03 Disember 2010

ULANG TAHUN KEDUA BLOG CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM - 3 DISEMBER 2010

Alhamdulillah, hari ini genaplah 2 tahun laman blog ini beroperasi secara rasmi.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua sama ada pelajar, rakan-rakan pendidik dan sesiapa jua atas kesudian melayari laman blog CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM ini. Semoga kita semua dikurniai Allah hidayah, celik akal dan keupayaan untuk membina kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Saya berdoa agar para pelajar mampu memperoleh A+ dalam subjek ini. Laman blog ini, insya-Allah akan terus menjadi satu wahana penyebaran ilmu dalam subjek Bahasa Melayu dan wadah untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan menjanakan kemahiran berbahasa Melayu mereka .Terima kasih atas sokongan semua pihak .


2 ulasan:

INUDIRIN berkata...

Salam Cikgu Mie,

Tahniah kerana Blog cikgu memberikan banyak manfaat kepada anak-anak bangsa.

Cikgu Shuhaimi berkata...

sama-sama cikgu ku din...semoga kita terus berusaha demi kecemerlangan anak-anak bangsa