pelajar MRSM Taiping memberikan kerjasama dan sokongan kepada saya. Terima kasih! Juga ucapan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Melayu MRSM Taiping- Cikgu Abrar, Cikgu Asriyah, Cikgu Salmiah, Cikgu Mohd Abdullah, Cikgu Fadzliana, Cikgu Ruhimi dan lain-lain atas layanan dan kerjasama.
(c) cikgu shuhaimi