06 Disember 2009

ULANG TAHUN PERTAMA BLOG CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM

Alhamdulillah, pada tanggal 3 Disember 2009 yang lalu, genap setahun usia laman blog ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak terutama kepada rakan-rakan guru Bahasa Melayu sama ada yang bertugas di MRSM seluruh Malaysia mahupun di sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran, pelajar-pelajar yang mengambil SPM dan sesiapa sahaja yang sering melawat blog CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM ini.

4 ulasan:

juilis69 berkata...

Salam 1Malaysia,
Secara peribadi, saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada Cikgu Mie. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menyediakan blog BM SPM yang pada saya sangat berbaloi kepada guru dan pelajar. Melalui pelbagai isu BM yang cikgu paparkan memberikan 'input' yg tidak terhingga kepada murid-murid saya. Terima kasih sekali lagi.

Cikgu Juilis Mokujal
SMK.Narinang,
Kota Belud, Sabah

cikgu mie berkata...

salam
terima kasih atas sokongan dan kepriahtinan cikgu juilis. semoga blog anda juga akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kecemerlangan Bahasa Melayu SPM.

cikgu remy berkata...

asalamualaikum cikgu mie, selamat berkenalan dan terima kasih kerana laman cikgu mie banyak membantu saya dan izinkan saya meminjam bahan-bahan bm yg terdapat dalam laman cikgu ya!

Cikgu Shuhaimi berkata...

salam
terima kasih cikgu remy..silakan..