22 September 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 2 - LATIHAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Siri 2 memaparkan soalan pemahaman 2a iaitu pemahaman berdasarkan petikan umum.

1.Info
Markah yang diperuntukkan untuk soalan pemahaman 2a adalah 9 markah.Petikan untuk soalan 2(a) adalah berdasarkan petikan soalan 1 : Merumuskan Karangan. Soalan-soalan pemahaman 2(a) terbahagi kepada 2 aspek berikut :-
Aspek Pemahaman Berdasarkan Konteks @ Petikan (PBP) - soalan i dan ii
Aspek Pemahaman Kemahiran Berfikir (PKB) - soalan iii

Soalan Pemahaman Berdasarkan Konteks@Petikan (PBP) menguji pemahaman pelajar terhadap isi kandungan petikan serta menilai kemampuan calon mencari maklumat yang dikehendaki daripada petikan. Jawapan bagi soalan ini terdapat dalam petikan.
Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (PKB) menilai daya penaakulan pelajar memberi pendapat atau idea tentang perkara yang dibincangkan dalam petikan dalam ruang yang lebih luas. Jawapan bagi soalan ini tidak terdapat dalam petikan. Petikan yang diberi berfungsi sebagai pencetus idea untuk pelajar berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

2.Soalan
(Soalan di bawah adalah merupakan Soalan Pemahaman Petikan Umum Kertas 2 Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2009)
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar? [2 markah]
(ii) Bagaimanakah peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan?
[3 markah]
(iii) Nyatakan empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara. [4 markah]


3. Panduan Isi
i. maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar
..menghapuskan/membanteras/memerangi/mengatasikedaifan/kepapaan/kemelaratan hidup/
ketidakupayaan ekonomi yang melampau/sukar diatasi/diubah

ii. peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan…
… menambah baik infrastruktur yang rosak
… menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian
... menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan/prasarana awam

iii.empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara...
.... berjimat cermat dalam perbelanjaan
... memberi sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi
… bekerja sambilan/berniaga
… bercucuk tanam/melibatkan diri dalam bidang pertanian
... melancong dalam negara
... membeli barangan buatan tempatan
... menggunakan pengangkutan awam

4. Jawapan Contoh
i Maksud rangkai kata 'membasmi kemiskinan tegar' adalah membanteras kemelaratan hidup yang sukar diatasi.
ii. Peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan menambah baik infrastruktur yang rosak. Selain itu, kerajaan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di samping menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan serta prasarana awam. .
iii Empat cara yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk menangani krisis ekonomi negara adalah dengan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kedua, rakyat juga boleh memberi sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan Cara ketiga untuk menangani krisis ekonomi adalah dengan rakyat bekerja sambilan atau melibatkan diri dalam perniagan secara kecil-kecilan. Keempat, rakyat boleh bercucuk tanam atau melibatkan diri dalam bidang pertanian . Terdapat beberapa cara yang lain untuk menangani krisis ini seperti rakyat hanya melancong dalam negara dan membeli barangan buatan tempatan. Rakyat juga perlu menggunakan pengangkutan awam
5. Latihan
Soalan pemahaman 2a berikut adalah berdasarkan petikan rumusan dalam siri 1.
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata menjanakan pemikiran yang lebih positif ? [2 markah]
(ii) Mengapakah ‘dunia blog’ tidak lagi dianggap sebagai aktiviti elit penulis? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara untuk menggalakkan minat remaja melibatkan
diri dengan aktiviti penulisan blog. [4 markah]
Jawapan untuk latihan ini akan disiarkan dalam siri lain. Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah.
(c) cikgumie

1 ulasan:

Unknown berkata...

Maksud rangkai kata menghindari krisis?