16 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 18

Assalamualaikum wrbKepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac , April dan Oktober 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin

DRAMA - JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
Nur Atma 1 : BilaTuk Mah sakit?
Bidan Tuk Mah : Agak lama juga.Masa tu Tuk Mah bukan digelar Tuk Mah,
tetapi Emas Asa Puteri Shahrul Karimah.
Wak Keletung : Asal Tuk Mah bukan asal kita.Nenek moyang Tuk Mah
bergelar Zulkarnain.
Nur Atma 1 : Berketurunan.Bergelaran.
Bidan Tuk Mah : Itu zaman lampau.Zaman muda Tuk Mah.
Nur Atma 1 : Apa puncanya Tuk Mah menjadi bidan dan bomoh?
Wak Keletung : Ceritanyabegini.Pada suatu malam Tuk Mah menonton satu
persembahan.Tuk Mah sungguh tertarik hati dengan pemuda
yang berlakon sebagai Peran.
Bidan Tuk Mah : Tuk Mah ingin jadi pelakon dan penari bersama Peran.
Wak Keletung : Tetapi,ayahanda dan bonda Tuk Mah melarang keras.
masakan anakanda mereka harus jadi anak wayang.Sambil
meminta ampun kepada ayahanda dan bonda,Tuk Mah
tinggalkan istana dan terus ikut rombongan Peran.

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 17

Assalamualaikum wrbKepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac , April dan Oktober 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin!
CERPEN- LAMBAIAN MALAR HIJAU
“ Daneng tak ingin menyambung pelajaran?” Terlontar soalan itu daripada mulut Jo.
“ Tidak!” Jawabnya setelah membisu seketika .
“Mengapa?”
“Saya tak ingin meninggalkan tempat ini,” jawabnya terputus-putus.
“Bukankah merugikan?”
“Kamu salah seorang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan PMR di sekolah asrama pada tahun lepas. Bukankah merugikan jika tidak menyambung pelajaranmu?”
Daneng tersenyum sinis. “ Sudah saya dengar hujah ini berpuluh kali. Saya sudah bosan. Cikgu tak faham perasaan saya. Sebenarnya cikgu tak kenal Daneng.”
“Cikgu faham. Tetapi keputusan kamu mungkin bukan yang sebaik-baiknya. Kamu perlu melihat dari semua segi.”
“ Perkara terbaik untuk saya ialah berada di sini. Di tempat ini, nenek moyang saya hidup dan bersemadi. Jiwa saya terikat pada pohon tualang. Pada bukit-bukit ini. Pada pohon-pohon ini. Menghidu keenakan udara jati tempat ini, satu kemestian. Memanjat pokok, mendaki gunung, menuruni lurah, memetik buah-buah hutan, memancing ikan, berjalan berkaki ayam. Inilah kehidupan bagi saya. Saya mendambakan kehidupan ini. Inilah Daneng, cikgu,” hujahnya.

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM SIRI 16

Assalamualaikum wrb
Kepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac & April 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin!

DRAMA- SERUNAI MALAM
MAJID:Tadi aku tengok...(diam tidak meneruskan cakapnya).
UMAR:(Hairan) Ayah tengok apa?
MAJID:(Sedikit ragu) Piah.
UMAR:(Bertambah hairan) Piah? Kenapa ayah?
MAJID : Selalu dia begitu?
UMAR: (Ingin tahu) Apa ayah?
MAJID : Dia pakai seluar.
UMAR : (Mengerti) Sesekali kalau hari Sabtu atau minggu. Nak ringkas. 2
MAJID : Nak ringkas tu betullah. Tapi kutengok macam sarung nangka.
UMAR : Mmmmm! (Tak tahu menjawab)
MAJID : Kalau Lebai Dolah tengok......pengsan agaknya.(senyum lucu)
UMAR : (Ikut senyum) Sekarang ni...(tidak meneruskan cuba mengalih perbualan) ayah balik besok, ya?
MAJID : Pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : (Melihat jam tangannya) Pukul dua belas empat puluh.
MAJID : Aku tanya pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : Ooo, konvokesyen? Pukul dua setengah. Tetapi pukul dua kita mesti ada di sana.
MAJID : (Bangkit berdiri) Kalau gitu biarlah ayah sembahyang dulu. Dah masuk Zuhur ni.(Keluar)

Soalan
(i) Apakah maksud frasa macam sarung nangka yang terdapat dalam petikan drama di atas? [2 markah]
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Majid mempersoalkan pakaian Safiah kepada Umar? [ 3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]

Panduan Isi
(i)frasa macam sarung nangka...
- seluar jeans yang dipakai Safiah terlalu ketat.
(ii)Majid mempersoalkan pakaian Safiah kepada Umar kerana...
- Pakaian Safiah kurang sopan.
- Majid mengharapkan Umar menegur cara Safiah berpakaian.
- Pakaian itu tidak sesuai dipakai oleh seorang gadis Melayu.
- Safiah tidak menghormati Majid sebagai bakal bapa mertuanya.
- Majid seorang yang berpegang kuat kepada agama.
(alasan-alasan lain yang munasabah diterima)
(iii) satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
dalam petikan:
- Persoalan mentaati agama. Contoh: Majid tidak lupa menunaikan fardu Zuhur walau di mana sahaja berada.
- Persoalan masyarakat kota yang masih dipengaruhi pemikiran barat. Contoh: Safiah yang berpakaian cara barat iaitu memakai seluar jeans ketat.
dalam drama:
- Persoalan perasan cinta orang muda. Contoh: Walaupun berbeza pendapat tentang kerjaya, Safiah tetap menurut kehendak Umar untuk menjadi guru kerana cintanya terhadap Umar.
- Persoalan semangat nasionalisme. Contoh: walaupun Umar berkelulusan universiti, dia tetap ingin menjadi guru mendidik anak bangsa dan bertugas di pedalaman.

15 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 15

Assalamualaikum wrb
Kepada semua calon SPM dan pendidik terutama yang melayari blog ini, terima kasih saya ucapkan. Untuk mencari info tentang teks-teks KOMSAS dan soalan novel yang dirasakan penting untuk persediaan SPM. sila lihat bahan blog terutama yang telah dipaparkan pada bulan Januari, Februari, Mac & April 2009. Semoga anda memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu, Amin!

Cerpen- Annyss Sophillea
“Apa yang kau mahu datang ke sini?” Tegas Annyss.
“Sekadar bertanya khabar.”
“Kalau itu yang kau inginkan, khabarku masih baik.”
“Bagaimana dengan Eyrique? Sudah ditemui?”
Pertanyaan Strenn berbau sinis. “Lupakan dia Annyss, kalau kau menjadi isteriku, sekali gus kau adalah Permaisuri Alstonia. Tapi kalau Eyrique naik takhta, kau tidak akan dapat apa-apa.” Strenn telah merasakan kemenangannya.
“Untuk pengetahuan kau, aku sudahpun berjumpa dengan Eyrique.” Annyss cukup nekad dengan jawapannya. “Esok akan kubawa dia ke istana. Bersedialah!” Dengan hamburan kata-kata itu, Annyss meninggalkan Strenn yang amat terkejut. Air mukanya jelas berubah tatkala Annyss menekan perkataan ‘sudah’.
Annyss sendiri agak tergamam dengan tindakannya. Entah mengapa lancar benar lidahnya mendustai Strenn. Dalam diam, dia memasang tekad. Eyrique harus muncul esok walau apa sekalipun halangannya.
Annyss menghempaskan diri di atas katil peraduannya. Kekecohan ini timbul semenjak Maharaja Alstonia yang ke-73 mangkat. Eyrique sebagai pewaris tunggal belum mencapai usia kedewasaannya. Oleh itu, adinda baginda dilantik sebagai pemangku
(Dipetik daripada ‘Annyss Sophillea’ oleh Nisah Hj Haron
dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Soalan
(i) Apakah yang diperkatakan oleh Strenn ketika datang menemui Annyss? [2 markah]
(ii) Sekiranya anda Annyss, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan Eyrique
benar-benar ditemukan sebelum majlis pertabalan Strenn? [3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu nilai murni yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Panduan Isi
i.Perkara yang diperkatakan oleh Strenn ketika datang menemui Annyss....
...menanyakan khabar Annyss
...menanyakan sama ada Eyrique telah ditemukan atau tidak
...menyuruh Annyss melupakan Eyrique
...memujuk Annyss berkahwin dengannya sekali gus menjadi Permaisuri Alstonia
...menghasut Annyss dengan mengatakan dia tidak dapat apa-apa jika Eyrique menaiki takhta kerajaan Alstonia.

13 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 14

JALAN-JALAN KOTA RAYAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadapan
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

Zam Ismail
Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka


Soalan
(i) Berikan maksud tika gerimis menabur benih. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan
pengguna jalan raya yang berdisiplin? [3 markah]
(iii) Nyatakan empat sifat pengguna jalan raya yang ingin digambarkan oleh penyajak melalui sajak di atas. [4 markah]

Panduan Isi
i. Maksud tika gerimis menabur benih ialah ...
semasa/apabila/ketika/ hujan rintik-rintik/renyai mula turun/bermula

ii. Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin ...
… penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak berkuasa
... pendidikan tentang keselamatan jalan raya/sivik di sekolah
... melalui kempen oleh kerajaan/NGO/swasta
... pemantapan kurikulum sekolah pemanduan
... operasi/rondaan/pemantauan oleh pihak polis/JPJ/Majlis Keselamatan Jalan Raya
... kesedaran individu mematuhi peraturan jalan raya

iii. Tiga sifat pengguna jalan raya yang ingin digambarkan oleh penyajak...
...tidak sabar
…sombong
…terlalu emosional
…mementingkan diri sendiri
...mudah bosan
...cepat marah/panas baran
...tidak bersopan santun
...tidak berperikemanusiaan

Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah(c)cikgumie

09 November 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 13

FOKUS ULANG KAJI SPM 2009 Pemahaman 2b,2c & 2d
#FOKUS UTAMA
Cerpen (2b)
1. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)
2. Annyys Sophillea (Anak Laut)
3. Virus Zel Untuk Abah (Kerusi)
Drama (2b)
1. Serunai Malam (Anak Laut)
2, Jangan Bunuh Rama-Rama (Kerusi)
Prosa Klasik (2c)
1. Cerita Bayan… (Anak Laut)
2. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut)
3. Asal Usul Raja Kecil (Kerusi)
4. Kisah Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Kerusi)
Sajak (2d)
1. Anak Laut (Anak Laut)
2. Jalan- Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)
3. Derita Pertama (Anak Laut)
4. Duhai Pentafsir (Kerusi)
5. Di Ruang Gemanya (Kerusi)
Puisi Tradisional (2d)
1. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)
2. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)
3. Pantun Enam Kerat (Kerusi) #FOKUS KEDUA (Selepas selesai ulang kaji fokus UTAMA)
Cerpen (2b)
1. Sebutir Pasir Di Kaki (Kerusi)
2. Aku, Kris & Kristal (Kerusi)
3. Mariah (Kerusi)
4. Menatap Wajahnya (Anak Laut)
Drama (2b)
1. Puteri Li Po (Kerusi)
Prosa Klasik (2c)
1. Kezaliman Membawa Padah (Kerusi)
2. Sabor (Kerusi)
Sajak (2d)
1. Keindahan Yang Hilang (Kerusi)
2. Di Kota Kecilku (Kerusi)
3. Pembeli Masa Sudah (Anak Laut)
Puisi Tradisional (2d)
1. Syair Jong Pecah (Kerusi)
#FOKUS KETIGA (Selepas selesai ulang kaji fokus KEDUA)
Cerpen (2b)
1. Tragedi (Kerusi)
2. Budi Yang Tak Terbeli (Anak Laut)
3. Kerana Manisnya Epal (Anak Laut)
4. Pusaran (Anak Laut)
Drama (2b)
1. Kerusi (Kerusi)
2. Seri Nara (Anak Laut)
Prosa Klasik (2c)
1.Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah (Anak Laut)
Sajak (2d)
1. Aku Menjadi Lebih Berani (Anak Laut)
2. Manusia dan Kesejahteraan (Anak Laut)
Puisi Tradisional (2d)
1. Pantun Mengenang Nasib (Anak Laut)
2. Syair Dandan Setia.... (Anak Laut)

#FOKUS KEEMPAT (Selepas selesai ulang kaji fokus KETIGA)
Cerpen (2b)
1.Di Sisi Rinda (Kerusi)
Drama (2b)
1. Titik-Titik Perjuangan (Anak Laut)
Prosa Klasik (2c)
1.Peminangan Puteri Gunung Ledang (Anak Laut)
S
ajak (2d)
1. Tukang Gunting (Kerusi)
2. Sejarah (Kerusi)
Puisi Tradisional (2d)
1. Gurindam Baris Hadapan (Anak Laut)
2. Syair Pembunuhan Angereni (Anak Laut)
3. Pantun Kiasan (Anak Laut)
4. Pantun Lapan Kerat (Kerusi)5. Gurindam Memelihara Hati..(Kerusi)
6. Seloka Pandai Pak Pandir (Kerusi)


#FOKUS KELIMA (Setelah selesai ulang kaji fokus KEEMPAT )
Jangan lupa pula Soalan 1,Soalan 2a, Soalan 3 dan Soalan 4 Kertas 2 dan Kertas 1 !!!)

Cerpen (2b)
1. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)
2. Annyys Sophillea (Anak Laut)
3. Virus Zel Untuk Abah (Kerusi)
Drama (2b)
1. Serunai Malam (Anak Laut)
2, Jangan Bunuh Rama-Rama (Kerusi)
Prosa Klasik (2c)
1. Cerita Bayan… (Anak Laut)
2. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut)
3. Asal Usul Raja Kecil (Kerusi)
4. Kisah Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Kerusi)
Sajak (2d)
1. Anak Laut (Anak Laut)
2. Jalan- Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)
3. Derita Pertama (Anak Laut)
4. Duhai Pentafsir (Kerusi)
5. Di Ruang Gemanya (Kerusi)
Puisi Tradisional (2d)
1. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)
2. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)
3. Pantun Enam Kerat (Kerusi)

KESIMPULANNYA! Ulang kajilah semua teks!!
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah

DEMI KECEMERLANGAN, BERMUHASABAHLAH !!

Pembuka Bicara
Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tiin ayat 4 berfirman yang kira-kira maksudnya: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Menurut sesetengah ahli tafsir mengatakan bahawa kesempurnaan manusia itu meliputi segala bentuk, baik dari segi fizikal, mental mahupun rohaniahnya. Lebih utama lagi manusia itu amat berbeza daripada makhluk-makhluk Allah yang lain. Manusia dimuliakan kerana kelebihan memiliki akal fikiran yang boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk kerana itulah agama Islam amat menghormati akal. Tidak akan tercapai ilmu kalau tidak ada akal.
Berkata Sayyidina Ali, "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam. Maka, untuk mencapai kecemerlangan itu, kita hendaklah merobah diri dengan menjadikan diri kita lebih baik dari semalam".
Bagaimana caranya?
Islam telah melatih penganutnya untuk sentiasa bermuhasabah diri (sentiasa membuat perhitungan ,menilai diri atau retrospeksi diri) yang bertujuan untuk membuat penambahbaikan. Seandainya dia menilai dirinya hari ini telah melakukan suatu kebaikan, maka hendaklah kebaikan itu akan terus bertambah pada esok harinya. Begitu juga dengan kesilapan atau kesalahan hendaklah ditukar kepada perkara kebaikan. Dengan bermuhasabah diri, dia akan dapat mengetahui kesalahannya dan kesilapannya, maka akal pula akan berperanan berfikir dan membuat keputusan sama ada membaiki segala kesalahan dan kesilapan ataupun meneruskannya.
Sebagai contoh, jika hari ini kita mampu melakukan solat seorang diri, insya-Allah esok hari kita akan melakukan yang lebih baik daripada itu. Begitu juga dalam menghadapi peperiksaan, nilaikan diri anda sendiri, setakat mana pencapaian peperiksaan yang sebelumnya dan matlamat peperiksaan akan datang yang akan dicapai. Bertambah baik? Bertambah cemerlang? Ataupun sebaliknya?
Hari ini satu ilmu yang kita pelajari, maka untuk esoknya haruslah kita menambah ilmu itu lebih daripada ilmu yang diperoleh semalam. Inilah yang dikatakan kecemerlangan.
Maka cara untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan itu hendaklah dimulai dengan bermuhasabah diri untuk mengetahui pusat atau punca kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri, seterusnya menggunakan akal untuk berfikir akan cara untuk mengatasinya.
Setelah mengetahui kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri dan tahu pula akan cara mengatasinya, hendaklah dipandukan akal itu untuk mengarah seluruh anggota bagi untuk memperjuangkan diri dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Di situlah akan terjadinya perjuangan kehidupan dalam mencapai kecemerlangan, baik kecemerlangan kehidupan, kecemerlangan beramal ibadat, kecemerlangan berfikir, kecemerlangan belajar mahupun kecemerlangan peperiksaan, dan dalam diri akan sentiasa mengatakan: 'Sudah cemerlangkah diriku?'
Epilog
Seandainya jawapan yang diberikan 'Tidak,' maka pandulah dengan menggunakan akal fikiran untuk memikirkan cara lain untuk menjadi orang yang cemerlang kerana keyakinan itu ada dalam diri umat Islam sebagaimana telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tiin ayat 4 yang kira-kira bermaksud: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" . Ayat ini memberi petunjuk bahawa manusia telah diciptakan Allah dalam bentuk yang sebaik-baiknya iaitu dalam keadaan yang cemerlang.
catatan: http://abihulwa.blogspot.com/
Sumber : http://www.pelitabrunei.gov.bn/