Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
18 Ogos 2011
MRSM TRANSKRIAN DARI UDARA
Pemandangan dari udara kawasan Transkrian, Pulau Pinang termasuk MRSM, SMK Saujana Indah, SK Saujana Indah, Masjid Seri Ampangan, Taman Ilmu & Sungai Kerian. Gambar ini rakam oleh Sdr. Noor Arif Noor Hassan (pelajar MRSM Transkrian kumpulan 2004) yang kini menjadi pelatih juruterbang di Ipoh.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 18 OGOS - 25 OGOS 2011
Diucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 MRSM Transkrian dan MRSM seantero Malaysia. Semoga berjaya dengan cemerlang
29 Julai 2011
TERIMA KASIH SMK SERI PERAK, PARIT BUNTAR, PERAK DARUL RIDZUAN
Tarikh : 28 JULAI 2011 (KHAMIS)
Masa : 2.45 - 5.15 petang
Tempat : Bilik Seminar, SMK Seri Perak
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMKSP, Ketua Bidang Bahasa dan guru-guru Bahasa Melayu terutama Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cikgu Tahir. Terima kasih kepada para pelajar atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan serta suasana ceria yang diwujudkan.
27 Julai 2011
TERIMA KASIH MRSM PENDANG, KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : 26 JULAI 2011 (SELASA)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah, MRSM Pendang
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua MRSM Pendang, En. Mohd Yusof Taha, Guru Kanan Bahasa Melayu, Puan Nur Rosmah dan penyelaras program, Cikgu Shurdi . Terima kasih kepada para pelajar atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan serta suasana ceria yang diwujudkan.
25 Julai 2011
TERIMA KASIH SMV SG PETANI 1, KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : 24 JULAI 2011 (AHAD)
Masa : 9.00 - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Salahuddin Al-Ayubi, SMVSP1
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMVSP1, Ketua Bidang Bahasa dan guru-guru Bahasa Melayu. Terima kasih kepada para pelajar atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan.
14 Julai 2011
CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011 - SIRI 2
Soalan 2 Kertas 2 PEMAHAMAN
Untuk memperoleh markah yang cemerlang dalam Soalan 2 iaitu antara 30-35 markah, para pelajar hendaklah memastikan bahawa anda semua telah:
a. membaca petikan yang diberi dan memahami petikan tersebut sepenuhnya.
bahagian ini ialah 12 soalan dengan jumlah markahnya 35 markah.
c. memahami arahan/tugasan setiap soalan dengan jelas serta mencari isi/klu yang menjawab
kehendak soalan
d. mengemukakan jawapan yang tepat dan lengkap bagi setiap soalan dengan menjadikan asas 1 isi 1 markah.
e. mengemukakan huraian/contoh yang jelas dan tepat terutama untuk soalan yang memerlukan huraian/penjelasan
f. mengemukakan jawapan yang bebas daripada sebarang kesalahan tatabahasa.
g. membaca teks Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku sepenuhnya.
h. mengemukakan pendapat dengan matang dan bernas.
i. menulis jawapan dalam bentuk perenggan dan bukannya berbentuk poin.
j. menulis jawapan dengan tulisan yang kemas dan mudah dibaca
k. memperuntukkan masa lebih kurang 55-60 minit untuk menjawab soalan bahagian ini.
05 Julai 2011
TERIMA KASIH SMK GUNUNG SEMANGGOL, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN
Tarikh : 5 JULAI 2011 (SELASA)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Tingkat 2, Blok Pejabat, SMK Gunung Semanggol
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMKGS, Penolong Kanan (PEN/HEM), Kaunselor Pelajar, dan Guru Pelatih Kaunseling UPSI . Terima kasih kepada para pelajar Tingkatan 5 atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan. Sesi ini merupakan sebahagian Program Pembangunan Pelajar (3P) anjuran MARA Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Kerian, Perak , SMK Gunung Semanggol, Kerian, Perak ,MRSM Transkrian, Pulau Pinang & MRSM Taiping, Perak
Langgan:
Catatan (Atom)





