23 November 2009

HARI KELUARGA MRSM TRANSKRIAN


Hari Keluarga MRSM Transkrian diadakan pada hari Sabtu 21 November 2009 di kawasan lapang berdekatan blok akademik menengah rendah. Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua maktab, Encik Samsudin bin Suip.

18 November 2009

CATATAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2009 (NOVEMBER)

Berikut dipaparkan catatan tentang Kertas 2 Bahasa Melayu SPM 2009 (November)

NOV 2009
Soalan 1 :
Merumuskan Karangan Isu- (Sains-Kepentingan Tidur)
Soalan 2 :
2a- Pemahaman Petikan Umum
2b- Pemahaman Cerpen Teks-Virus Zel Untuk Abah (Kerusi)
2c-Pemahaman Prosa Tradisional Teks- Kisah Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Kerusi)
2d-Pemahaman Sajak Teks-Anak Laut (Anak Laut)
Soalan 3 :
3a-Membina ayat - kata ganda berirama
3b-Mengenal pasti subjek & predikat
3c-Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan
3d-Mengenal pasti kesalahan kata dan tatabahasa
3e-Peribahasa - mengisi tempat kosong dalam dialog
Soalan 4 :
4a- ketabahan watak utama (1 novel)
4b- nilai kasih sayang (2 novel)

CATATAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM 2009 (NOVEMBER)

Berikut dipaparkan catatan tentang Kertas 1 Bahasa Melayu SPM 2009 (November)

NOV 2009
Bhg A
Pendapat
Faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan beruniform. Individu/Masyarakat/Negara
Bhg B
1 Perbincangan Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak menjadi insan yang berguna . Keluarga
2 HuraianKebaikan-kebaikan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah dalam kalangan masyarakat Masyarakat
3 Penjelasan Kepentingan memahami sejarah penubuhan negara kita demi memupuk rasa cinta akan negara Negara
4 Rencana Kesan pemanasan global terhadap bumi dan hidupan. Antarabangsa
5 Penjelasan Pengajaran-pengajaran daripada sebuah novel yang dibaca . Individu

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2009- TINGKATAN LIMA MRSM TRANSKRIAN!

Dengan iringan doa tulus ikhlas dan harapan yang tinggi, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI SPM 2009 kepada pelajar-pelajar tingkatan lima MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Dengan izin Allah swt,semoga anda semua menghasilkan keputusan SPM paling cemerlang dengan sasaran Gred Purata Maktab 1.80 ke bawah dan berada dalam kumpulan lima terbaik MRSM!
'A Thinking & Enriching College-Better Than The Best'


17 November 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2009

Kejayaan adalah daripada hasrat seseorang itu sendiri untuk mencapainya. Apabila tercetus hasrat untuk berjaya, maka seseorang itu akan berusaha untuk mencapainya dengan segemilang yang mungkin.
Tidak ada apa-apa perkara yang boleh mengambil tempat usaha. Oleh itu, kepada orang yang mahu berjaya, berusaha adalah satu syarat mutlak untuk mencapainya. Berusaha bersungguh-sungguh juga bermakna seseorang itu tidak akan mudah berputus asa dalam mengerjakan sesuatu. Selagi dia yakin bahawa dia berpeluang untuk memperoleh kejayaan, dia akan berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkannya.
Sejarah insan-insan yang berjaya membuktikan bahawa komitmen yang tinggi membuahkan kejayaan yang memuaskan. Thomas Edison,misalnya telah berjaya mencipta lampu mentol. Ciptaannya telah menyenangkan kehidupan semua orang termasuk kita semua. Tetapi, adakah kita tahu akan keperitan serta kesusahan yang dialami oleh Thomas edison dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang manis itu? Beliau telah mengalami beribu-ribu kali kegagalan sebelum kajiannya berjaya membuahkan hasil.Justeru bagi seseorang yang ingin berjaya, matlamat dan hasratnya perlu jelas. Jiwanya juga perlu kuat kerana sepanjang jalan untuk mencapai kejayaan itu, dia bakal menempuh pelbagai halangan dan cabaran yang kadang kala amat menyakitkan. Oleh itu, dalam usaha untuk berjaya, seseorang itu perlu ada perancangan yang teliti ke arah kejayannya. Setiap hari yang dilalui perlu diisi dengan hal-hal yang berfaedah. Sebagai pelajar yang ingin berjaya, para pelajar perlu siap dengan perancangan kejayaan para pelajar sekalian.
Marilah sama-sama kita renungi matlamat kita mengharungi kehidupan sebagai pelajar. Marilah kita cipta hasrat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2009 nanti. KEPADA SEMUA CALON SPM 2009 KHUSUSNYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI- SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENDUDUKI SPM yang akan bermula esok 18 November 2009/
(c)cikgumie

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 19

MENJELANG PEPERIKSAAN... Assalamualaikum wrb
Apabila ditanya tentang soalan ramalan/isu ramalan, bagi saya:
-TIDAK ADA TOPIK/ISURAMALAN !
-TIDAK BERANI MEMBUAT RAMALAN!
-SEGALANYA MUNGKIN ! -
TEKS YANG TELAH DIPILIH DAHULU ATAU YANG DITERBITKAN UNTUK EDISI JUN, TIDAK MUSTAHIL DIPILIH SEMULA!
-YANG PERLU DILAKUKAN ADALAH KESUNGGUHAN ,ULANG KAJI,LATIHAN FOKUS & PENEKANAN
-ALLAH BERSAMA DENGAN KITA
-SEMUANYA ALLAH YANG MENENTUKAN!

Pada hemat saya, bagi soalan dalam Kertas 1 sama ada Bahagian A atau B, isu-isu yang dikemukakan merupakan isu yang dekat dengan kehidupan pelajar atau yang sering melingkari hidup kita baik sebagai individu, ibu bapa, mahupun sebagai masyarakat atau rakyat
Saya teringat akan isu gotong royong/program kemasyarakatan/peranan remaja/perpaduan/pelancongan/peranan ibu bapa/aktiviti harian untuk soalan Kertas 1.

Untuk Kertas 2, telah saya gariskan fokus ulang kaji untuk soalan pemahaman komsas mengikut keutamaan dengan langsung tidak mengetepikan soalan merumuskan karangan, pemahaman petikan umum, pengetahuan dan kemahiran bahasa serta novel.
Cuma gerak hati saya teringat akan isu kemasyarakatan untuk merumuskan karangan ,teks drama- JANGAN BUNUH RAMA-RAMA, cerpen-VIRUS ZEL UNTUK ABAH,teks klasik -PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT/KISAH KEPAHLAWANAN TUN BERAIM BAPA, puisi tradisional - SYAIR KELEBIHAN ILMU, aspek Cakap Ajuk Cakap Pindah untuk soalan 3b, aspek nilai, kepincangan masyarakat,kemuncak cerita (klimaks) dan watak sampingan untuk soalan novel.

PUN BEGITU, WALAU APA-APA JUA YANG DISOAL, SEGALANYA KITA TERIMA DENGAN , YAKIN, REDA DAN PENUH TAWAKKAL, JAWABLAH DENGAN TENANG

Sekiranya anda mendapat soalan dari mana-mana sumber baik yang berupa ramalan, telahan mahupun jangkaan , jadikan soalan-soalan itu sebagai bahan atau wahana ulang kaji dan persediaan untuk mencipta kecemerlangan subjek Bahasa Melayu SPM. Insya-Allah, anda akan memperoleh A+

16 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 18

Assalamualaikum wrb
Kepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac , April dan Oktober 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin
DRAMA - JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
Nur Atma 1 : BilaTuk Mah sakit?
Bidan Tuk Mah : Agak lama juga.Masa tu Tuk Mah bukan digelar Tuk Mah,
tetapi Emas Asa Puteri Shahrul Karimah.
Wak Keletung : Asal Tuk Mah bukan asal kita.Nenek moyang Tuk Mah
bergelar Zulkarnain.
Nur Atma 1 : Berketurunan.Bergelaran.
Bidan Tuk Mah : Itu zaman lampau.Zaman muda Tuk Mah.
Nur Atma 1 : Apa puncanya Tuk Mah menjadi bidan dan bomoh?
Wak Keletung : Ceritanyabegini.Pada suatu malam Tuk Mah menonton satu
persembahan.Tuk Mah sungguh tertarik hati dengan pemuda
yang berlakon sebagai Peran.
Bidan Tuk Mah : Tuk Mah ingin jadi pelakon dan penari bersama Peran.
Wak Keletung : Tetapi,ayahanda dan bonda Tuk Mah melarang keras.
masakan anakanda mereka harus jadi anak wayang.Sambil
meminta ampun kepada ayahanda dan bonda,Tuk Mah
tinggalkan istana dan terus ikut rombongan Peran.

Soalan
(i) Siapakah Tuk Mah berdasarkan petikan di atas. ( 3 markah)
(ii)Bersetujukah anda dengan tindakan Tuk Mah meninggalkan istana dan keluarganya itu.Berikan tiga alasan anda. ( 3 markah)
(iii)Berikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam drama ini. ( 3 markah)


Panduan Isi
i. Tuk Mah ...
... Emas Asa Puteri Shahrul Karimah.
... seorang yang berketurunan /cicit Zulkarnain.
... seorang yang berketurunan bangsawan.
... bomoh dan bidan.
... peminat persembahan bangsawan.
... seorang yang berhasrat untuk menjadi penari dan pelakon.
... seorang yang meninggalkan istana untuk mengikuti rombongan Peran.

ii. bersetuju Tuk Mah meninggalkan istana dan keluarganya ...
... Tuk Mah sudah dewasa.
... Tuk Mah bebas menentukan kerjaya dan masa depan.
... Tuk Mah boleh mengembangkan bakat seninya.
... Tuk Mah dapat menimba/meluaskan pengalaman.

tidak beretuju Tuk Mah meninggalkan istana dan keluarganya ...
... Tuk Mah tidak boleh menderhakai ibu bapa. .
.. keselamatan Tuk Mah tidak terjamin. .
.. perbuatan Tuk Mah menjatuhkan maruah keluarga.
... Tuk Mah tidak mengenali Peran secara terperinci.
... pekerjaan itu tidak menjamin masa depan Tuk Mah.

tiga latar masyarakat yang terdapat dalam drama ini...
... masyarakat yang meminati seni .
... masyarakat yang suka mementingkan diri sendiri.
... masyarakat yang berusaha mendalami agama.
... masyarakat bangsawan yang mengutamakan darjat.
... masyarakat yang mengenang jasa.
... masyarakat yang sesat / hilang pedoman.
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah
(c) cikgumie

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 17

Assalamualaikum wrb
Kepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac , April dan Oktober 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin!

CERPEN- LAMBAIAN MALAR HIJAU
“ Daneng tak ingin menyambung pelajaran?” Terlontar soalan itu daripada mulut Jo.
“ Tidak!” Jawabnya setelah membisu seketika .
“Mengapa?”
“Saya tak ingin meninggalkan tempat ini,” jawabnya terputus-putus.
“Bukankah merugikan?”
“Kamu salah seorang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan PMR di sekolah asrama pada tahun lepas. Bukankah merugikan jika tidak menyambung pelajaranmu?”
Daneng tersenyum sinis. “ Sudah saya dengar hujah ini berpuluh kali. Saya sudah bosan. Cikgu tak faham perasaan saya. Sebenarnya cikgu tak kenal Daneng.”
“Cikgu faham. Tetapi keputusan kamu mungkin bukan yang sebaik-baiknya. Kamu perlu melihat dari semua segi.”
“ Perkara terbaik untuk saya ialah berada di sini. Di tempat ini, nenek moyang saya hidup dan bersemadi. Jiwa saya terikat pada pohon tualang. Pada bukit-bukit ini. Pada pohon-pohon ini. Menghidu keenakan udara jati tempat ini, satu kemestian. Memanjat pokok, mendaki gunung, menuruni lurah, memetik buah-buah hutan, memancing ikan, berjalan berkaki ayam. Inilah kehidupan bagi saya. Saya mendambakan kehidupan ini. Inilah Daneng, cikgu,” hujahnya.

Soalan
(i)Mengapakah Daneng enggan menuruti kata-kata Cikgu Jo ? [3 markah]
(ii)Pada pendapat anda, nyatakan tiga tindakan yang boleh diambil oleh Cikgu Jo
untuk memujuk Daneng supaya menyambung pelajarannya? [3 markah]
(iii)Huraikan satu perwatakan Cikgu Jo dalam petikan di atas dan satu perwatakan Cikgu Jo dalam cerpen tersebut. [3 markah]
Panduan Isi:
(i) sebab Daneng enggan...
...tidak mahu meninggalkan tempat kelahirannya
...tetap dengan pendiriannya untuk terus menetap di dalam hutan/itu keputusan tewrbaiknya
...hutan tempat nenek moyangnya hidup dan disemadikan
... jiwanya sudah sebati dengan corak kehidupan di hutan
.. ingin memperhamba dirinya di hutan/menginginkan kehidupan di hutan
(ii) tiga tindakan cikgu Jo:
...terus berusaha untuk memujuknya sehingga berjaya
...memujuk ibu/ayahnya supaya menasihati Daneng
...meminta kerjasama kaunselor sekolah untuk mengubah pemikiran
...meminta pihak sekolah membantu Daneng dari segi kewangan
(iii)perwatakan Jo dalam petikan:
...penyabar (Cikgu Jo sabar memujuk Daneng untuk mengubah pendiriannya)
...gigih (Cikgu Jo sanggup pergi ke Lembah Tualang semata-mata untuk
memujuk Daneng supaya bersekolah semula).
satu perwatakan Cikgu Jo dalam cerpen:
,...bertanggungjawab (Cikgu Jo berasa bertanggungjawab untuk membantu Daneng mempertahankan hutan malar hijau melalui ilmu pengetahuan)
...amanah (Cikgu Jo seorang guru yang amanah terhadap tugasnya )
...berpandangan jauh(Cikgu Jo berpendapat Daneng perlu berilmu untuk menjadi pejuang belantara.)
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah
(c)cikgumie

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 16

Assalamualaikum wrb
Kepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac & April 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin!

DRAMA- SERUNAI MALAM
MAJID:Tadi aku tengok...(diam tidak meneruskan cakapnya).
UMAR:(Hairan) Ayah tengok apa?
MAJID:(Sedikit ragu) Piah.
UMAR:(Bertambah hairan) Piah? Kenapa ayah?
MAJID : Selalu dia begitu?
UMAR: (Ingin tahu) Apa ayah?
MAJID : Dia pakai seluar.
UMAR : (Mengerti) Sesekali kalau hari Sabtu atau minggu. Nak ringkas. 2
MAJID : Nak ringkas tu betullah. Tapi kutengok macam sarung nangka.
UMAR : Mmmmm! (Tak tahu menjawab)
MAJID : Kalau Lebai Dolah tengok......pengsan agaknya.(senyum lucu)
UMAR : (Ikut senyum) Sekarang ni...(tidak meneruskan cuba mengalih perbualan) ayah balik besok, ya?
MAJID : Pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : (Melihat jam tangannya) Pukul dua belas empat puluh.
MAJID : Aku tanya pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : Ooo, konvokesyen? Pukul dua setengah. Tetapi pukul dua kita mesti ada di sana.
MAJID : (Bangkit berdiri) Kalau gitu biarlah ayah sembahyang dulu. Dah masuk Zuhur ni.(Keluar)

Soalan
(i) Apakah maksud frasa macam sarung nangka yang terdapat dalam petikan drama di atas? [2 markah]
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Majid mempersoalkan pakaian Safiah kepada Umar? [ 3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]

Panduan Isi
(i)frasa macam sarung nangka...
- seluar jeans yang dipakai Safiah terlalu ketat.
(ii)Majid mempersoalkan pakaian Safiah kepada Umar kerana...
- Pakaian Safiah kurang sopan.
- Majid mengharapkan Umar menegur cara Safiah berpakaian.
- Pakaian itu tidak sesuai dipakai oleh seorang gadis Melayu.
- Safiah tidak menghormati Majid sebagai bakal bapa mertuanya.
- Majid seorang yang berpegang kuat kepada agama.
(alasan-alasan lain yang munasabah diterima)
(iii) satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
dalam petikan:
- Persoalan mentaati agama. Contoh: Majid tidak lupa menunaikan fardu Zuhur walau di mana sahaja berada.
- Persoalan masyarakat kota yang masih dipengaruhi pemikiran barat. Contoh: Safiah yang berpakaian cara barat iaitu memakai seluar jeans ketat.
dalam drama:
- Persoalan perasan cinta orang muda. Contoh: Walaupun berbeza pendapat tentang kerjaya, Safiah tetap menurut kehendak Umar untuk menjadi guru kerana cintanya terhadap Umar.
- Persoalan semangat nasionalisme. Contoh: walaupun Umar berkelulusan universiti, dia tetap ingin menjadi guru mendidik anak bangsa dan bertugas di pedalaman.

Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah
(c)cikgumie

15 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 15

Assalamualaikum wrb
Kepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac & April 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin!

Cerpen- Annyss Sophillea
“Apa yang kau mahu datang ke sini?” Tegas Annyss.
“Sekadar bertanya khabar.”
“Kalau itu yang kau inginkan, khabarku masih baik.”
“Bagaimana dengan Eyrique? Sudah ditemui?”
Pertanyaan Strenn berbau sinis. “Lupakan dia Annyss, kalau kau menjadi isteriku, sekali gus kau adalah Permaisuri Alstonia. Tapi kalau Eyrique naik takhta, kau tidak akan dapat apa-apa.” Strenn telah merasakan kemenangannya.
“Untuk pengetahuan kau, aku sudahpun berjumpa dengan Eyrique.” Annyss cukup nekad dengan jawapannya. “Esok akan kubawa dia ke istana. Bersedialah!” Dengan hamburan kata-kata itu, Annyss meninggalkan Strenn yang amat terkejut. Air mukanya jelas berubah tatkala Annyss menekan perkataan ‘sudah’.
Annyss sendiri agak tergamam dengan tindakannya. Entah mengapa lancar benar lidahnya mendustai Strenn. Dalam diam, dia memasang tekad. Eyrique harus muncul esok walau apa sekalipun halangannya.
Annyss menghempaskan diri di atas katil peraduannya. Kekecohan ini timbul semenjak Maharaja Alstonia yang ke-73 mangkat. Eyrique sebagai pewaris tunggal belum mencapai usia kedewasaannya. Oleh itu, adinda baginda dilantik sebagai pemangku
(Dipetik daripada ‘Annyss Sophillea’ oleh Nisah Hj Haron
dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Soalan
(i) Apakah yang diperkatakan oleh Strenn ketika datang menemui Annyss? [2 markah]
(ii) Sekiranya anda Annyss, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan Eyrique
benar-benar ditemukan sebelum majlis pertabalan Strenn? [3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu nilai murni yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Panduan Isi
i.Perkara yang diperkatakan oleh Strenn ketika datang menemui Annyss....
...menanyakan khabar Annyss
...menanyakan sama ada Eyrique telah ditemukan atau tidak
...menyuruh Annyss melupakan Eyrique
...memujuk Annyss berkahwin dengannya sekali gus menjadi Permaisuri Alstonia
...menghasut Annyss dengan mengatakan dia tidak dapat apa-apa jika Eyrique menaiki takhta kerajaan Alstonia.

13 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 14

JALAN-JALAN KOTA RAYAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadapan
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

Zam Ismail
Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka


Soalan
(i) Berikan maksud tika gerimis menabur benih. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan
pengguna jalan raya yang berdisiplin? [3 markah]
(iii) Nyatakan empat sifat pengguna jalan raya yang ingin digambarkan oleh penyajak melalui sajak di atas. [4 markah]

Panduan Isi
i. Maksud tika gerimis menabur benih ialah ...
semasa/apabila/ketika/ hujan rintik-rintik/renyai mula turun/bermula

ii. Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin ...
… penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak berkuasa
... pendidikan tentang keselamatan jalan raya/sivik di sekolah
... melalui kempen oleh kerajaan/NGO/swasta
... pemantapan kurikulum sekolah pemanduan
... operasi/rondaan/pemantauan oleh pihak polis/JPJ/Majlis Keselamatan Jalan Raya
... kesedaran individu mematuhi peraturan jalan raya

iii. Tiga sifat pengguna jalan raya yang ingin digambarkan oleh penyajak...
...tidak sabar
…sombong
…terlalu emosional
…mementingkan diri sendiri
...mudah bosan
...cepat marah/panas baran
...tidak bersopan santun
...tidak berperikemanusiaan

Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah(c)cikgumie

09 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 13

FOKUS ULANG KAJI SPM 2009 Pemahaman 2b,2c & 2d
#FOKUS UTAMA
Cerpen (2b)
1. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)
2. Annyys Sophillea (Anak Laut)
3. Virus Zel Untuk Abah (Kerusi)
Drama (2b)
1. Serunai Malam (Anak Laut)
2, Jangan Bunuh Rama-Rama (Kerusi)
Prosa Klasik (2c)
1. Cerita Bayan… (Anak Laut)
2. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut)
3. Asal Usul Raja Kecil (Kerusi)
4. Kisah Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Kerusi)
Sajak (2d)
1. Anak Laut (Anak Laut)
2. Jalan- Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)
3. Derita Pertama (Anak Laut)
4. Duhai Pentafsir (Kerusi)
5. Di Ruang Gemanya (Kerusi)
Puisi Tradisional (2d)
1. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)
2. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)
3. Pantun Enam Kerat (Kerusi) #FOKUS KEDUA (Selepas selesai ulang kaji fokus UTAMA)
Cerpen (2b)
1. Sebutir Pasir Di Kaki (Kerusi)
2. Aku, Kris & Kristal (Kerusi)
3. Mariah (Kerusi)
4. Menatap Wajahnya (Anak Laut)
Drama (2b)
1. Puteri Li Po (Kerusi)
Prosa Klasik (2c)
1. Kezaliman Membawa Padah (Kerusi)
2. Sabor (Kerusi)
Sajak (2d)
1. Keindahan Yang Hilang (Kerusi)
2. Di Kota Kecilku (Kerusi)
3. Pembeli Masa Sudah (Anak Laut)
Puisi Tradisional (2d)
1. Syair Jong Pecah (Kerusi)
#FOKUS KETIGA (Selepas selesai ulang kaji fokus KEDUA)
Cerpen (2b)
1. Tragedi (Kerusi)
2. Budi Yang Tak Terbeli (Anak Laut)
3. Kerana Manisnya Epal (Anak Laut)
4. Pusaran (Anak Laut)
Drama (2b)
1. Kerusi (Kerusi)
2. Seri Nara (Anak Laut)
Prosa Klasik (2c)
1.Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah (Anak Laut)
Sajak (2d)
1. Aku Menjadi Lebih Berani (Anak Laut)
2. Manusia dan Kesejahteraan (Anak Laut)
Puisi Tradisional (2d)
1. Pantun Mengenang Nasib (Anak Laut)
2. Syair Dandan Setia.... (Anak Laut)

#FOKUS KEEMPAT (Selepas selesai ulang kaji fokus KETIGA)
Cerpen (2b)
1.Di Sisi Rinda (Kerusi)
Drama (2b)
1. Titik-Titik Perjuangan (Anak Laut)
Prosa Klasik (2c)
1.Peminangan Puteri Gunung Ledang (Anak Laut)
S
ajak (2d)
1. Tukang Gunting (Kerusi)
2. Sejarah (Kerusi)
Puisi Tradisional (2d)
1. Gurindam Baris Hadapan (Anak Laut)
2. Syair Pembunuhan Angereni (Anak Laut)
3. Pantun Kiasan (Anak Laut)
4. Pantun Lapan Kerat (Kerusi)5. Gurindam Memelihara Hati..(Kerusi)
6. Seloka Pandai Pak Pandir (Kerusi)


#FOKUS KELIMA (Setelah selesai ulang kaji fokus KEEMPAT )
Jangan lupa pula Soalan 1,Soalan 2a, Soalan 3 dan Soalan 4 Kertas 2 dan Kertas 1 !!!)

Cerpen (2b)
1. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)
2. Annyys Sophillea (Anak Laut)
3. Virus Zel Untuk Abah (Kerusi)
Drama (2b)
1. Serunai Malam (Anak Laut)
2, Jangan Bunuh Rama-Rama (Kerusi)
Prosa Klasik (2c)
1. Cerita Bayan… (Anak Laut)
2. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut)
3. Asal Usul Raja Kecil (Kerusi)
4. Kisah Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Kerusi)
Sajak (2d)
1. Anak Laut (Anak Laut)
2. Jalan- Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)
3. Derita Pertama (Anak Laut)
4. Duhai Pentafsir (Kerusi)
5. Di Ruang Gemanya (Kerusi)
Puisi Tradisional (2d)
1. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)
2. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)
3. Pantun Enam Kerat (Kerusi)

KESIMPULANNYA! Ulang kajilah semua teks!!
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah

DEMI KECEMERLANGAN, BERMUHASABAHLAH !!

Pembuka Bicara
Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tiin ayat 4 berfirman yang kira-kira maksudnya: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Menurut sesetengah ahli tafsir mengatakan bahawa kesempurnaan manusia itu meliputi segala bentuk, baik dari segi fizikal, mental mahupun rohaniahnya. Lebih utama lagi manusia itu amat berbeza daripada makhluk-makhluk Allah yang lain. Manusia dimuliakan kerana kelebihan memiliki akal fikiran yang boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk kerana itulah agama Islam amat menghormati akal. Tidak akan tercapai ilmu kalau tidak ada akal.
Berkata Sayyidina Ali, "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam. Maka, untuk mencapai kecemerlangan itu, kita hendaklah merobah diri dengan menjadikan diri kita lebih baik dari semalam".
Bagaimana caranya?
Islam telah melatih penganutnya untuk sentiasa bermuhasabah diri (sentiasa membuat perhitungan ,menilai diri atau retrospeksi diri) yang bertujuan untuk membuat penambahbaikan. Seandainya dia menilai dirinya hari ini telah melakukan suatu kebaikan, maka hendaklah kebaikan itu akan terus bertambah pada esok harinya. Begitu juga dengan kesilapan atau kesalahan hendaklah ditukar kepada perkara kebaikan. Dengan bermuhasabah diri, dia akan dapat mengetahui kesalahannya dan kesilapannya, maka akal pula akan berperanan berfikir dan membuat keputusan sama ada membaiki segala kesalahan dan kesilapan ataupun meneruskannya.
Sebagai contoh, jika hari ini kita mampu melakukan solat seorang diri, insya-Allah esok hari kita akan melakukan yang lebih baik daripada itu. Begitu juga dalam menghadapi peperiksaan, nilaikan diri anda sendiri, setakat mana pencapaian peperiksaan yang sebelumnya dan matlamat peperiksaan akan datang yang akan dicapai. Bertambah baik? Bertambah cemerlang? Ataupun sebaliknya?
Hari ini satu ilmu yang kita pelajari, maka untuk esoknya haruslah kita menambah ilmu itu lebih daripada ilmu yang diperoleh semalam. Inilah yang dikatakan kecemerlangan.
Maka cara untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan itu hendaklah dimulai dengan bermuhasabah diri untuk mengetahui pusat atau punca kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri, seterusnya menggunakan akal untuk berfikir akan cara untuk mengatasinya.
Setelah mengetahui kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri dan tahu pula akan cara mengatasinya, hendaklah dipandukan akal itu untuk mengarah seluruh anggota bagi untuk memperjuangkan diri dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Di situlah akan terjadinya perjuangan kehidupan dalam mencapai kecemerlangan, baik kecemerlangan kehidupan, kecemerlangan beramal ibadat, kecemerlangan berfikir, kecemerlangan belajar mahupun kecemerlangan peperiksaan, dan dalam diri akan sentiasa mengatakan: 'Sudah cemerlangkah diriku?'
Epilog
Seandainya jawapan yang diberikan 'Tidak,' maka pandulah dengan menggunakan akal fikiran untuk memikirkan cara lain untuk menjadi orang yang cemerlang kerana keyakinan itu ada dalam diri umat Islam sebagaimana telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tiin ayat 4 yang kira-kira bermaksud: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" . Ayat ini memberi petunjuk bahawa manusia telah diciptakan Allah dalam bentuk yang sebaik-baiknya iaitu dalam keadaan yang cemerlang.
catatan: http://abihulwa.blogspot.com/
Sumber : http://www.pelitabrunei.gov.bn/

07 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 12

ANALISIS FORMAT , KEHENDAK & DIMENSI (SKOP)
SOALAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM
(SPM NOV 2001 – SPM JUN 2009)
Dipaparkan analisis soalan Kertas 1 Bahasa Melayu SPM sejak Nov 2001 hingga Jun 2009 berdasarkan format, kehendak soalan dan dimensi. Analisis ini diharap akan membantu para pelajar dan pendidik mengkaji trend atau kecenderungan soalan belakangan ini.

NOV 2001
1 Keperihalan Tersesat sewaktu perjalanan ke kompleks beli-belah Individu
2 Pendapat Kemiskinan menimbulkan masalah sosial Keluarga/Masyarakat
3 Perbahasan Sekolah khas bagi pelajar lelaki atau perempuan sahaja patut dihapuskan Negara 4 Rencana Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia Negara
5 Surat Tidak Rasmi Kepentingan membaca
Individu
6 Penceritaan Penceritaan novel yang telah dibaca Individu/Masyarakat

JUN 2002
1 Huraian Peribahasa ‘Sediakan payung sebelum hujan’ Masyarakat
2 Pendapat Seni mempertahankan diri lebih banyak membawa keburukan Masyarakat
3 Surat Tidak Rasmi Arah aliran golongan remaja kini dari segi pakaian, pemikiran, hobi dan sebagainya Individu/ Negara
4 Ceramah Ceramah ‘Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama’ Masyarakat/Negara
5 Huraian Prinsip-prinsip Rukun Negara Masyarakat/Negara
6 Cerita Menyambungkan dialog Individu


NOV 2002
1 Gambaran Perasmian pusat perniagaan & pentas utama runtuh Keluarga/Masyarakat
2 Pendapat Aktiviti sukan lasak di peringkat sekolah Masyarakat/Negara
3 Syarahan ‘Pengguna Bijak Masyarakat Bahagia’ Masyarakat
4 Wawancara ‘Pelajar Cemerlang Kokurikulum’ Individu
5 Surat Rasmi Aduan pembuangan sisa toksik Masyarakat/Negara
6 Ulasan Keistimewaan drama pentas yang ditonton Individu/ Masyarakat

JUN 2003
1 Gambaran Membantu keluarga meyempurnakan majlis perkahwinan angoota keluarga Individu/ Keluarga
2 Komentar Mutu sukan negara ini masih belum dapat dibanggakan Negara
3 Wawancara Anugerah pelajar cemerlang Individu
4 Ulasan Rakyat yang kurang memahami sejarah negara tidak patriotik Masyarakat/ Negara
5 Perbahasan “Program Televisyen Lebih Banyak Bercorak Hiburan” Masyarakat/Negara
6 Pendapat Cara untuk menimbulkan minat golongan muda menceburkan diri dalam bidang penulisan Individu/ Negara


NOV 2003
1 Pendapat Hobi memancing Individu
2 Perbincangan Faktor-faktor pembentukan sahsiah Keluarga/Masyarakat
3 Laporan Wabak penyakit berjangkit Negara
4 Rencana Faedah menyertai koperasi sekolah Individu
5 Pendapat ‘Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’ Masyarakat
6 Ulasan Ulasan cerpen yang dibaca Keluarga/Masyarakat


JUN 2004
1 Ulasan Faedah lebuh raya kepada rakyat dan negara Masyarakat/Negara
2 Huraian Masalah gangguan bekalan air Masyarakat/Negara
3 Pendapat Masalah remaja terlibat gejala negatif Individu/ Negara
4 Wawancara Rahsia kejayaan ahli sukan dan pengalaman beliau dalam bidang tersebut Individu
5 Laporan Lawatan sambil belajar ke beberapa destinasi pelancongan di negara kita
Individu/ Masyarakat
6 Cerpen Menulis cerpen Individu


NOV 2004
Bhg A
Pendapat Isu Pembangunan & Alam Sekitar Negara
Bhg B
1 Perbincangan Peranan remaja untuk mencapai hasrat negara
Individu
2 Fakta Tokoh sanjungan Masyarakat
3 Rencana Persediaan pelajar menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang Individu
4 Syarahan ‘Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni’ Keluarga/Masyarakat
5 Pendapat Usaha-usaha untuk memartabatkan golongan yang terlibat dalam bidang sastera Masyarakat/Negara

JUN 2005
Bhg A
Pendapat Masalah tanah terbiar Negara
Bhg B
1 Pendapat Cabaran untuk mencapai cita-cita dan langkah mengatasinya Individu
2 Komen Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga Masyarakat
3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. Masyarakat/Negara
4 Perbincangan Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara Negara
5 Pendapat Peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional. Masyarakat/Negara

NOV 2005
Bhg A
Pendapat Usaha menangani masalah vandalisme Masyarakat
Bhg B
1 Ulasan Remaja suka mengikut trend semasa yang mempengaruhi budaya hidup masyarakat Individu
2 Pendapat Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak Keluarga
3 Rencana Usaha Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan bagi meningkatkan mutu sukan Negara
4 Pendapat Persengketaan dan peperangan telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia Antarabangsa
5 Cerpen Berdasarkan maksud peribahasa; menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk (isu sastera) Masyarakat

JUN 2006
Bhg A
Pendapat Peluang untuk melanjutkan pelajaran
Individu
Bhg B
1 Syarahan Amalan Gaya Hidup Sihat
Masyarakat
2 Pendapat Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha sendiri mempengaruhi kejayaan seseorang Keluarga
3 Pendapat Aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat mengukuhkan perpaduan antara rakyat
Masyarakat
4 Perbincangan Peranan negara untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia Antarabangsa
5 Pendapat Saranan mengalakkan remaja membaca karya bertemakan semangat patriotik
Individu

NOV 2006
Bhg A
Pendapat Usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja Individu
Bhg B
1 Pendapat Faedah menguasai ICT Negara
2 Ceramah Menghargai jasa ibu bapa Keluarga
3 Pendapat Peranan pelbagai pihak memajukan pertanian
Masyarakat
4 Perbincangan Cara menangani masalah jerebu Antarabangsa
5 Pendapat Penghayatan nilai-nilai murni berperanan membentuk peribadi yang baik Masyarakat

JUN 2007
Bhg A
Pendapat Aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang Masyarakat
Bhg B
1 Perbincangan Cara anda melaksanakan amalan berjimat cermat Individu
2 Pendapat Kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka Masyarakat
3 Rencana Kesan buruk tabiat merokok terhadap kesihatan Masyarakat
4 Perbahasan Kemasukan pekerja asing membawa kebaikan kepada negara – (pencadang) Negara
5 Pendapat Pembacaan karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai murni dalam diri murid
Individu/Masyarakat

NOV 2007
Bhg A
Pendapat Usaha-usaha yang dapat di lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran Masyarakat/Negara
Bhg B
1 Syarahan ‘Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti’. Masyarakat/Negara
2 Penjelasan Kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu Keluarga/Negara
3 Pendapat Institusi pendidikan berasaskan Masyarakat/Negara
4 Saranan Bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin Antarabangsa
5 Cerpen/Skrip Drama Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog. Individu

JUN 2008
Bhg A
Pendapat Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia
Individu
Bhg B
1 Penjelasan Kebaikan-kebaikan amalan kitar semula Masyarakat/Negara
2 Perbincangan Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga Keluarga
3 Pidato ‘Dadah Membawa Padah’ Negara
4 Pendapat Peranan rakyat Malaysia di luar negara untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa Antarabangsa
5 Cerpen Peribahasa ‘Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ Individu


NOV 2008
Bhg A
Pendapat Punca-punca pencemaran sungai Masyarakat/Negara
Bhg B
1 Laporan Laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah Individu
2 Penjelasan Ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman keluarga Keluarga
3 Huraian Faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya demam denggi dan langkah-langkah bagi menanganinya Masyarakat/Negara
4 Pendapat Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia Antarabangsa
5 Perbincangan Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat
(pantun diberi sebagai pernyataan soalan) Masyarakat

JUN 2009
Bhg A
Pendapat Sumbangan-sumbangan kepada mangsa banjir. Masyarakat/negara
Bhg B
1 Penjelasan Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam temu duga biasiswa ke IPT. Individu
2 Syarahan “Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-anak” Keluarga
3 Huraian Kebaikan menyertai sukan lasak. Masyarakat/Negara
4 Pendapat Usaha-usaha meningkat pengeluaran bahan makanan.
Negara
5 Huraian Langkah-langkah mempromosikan seni dan budaya ke luar negara. Negara
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah
sszma@hotmail.com/www.cikgumiebm.blogspot.com

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 11

Soalan 3a -Pengetahuan & Kemahiran Bahasa

Dalam konteks soalan 3a, terdapat kecenderungan untuk menguji kebolehan, kemampuan pemahaman dan ,pengetahuan calon dalam membina ayat menggunakan frasa -frasa yang diberi justeru menguji keupayaan anda membina ayat yang lebih matang. Walaupun kecenderungan ini bukanlah satu trend atau kemestian, para pelajar seharusnya juga bersedia membina ayat berbentuk demikian.

Contoh Soalan 3a
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda fahamakan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan serta menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) masyarakat majmuk
(ii) anjakan paradigma
(iii) menjana modal insan
(iv) pembangunan mapan
(v) perbelanjaaan berhemah
(vi) sahsiah mulia
(vii) rumah terbuka
(viii) gejala sosial
(ix) remaja aset negara
(x) kecerdasan minda
(xi) usaha sama
(xii) kawal selia
(xiii) garis panduan
(xiv) mencetuskan polemik
(xv) bersaing secara sihat
(xvi) bermuhasabah diri
(xvii) pusat sumber sekolah
(xviii) nilai sejarah
(xix) iklim pelaburan
(xx) nilai-nilai kemanusiaan
(xxi) dizahirkan secara konkrit
(xxii) anak-anak Malaysia pascamerdeka
(xxiii) daya usaha
(xxiv) mempromosikan produk
(xxv) alam persekolahan
(xxvi) masyarakat setempat
(xxvii) jati diri remaja
(xxviii) impak positif
(xxix) semangat kejiranan
(xxx) petempatan terancang
SELAMAT MEMBINA AYAT!
(c)cikgumie
Calon/pelajar boleh merujuk analisis Kertas 2 Bahasa Melayu SPM sejak November 2001 hingga Jun 2009 sebagai panduan dan persediaan.
Sila muat turun pada pautan fail berikut:
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah.

06 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 10


Jawaban Untuk Latihan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa dalam Siri 6 .
Berikut dipaparkan jawaban untuk latihan tersebut. Sila rujuk Ulang Kaji Menghadapi SPM 2009 Siri 6 sebagai panduan.

Soalan 3a
Perkataan yang diuji
perilaku -keadaan/sifat/cara
prabayar -telah dibayar terlebih dahulu
poliklinik -klinik/hospital tempat merawat pelbagai penyakit
pancaindera -deria atau alat perasa yang lima
prokerajaan -menyokong kerajaan
pascamerdeka -selepas kemerdekaan

Soalan 3b
i. Cikgu menanyakan sebab Sara tidak datang ke latihan bola jaring yang diadakan pada petang semalamnya.
ii. Dengan tergagap-gagap Sara meminta maaf daripada gurunya dan menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan penting di rumahnya.
iii. Cikgu Ani menyatakan bahawa Sara sepatutnya memaklumkannya terlebih dahulu supaya dia tidak tertunggu-tunggu akan kedatangan Sara.
iv. Dengan perasaan bersalah, Sara memberitahu Cikgu Ani bahawa dia memang berada dalam kecemasan.
v. Cikgu Ani menanyakan sebab sebenar perkara yang berlaku kepada Sara.
vi. Sara menerangkan bahawa ibunya telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan terpaksa dibawa ke hospital.

Soalan 3c.
i. protin - protein
penghidupan - kehidupan
ii. kegunaan - penggunaan
semulajadi - semula jadi
iii.Sastrawan - Sasterawan
keseronokkan - keseronokan

Soalan 3d
i. mempamerkan - memaparkan/menggarapkan/
mengetengahkan/mengemukakan
di dalam kalangan - dalam kalangan
ii. menyapa - menegur
bila - apabila
iii.lapangan - jelapang/sawah/penanaman
semua para - semua/para

Soalan 3e
i. peribahasa lain yang setara - bagai pinang dibelah dua.
ii. peribahasa lain yang setara - seperti kacang lupakan kulit.
iii.peribahasa lain yang setara - ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Calon/pelajar boleh merujuk analisis Kertas 2 Bahasa Melayu SPM sejak November 2001 hingga Jun 2009 sebagai panduan dan persediaan.
Sila muat turun pada pautan fail berikut:
http://www.4shared.com/file/120681699/73bd03c8/ANALISIS__SOALAN_KERTAS_2_BM_SPM_NOV_2001-JUN_2009.html
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah.
(c)cikgumie

NOVEL UNTUK KOMSAS SUBJEK BAHASA MELAYU MULAI 2010

Mulai tahun 2010 pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan menggunakan teks antologi baharu yang terdiri daripada antologi Harga Remaja untuk Tingkatan 4 dan Kasut Kelopak Jantung untuk Tingkatan 1. Kedua-dua antologi tersebut akan menggantikan teks antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1) dan Anak Laut (Tingkatan 4) yang telah digunakan selama 10 tahun. Selain itu, mereka juga akan mengkaji novel-novel baharu mengikut zon masing-masing yang telah ditetapkan seperti berikut:

ZON 1 : PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
Novel Tingkatan 1 - Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal terbitan V. Nice Resources Sdn. Bhd. Novel Tingkatan 4 - Azfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. BhdZON 2 : SELANGOR, NEGRI SEMBILAN, WP KUALA LUMPUR & WP PUTRAJAYA
Novel Tingkatan 1 - Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha, terbitan Rindu Senja Sdn. Bhd.
Novel Tingkatan 4 - Papa...(Akhirnya Kau Tewas Jua), karya Deana Yusof, terbitan Pekan Buku Publications Sdn. Bhd.
ZON 3: MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.
Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
ZON 4: JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WP LABUAN.
Novel Tingkatan 1 - Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Novel Tingkatan 4 - Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

04 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 9 - LATIHAN PEMAHAMAN 2c & 2d


Panduan Isi Untuk Latihan Pemahaman 2c & 2d dalam Siri 4 & 5.
Berikut dipaparkan panduan isi untuk kedua-dua latihan tersebut. Sila rujuk Ulang Kaji Menghadapi SPM 2009 Siri 4 & Siri 5 sebagai panduan

Panduan Isi Soalan Pemahaman 2c (Siri 4)
i. maksud rangkai kata kuperlepaskan juga engkau dari mati...
....Hang Tuah akan membebaskan Hang Jebat daripada hukuman bunuh
ii.Hang Jebat menderhaka kepada raja kerana...
... Hang Jebat menyangka Hang Tuah dibunuh oleh bendahara tanpa sebab
… Hang Jebat berasa sakit hati
... Hang Tuah dibunuh tanpa usul periksa
… Hang Tuah dibunuh walaupun telah banyak berjasa kepada raja
... Hang Jebat meneruskan niat jahatnya kerana telah dianggap sedemikian
iii.tindakan saya untuk meleraikan perbalahan mereka...
… menjadi orang tengah untuk mengajak mereka berunding
… mendapatkan bantuan daripada orang yang berpengaruh/pihak berkuasa
… menghadap sultan dan merayu agar sultan mengampunkan
kedua-duanya
… mengingatkan mereka tentang persahabatan mereka

Panduan Isi Soalan Pemahaman 2d (Siri 5)
i. kelebihan orang yang berilmu...
... kehidupannya bahagia
... menjadi terkenal/tersohor
... hatinya tenang/terhibur
... kehidupannya di alam barzakh/kubur dirahmati
... pahala/rahmat berterusan walaupun telah meninggal dunia
... terjamin masuk ke syurga
...berupaya menyelesaikan pelbagai masalah
ii. cara memanfaatkan ilmu yang dipelajari…
…menggunakan ilmu dalam kehidupan seharian
…membantu/membimbing rakan sebaya
…mengawal diri daripada melakukan perkara yang negatif
…mencari pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang dipelajari
...berkongsi ilmu melalui penulisan/lisan
... berusaha mendalami ilmu yang dipelajari secara berterusan
iii.tiga pengajaran daripada syair....
...kita hendaklah berusaha melengkapkan diri kita dengan
pelbagai ilmu pengetahuan
... kita perlu mengamalkan ilmu yang kita miliki ke jalan yang benar
dan diredai Allah
...kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu membantu manusia dalam pelbagai perkara/demi kebaikan dunia dan akhirat/hidup akan bahagia
...kita hendaklah menyebarluaskan ilmu yang dimiliki dalam bentuk lisan atau tulisan
...kita perlu mempunyai keyakinan untuk menuntut ilmu agar mampu menghadapi cabaran

Calon/pelajar boleh merujuk analisis Kertas 2 Bahasa Melayu SPM sejak November 2001 hingga Jun 2009 sebagai panduan dan persediaan.
Sila muat turun pada pautan fail berikut:
http://www.4shared.com/file/120681699/73bd03c8/ANALISIS__SOALAN_KERTAS_2_BM_SPM_NOV_2001-JUN_2009.html
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah.
(c)cikgumie

02 November 2009

BAHASA MELAYU - UMUM - Siri 10 - RENUNGILAH MANISNYA SATU KEJAYAAN...

JEJAK-JEJAK KEJAYAAN
SEDUTAN SAJAK DARIPADA NOVEL 'JULIA"
Yakinlah kepada Tuhan
Tidak semua yang kita rancang
menjadi kenyataan
kerana itulah fitrahnya
atau tiba-tiba sahaja
halanganmendatang
kita harus percaya
ini tidak bermakna
berakhir segala-galanya
dan akhirnya
kita akan muncul
di tangga teratas
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah
kita mesti teruskan usaha
biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
bahawa yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi, biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!
SEDUTAN DARIPADA BLOG SITI HUMAIRAH
Jika kau berasa lelah dan tak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu..
Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berlalu begitu sahaja
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..
Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya..
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu..
Ketika kau berasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bertanya khabar.Allah SWT selalu berada di sampingmu..
Ketika kau berasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucapkan syukur.
Allah SWT telah memberkahimu..
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Pun kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Ingat di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT Maha Mengetahui.