PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (2) * Untuk soalan pemahaman 2d yang melibatkan sama ada puisi tradisional atau sajak, teks-teks berikut, masih belum dipilih untuk diuji dalam SPM (baik Jun mahupun November) :
Syair Kelebihan Ilmu & Pantun Enam Kerat (Kerusi), Di Ruang Gemanya, Duhai Pentafsir (Kerusi) dan Jalan-Jalan Raya Kotaku (Anak Laut). Selain itu,
Syair Jong Pecah (karya Adibah Amin) juga perlu diberi perhatian memandangkan syair ini agak panjang dan hanya sebahagian syair yang dipilih untuk diuji dalam SPM Jun 2002. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada
keenam-enam teks tersebut dengan tidak mengetepikan teks yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui

* Untuk
Soalan 3: Pengetahuan & Kemahiran Bahasa, saya berharap agar para pelajar memberikan perhatian kepada soalan
3b yang berupa soalan yang berfokuskan
aspek sintaksis atau ayat dan soalan
3e yang berupa soalan
Peribahasa. Soalan
3a, 3c dan
3d merupakan soalan yang tidak banyak mengalami perubahan. Antara aspek daalam soalan 3b yang perlu diberi perhatian adalah:
(i) menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
(ii) menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
(iii)menukarkan karangan biasa kepada dialog
(iv)mengenal pasti jenis ayat/ bentuk ayat
(v) menggabungkan ayat/ mencerakinkan ayat
(vi) mengenal pasti jenis kata
* Kepada calon SPM 2010 yang ingin mendapatkan soalan Bahasa Melayu peperiksaan Percubaan SPM bagi beberapa buah negeri yang akan bermula tidak lama lagi, sentiasalah melayari laman blog rakan-rakan saya seperti Cg Samat Buang, Cg Abdul Razak dan Cg Zaki. Saya tidak akan memuatnaikkan soalan-soalan tersebut kerana saya yakin rakan-rakan saya ini akan berbuat demikian dan bolehlah anda semua melawat laman blog mereka melalui pautan yang disediakan.
(c) shuhaimi sulaiman