31 Oktober 2009

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2009 SIRI 8 - LATIHAN MERUMUSKAN KARANGAN

1 Panduan Isi Untuk Latihan Merumuskan Karangan dan Pemahaman 2a dalam Siri 1 & 2
Berikut dipaparkan panduan isi untuk kedua-dua latihan tersebut. Sila rujuk Ulang Kaji Menghadapi SPM 2009 Siri 1 & Siri 2 sebagai panduan.

Panduan Isi Merumuskan Karangan
Pengenalan
Petikan membincangkan manfaat/kebaikan/kepentingan/faedah/keistimewaan blog kepada remaja di negara ini/Malaysia.
Isi Tersurat
Kelebihan-kelebihan blog :
1. Remaja dapat menjanakan pemikiran yang lebih positif
2. Blog digunakan untuk meluahkan pendapat yang bernas.
3. Blog boleh menjadi terapi yang sihat kepada minda.
4. Blog boleh dijadikan tempat menambah kenalan.
5. Blog tempat berkongsi minat tentang sesuatu isu.
6. Blog menjadi ruang untuk menambahkan pendapatan melalui pengiklanan produk
7. Blog lebih mudah dikelolakan.
8. Blog mendewasakan pemikiran remaja.
9.Blog menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dari segi pemikiran dan pandangan
10. Blog menjadi ruang berkongsi pandangan dan berdebat secara terbuka
Isi Tersirat
Kesan-kesan penyalahgunaannya:
1. Remaja terarah dan berminat mengendalikan laman blog lucah/melakukan aktiviti salah laku moral
2. Blog digunakan sebagai medium penyebaran fitnah/hasutan/khabar angin.
3. Remaja menulis isu yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, bangsa/agama.
4. Pengguna terdorong melakukan kegiatan jenayah/jenayah siber
5. Pemblog menjadi seorang yang antisosial.
6. Remaja menjadi seorang yang ketagih dan leka melayari laman blog.
7. Blog dapat mencemarkan maruah diri seseorang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, remaja perlulah memanfaatkan ruang blog sebaik-baiknya agar dapat membentuk generasi yang berpandangan jauh.

Panduan Isi Pemahaman 2a
i. maksud rangkai kata menjanakan pemikiran yang lebih positif....
... menghasilkan/melahirkan/mengeluarkan/sesuatu cara/pendekatan/idea yang
bertambah/semakin baik.

ii. dunia Blog tidak lagi dianggap sebagai aktiviti elit penulis kerana…
… sesiapa sahaja mampu menulis blog asalkan ada keinginan dan minat.
... pembukaan laman blog tidak memerlukan kepakaran dalam teknologi maklumat.
... penulisan laman blog juga tidak memerlukan kepakaran dalam teknologi maklumat.

iii. cara menggalakkan minat remaja melibatkan diri dalam aktiviti penulisan
blog adalah dengan...
... kerajaan/NGO menganjurkan pertandingan penulisan blog di peringkat sekolah dsb
... kerajaan menyebarkan maklumat melalui media massa/ media elektronik/media cetak.
… guru menjadikan penulisan blog sebagai salah satu pengisian pengajaran & pembelajaran
… kerajaan menjalankan kempen menggalakkan remaja menulis blog.
… ibu bapa menyediakan kemudahan teknologi maklumat di rumah
... sekolah menubuhkan kelab blog
... setiap persatuan/kelab di sekolah mempunyai blog

2. Isu-isu Yang Telah Disentuh Dalam Soalan Merumuskan Karangan (SPM Nov 1994-SPM Jun 2009)
Isu- isu berikut telah disentuh atau disoal dalam soalan Merumuskan Karangan
-usaha anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba mengatasi masalah kebakaran (SPM Nov 1994)
-amalan perniagaan yang kurang sihat(SPM Jun 1995)
-kesan pembangunan terhadap institusi keluarga (SPM Nov 1995)
-peranan telekomunikasi canggih di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 (SPM Jun 1996)
- faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan permainan video dalam kalangan belia.(SPM Nov 1996)
-kesan penggunaan internet di negara ini (SPM Jun 1997)
-akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang (SPM Nov 1997)
-keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini (SPM Jun 1998)
-kepentingan belia menguasai isu antarabangsa (SPM Nov 1998)
-akibat pembakaran hutan secara terbuka (SPM Jun 1999)
-kekangan dalam penerbitan buku ilmiah di negara kita (SPM Nov 1999)
-keistimewaan penternakan ikan sangkar di laut terbuka (SPM Jun 2000)
-faktor-faktor penghalang kemajuan sektor pertanian di Malaysia (SPM Nov 2000)
-kekangan yang akan dihadapi dalam memberikan kuasa polis bantuan kepada pentadbir sekolah untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar (SPM Jun 2001)
-tanggungjawab penulis (SPM Nov 2001)
-peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara (SPM Jun 2002)
-langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan (SPM Nov 2002)
-langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat (SPM Jun 2003)
-kepentingan pelabelan makanan (SPM Nov 2003)
-masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia (SPM Jun 2004)
-faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik (SPM Nov 2004)
-cara-cara mengurus tekanan (SPM Jun 2005)
-faedah-faedah hidup berjiran (SPM Nov 2005)
-kelebihan kcrja berpasukan (SPM Jun 2006)
-cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa ( SPM Nov 2006)
-kepentingan terumbu karang di Malaysia (SPM Jun 2007)
-tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah (SPM Nov 2007)
-faedah membaca (SPM Jun 2008)
-faedah-faedah penerokaan angkasa lepas (SPM Nov 2008)
-punca-punca keracunan makanan (SPM Jun 2009)

3. Isu-isu Yang BOLEH Disentuh Dalam Soalan Merumuskan Karangan SPM Mendatang...
Isu atau aspek berikut boleh disentuh atau disoal dalam soalan Merumuskan Karangan DAN pemahaman 2a.

-kelebihan mengamalkan gotong-royong dalam kalangan rakyat Malaysia
-langkah-­langkah pemeliharaan alam sekitar
-cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
-manfaat remaja bekerja sambilan
-usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia
-kelebihan menabung
-langkah-langkah meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya
-kepentingan industri desa
-punca-punca kepupusan hidupan liar
-kesan penggunaan telefon bimbit
-kebaikan ubat-ubat herba
-kepentingan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
-kepentingan rakyat melengkapkan diri dengan teknologi maklumat
-kebaikan mengamalkan semangat kesukarelaan
-usaha-usaha menangani isu jualan makanan ringan di sekolah
-kelebihan penanaman sayuran berteknologi tinggi
-keistimewaan bioteknologi
-cara-cara memupuk komunikasi berkesan
-kebaikan industri desa
-faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara
-faedah yang diperoleh daripada usaha kitar semula
-tindakan untuk meningkatkan tahap keselamatan di sekolah
-usaha-usaha untuk memartabatkan golongan belia
-peranan remaja dalam mengisi kemerdekaan negara
-langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi
-sebab-sebab pelajar wajar menyusun jadual belajar yang efektif
-langkah-langkah untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu
-kesan-kesan makanan segera
-kepentingan pendermaan organ
-kepentingan menghayati sejarah
-tindakan menangani kenaikan harga barang
-sebab-sebab masyarakat tertarik untuk mengunjungi restoran makanan segera
-strategi- strategi melahirkan pengguna bijak
-usaha-usaha meningkatkan taraf kesihatan rakyat
-pengaruh teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat
-amalan cara hidup remaja yang sihat
-cara-cara menghayati Rukun Negara
-kaedah mengurangkan banjir kilat
-teknik-teknik memperoleh kecemerlangan dalam akademik
-ciri-ciri modal insan yang dihasratkan oleh kerajaan
-kebaikan majlis rumah terbuka
-kepentingan pemakanan seimbang
-faedah negara kita memantapkan hubungan dengan negara-negara lain
-usaha-usaha memantapkan karya penulis remaja
-langkah-langkah mengekalkan kehijauan alam sekitar
-kepentingan meningkatkan mutu pengangkutan awam
-kriteria-kriteria sebagai seorang penulis
-usaha menangani pembuangan sampah secara sewenang-wenangnya

Isu-isu atau aspek di atas merupakan 'sekelumit' daripada beribu-ribu isu yang boleh dijadikan arahan sama ada untuk isi tersurat/isi tersirat dalam Merumuskan Karangan mahupun soalan kemahiran berfikir (soalan iii) dalam Pemahaman 2a.
Isu atau aspek ini kebiasaannya melibatkan soal kemanusiaan dan kemasyarakatan mencakupi bidang seperti sosioekonomi, sains ,hal ehwal semasa dan sebagainya.
(c)cikgumie

1 ulasan:

建章 berkata...

cikgu, saya ni masih tidak dapat menulis isi tersirat dengan tepat..

cikgu boleh tolong aku ke?