03 Februari 2011

SELAMAT DATANG KE MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG

Pada 7 Februari 2011, kami akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 1 dan pelajar-pelajar lama maktab serta sebahagian pelajar baru untuk Tingkatan 4. Saya bagi pihak pengetua, guru-guru dan warga kerja maktab mengucapkan Selamat Datang kepada para pelajar dan ibu bapa sekalian ke bumi MRSM Transkrian .
Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang Perai Selatan, maktab ini yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002 ( 1 April 2011, MRSM Transkrian akan berusia 9 tahun). Asal mulanya kawasan ini merupakan kawasan ladang. Lokasinya yang berhampiran dengan bandar Parit Buntar (Perak) menyebabkan beberapa pihak sering menganggap bahawa maktab ini terletak dalam negeri Perak. Berkemungkinan perkataan 'krian' itu telah disamakan dengan daerah Kerian sedangkan nama Krian Laut adalah panggilan biasa orang tua-tua bagi kawasan Nibong Tebal.

View Larger Map

Bagi saya, nama Transkrian pada maktab ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Berdasarkan American Heritage Dictionary, 'trans' bermaksud merentasi sesuatu, melampaui sesuatu atau berubah secara menyeluruh. Transkrian bermaksud merentasi kawasan Krian. Dalam konteks MRSM Transkrian,, definisi ini amat bertepatan dengan slogan yang selama ini diguna pakai iaitu 'Better Than The Best' . Slogan MRSM Transkrian ini terhasil dalam tahun 2002 cetusan idea Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik pada masa itu, Encik Noor Hassan Hj Hussain (kini Pengetua MRSM Terendak) . Maksud slogan ini adalah untuk menjadikan MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan yang mencipta kecemerlangan yang lebih unggul dalam kalangan yang terbaik berdasarkan kriteria dan amalan penandaarasan yang telah ditetapkan justeru mengharapkan semua warga maktab ini berusaha pada tahap yang amat tinggi dan terus bersedia untuk menjulang nama maktab dalam pelbagai bidang.

Kecemerlangan MRSM Transkrian kita doakan, insya-Allah akan berterusan apabila Pengetua sekarang, Hj Shamsudin Suip memperkenalkan 'tagline' maktab pada awal 2009 iaitu ,A Thinking And Enriching College'. MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, akan  menjadikan budaya berfikir dan aktiviti pengayaan senrtiasa subur dan bugar dalam dalam semua aspek di sini.

Terdapat tiga buah institusi pendidikan utama yang menjadi jiran maktab iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah dan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Kawasan petempatan termasuklah Taman Ilmu, Ladang Transkrian, Taman Pekaka, Taman Sempadan, Taman Transkrian dan Kampung Seri Ampangan.

Tiada ulasan: