02 Ogos 2010

TERIMA KASIH SM VOKASIONAL BALIK PULAU !

Pada 24 Julai yang lalu saya telah diundang oleh Panitia Bahasa Melayu SM Vokasinonal Balik Pulau ( saya lebih gemar menyebutnya sebagai Teknik Balik Pulau) untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. alu
Terima kasih kepada Pengetua SMVBP , Puan Latifah Yusof, Cg Salina Sahid (Ketua Panitia Bahasa Melayu) dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain serta Cg Shama Kamaludin (Ketua Jabatan Bahasa) yang mengundang saya ke sana. Respons pelajar-pelajar amat baik dan menyenangkan hati.
Terima kasih khas buat isteri saya, Puan Zainiah Mohd Ali yang sudi menemani saya ke sana di samping berkongsi pengalaman beliau semasa bertugas di Teknik Balik Pulau (1993-2001) dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 tersebut.
(c)cikgu shuhaimi

Tiada ulasan: