16 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 18

Assalamualaikum wrb
Kepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac , April dan Oktober 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin
DRAMA - JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
Nur Atma 1 : BilaTuk Mah sakit?
Bidan Tuk Mah : Agak lama juga.Masa tu Tuk Mah bukan digelar Tuk Mah,
tetapi Emas Asa Puteri Shahrul Karimah.
Wak Keletung : Asal Tuk Mah bukan asal kita.Nenek moyang Tuk Mah
bergelar Zulkarnain.
Nur Atma 1 : Berketurunan.Bergelaran.
Bidan Tuk Mah : Itu zaman lampau.Zaman muda Tuk Mah.
Nur Atma 1 : Apa puncanya Tuk Mah menjadi bidan dan bomoh?
Wak Keletung : Ceritanyabegini.Pada suatu malam Tuk Mah menonton satu
persembahan.Tuk Mah sungguh tertarik hati dengan pemuda
yang berlakon sebagai Peran.
Bidan Tuk Mah : Tuk Mah ingin jadi pelakon dan penari bersama Peran.
Wak Keletung : Tetapi,ayahanda dan bonda Tuk Mah melarang keras.
masakan anakanda mereka harus jadi anak wayang.Sambil
meminta ampun kepada ayahanda dan bonda,Tuk Mah
tinggalkan istana dan terus ikut rombongan Peran.

Soalan
(i) Siapakah Tuk Mah berdasarkan petikan di atas. ( 3 markah)
(ii)Bersetujukah anda dengan tindakan Tuk Mah meninggalkan istana dan keluarganya itu.Berikan tiga alasan anda. ( 3 markah)
(iii)Berikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam drama ini. ( 3 markah)


Panduan Isi
i. Tuk Mah ...
... Emas Asa Puteri Shahrul Karimah.
... seorang yang berketurunan /cicit Zulkarnain.
... seorang yang berketurunan bangsawan.
... bomoh dan bidan.
... peminat persembahan bangsawan.
... seorang yang berhasrat untuk menjadi penari dan pelakon.
... seorang yang meninggalkan istana untuk mengikuti rombongan Peran.

ii. bersetuju Tuk Mah meninggalkan istana dan keluarganya ...
... Tuk Mah sudah dewasa.
... Tuk Mah bebas menentukan kerjaya dan masa depan.
... Tuk Mah boleh mengembangkan bakat seninya.
... Tuk Mah dapat menimba/meluaskan pengalaman.

tidak beretuju Tuk Mah meninggalkan istana dan keluarganya ...
... Tuk Mah tidak boleh menderhakai ibu bapa. .
.. keselamatan Tuk Mah tidak terjamin. .
.. perbuatan Tuk Mah menjatuhkan maruah keluarga.
... Tuk Mah tidak mengenali Peran secara terperinci.
... pekerjaan itu tidak menjamin masa depan Tuk Mah.

tiga latar masyarakat yang terdapat dalam drama ini...
... masyarakat yang meminati seni .
... masyarakat yang suka mementingkan diri sendiri.
... masyarakat yang berusaha mendalami agama.
... masyarakat bangsawan yang mengutamakan darjat.
... masyarakat yang mengenang jasa.
... masyarakat yang sesat / hilang pedoman.
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah
(c) cikgumie

3 ulasan:

marinazainal berkata...

akum cikgu suhaimi,
apa khabar?
saya MARINA ZAINAL pelajar mrsm transkrian 2002-2003.
cikgu penah mengajar saya semasa saya tingkatan 5.harap cikgu masih igt saya lagi.
terima kasih atas tunjuk ajar cikgu,sekarang saya melanjutkan pelajaran di London,UK dalam bidang perubatan tahun ke-4.
saya harap cikgu dpt doakan kejayaan saya di sini.
saya gembira dapat baca blog cikgu ini,sungguh manfaat dan byk tips2 berguna untuk spm. saya akan cadangkan blog ni pada adik saya yg berada di mrsm balik pulau sekarang.
harap cikgu sentiasa dlm keadaan baik begitu juga cikgu2 lain di mrsm transkrian. salam.

Cikgu Shuhaimi berkata...

salam,
marina zainal,
terima kasih. tahnaiah bakal doktor. terima kasih melayari blog ini.
rasanya kalau tak silap, marina asal rawang kan? dulu kelas 5E?

marinazainal berkata...

salam,
betul betul,sy dari klas 5E,
waaa hebat cikgu masih igt lagi,terima kasih bynk2
tapi saya asal dari sg buloh,selangor.
(^_^)