23 April 2010

KONVENSYEN PUM MRSM SE-MALAYSIA KALI KE-17

Salam
Buat kesekian kalinya MRSM Transkrian telah diberi penghormatan oleh pihak MARA untuk menjadi tuan rumah program MRSM peringkat kebangsaan. Jika pada tahun 2006, MRSM Transkrian menjadi tuan rumah untuk Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-2, 2007 -tuan rumah Minggu Bahasa MRSM Se-Malaysia kali ke-23, 2009- tuan rumah Kejohanan Tae Kwon Do MRSM Se-Malaysia kali ke-6, maka pada tahun ini kami akann mengelolakan Konvensyen Program Usahawan Muda MRSM Se-Malaysia kali ke-17. Peserta-peserta dari semua MRSM akan tiba di bumi Transkrian ini pada 24 April untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA.
Konvensyen PUM merupakan arena untuk menyemarakkan salah satu agenda pendidikan MRSM iaitu Kemahiran Keusahawanan. Pelbagai aktiviti seperti forum, Catur Bestari, 'Business Games', Persembahan Syarikat dan Kuiz Keusahawanan akan diadakan. Turut memeriahkan acara ialah gerai-gerai jualan barangan daripada para peserta dari semua MRSM yang mengambil bahagian. Jualan barangan gerai akan bermula dari 25 April hingga 27 April 2010 jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam (kecuali 27 April- berakhir pada 11.00 pagi).

ANDA SEMUA YANG MELAYARI BLOG INI DAN BERKESEMPATAN BERKUNJUNG KE PULAU PINANG PADA MASA TERSEBUT, DENGAN SEGALA HORMATNYA DIJEMPUT MENGUNJUNGI GERAI-GERAI JUALAN SEMPENA DENGAN KONVENSYEN YANG DIADAKAN.

Tiada ulasan: