23 Ogos 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 23 OGOS-2 SEPTEMBER 2010

Salam..
Saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2010 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 MRSM Transkrian . Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya-Allah. Sasarkan GPS bawah 1.50 untuk SPM 2010!

17 Ogos 2010

TERIMA KASIH MRSM PENDANG, KEDAH DARUL AMAN !

Pada 14 Ogos yang lalu saya telah diundang oleh Maktab Rendah Sains MARA Pendang yang terletak di Mukim Ayer Putih Dalam, Bukit Jenun, Pendang untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
Terima kasih kepada Pengetua MRSMPDG , Gg Nur Rosmah Abdul Wahab (Guru Kanan Bahasa Melayu) dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain terutama Cg Shurdi yang mengundang saya ke sana. Respons 128 pelajar MRSM Pendang amat baik dan menyenangkan hati.
Saya mendoakan pelajar-pelajar MRSM Pendang agar dikurniai Allah SWT kejayaan 100% A+ dalam subjek Bahasa Melayu seperti yang saya doakan untuk pelajar-pelajar saya di MRSM Transkrian dan pelajar-pelajar sekolah isteri saya di SMT Seberang Perai, Bukit Mertajam, insya-Allah.
(c) cikgu shuhaimi

16 Ogos 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2010 16 OGOS-20 OGOS 2010

Salam..
Saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR 2010 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 MRSM Transkrian . Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya-Allah. Sasarkan 8A !

02 Ogos 2010

TERIMA KASIH SM VOKASIONAL BALIK PULAU !

Pada 24 Julai yang lalu saya telah diundang oleh Panitia Bahasa Melayu SM Vokasinonal Balik Pulau ( saya lebih gemar menyebutnya sebagai Teknik Balik Pulau) untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. alu
Terima kasih kepada Pengetua SMVBP , Puan Latifah Yusof, Cg Salina Sahid (Ketua Panitia Bahasa Melayu) dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain serta Cg Shama Kamaludin (Ketua Jabatan Bahasa) yang mengundang saya ke sana. Respons pelajar-pelajar amat baik dan menyenangkan hati.
Terima kasih khas buat isteri saya, Puan Zainiah Mohd Ali yang sudi menemani saya ke sana di samping berkongsi pengalaman beliau semasa bertugas di Teknik Balik Pulau (1993-2001) dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 tersebut.
(c)cikgu shuhaimi