ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kepada rakan-rakan guru ,pelajar-pelajar dan semua pembaca laman blog
Bermula Januari 2009 , saya, Shuhaimi Sulaiman (cikgu mie) dari MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang akan mengendalikan laman blog sendiri untuk berkongsi ilmu tentang subjek Bahasa Melayu demi membantu pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Saya berharap agar laman blog CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM ini dapat membantu anda semua sedikit banyak untuk memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu SPM.
Telah ada banyak laman blog berkenaan Bahasa Melayu kelolaan pendidik Bahasa Melayu tersohor seperti http://galusbm.blogspot.com/ (Cikgu Abdul Razak Hassan), http://agy7500.blogspot.com/ (Cikgu Abdul Ghalib Yunus) , http://cikgutancl.blogspot.com/ (Cikgu Tan C.L) , dan http://ajamsari.blogspot.com/ (Cikgu Mohd Azam Ahmad). -sekadar menyebut beberapa laman dan nama pengendalinya.
Semoga kehadiran blog yang akan saya kendalikan ini akan berfungsi sebagai pelengkap dan pemeriah seri wacana ilmu kecemerlangan Bahasa Melayu SPM di alam siber.
Saya masih baru dalam pengendalian blog justeru laman blog ini masih dalam peringkat percubaan sama ada dari segi pembinaan mahupun pemasukan bahan-bahan yang berkait dengan subjek Bahasa Melayu dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Info dari MRSM Transkrian juga akan saya paparkan melalui laman ini untuk sebaran umum.
Bantuan rakan-rakan pendidik Bahasa Melayu baik dari semua MRSM mahupun sekolah-sekolah yang lain amat dihargai.
Namun atas kesibukan atau halangan yang tidak menentu, usaha ini bermungkinan akan mengambil masa. Semoga Allah memudahkan kerja saya dan meredhai tanggungjawab memartabatkan kecemerlangan Bahasa Melayu.
Sekian untuk makluman semua.
cikgumie
Sekian untuk makluman semua.
cikgumie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan