06 Oktober 2009

PENGGREDAN BARU SPM MULAI 2009

Penggredan Baru SPM Memudahkan Urusan Pemilihan Pelajar Cemerlang
bharian.com.my
PUTRAJAYA: Sistem penggredan baru bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Melalui penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.
Penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. Walaupun dilaksanakan tahun ini, proses ini tidak membabitkan perubahan dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. . Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan (gred) untuk calon cemerlang.
Sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan meningkat setiap tahun. Berdasarkan sistem itu, adalah sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak menerima pembiayaan pengajian. Penilaian semula gred SPM itu juga adalah sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik.
Perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan yang sesuai dengan program yang bakal diikuti mereka di universiti sama ada dalam atau luar negara. Pihak kementerian sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.
Perubahan ini akan menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri,Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.
Info Tambahan
Berdasarkan akhbar The Star keluaran 3 Oktober 2009 (Sabtu), terdapat carta perbandingan antara gred SPM (sebelum 2009) dengan gred SPM ( yang akan diguna pakai mulai 2009). Perbezaan yang ketara adalah untuk gred A+ dan A (permerincian markah belum dinyatakan) disamakan dengan 1A. A- untuk 2A, B+ untuk 3B, B untuk 4B, C+ untuk 5C, C untuk 6C, D untuk 7D, dan E untuk 8E
dan G menggantikan 9G. (Markah untuk setiap gred bergantung pada subjek) .
Penggredan ini hampir menyamai sistem penggredan subjek MRSM yang menggunakan Sistem Purata NIlaian Gred (PNG) .
Untuk Bahasa Melayu SPM, mungkinkah 90-100 itu markah untuk gred A+ manakala 80-89 itu untuk gred A?? Apa-apa jua yang diambil kira, tugas kita adalah untuk memastikan A+ dalam genggaman, insya-Allah.
(c)cikgumie

3 ulasan:

Afiq Fahmi berkata...

aslm....cikgu nk tanya..

sy calon spm thn ni....
nk tahu brp markah dari ke berapa setiap gred-gred tersebut....

aslm..

- berkata...

Salam.

Saya juga calon SPM 2009.
Cikgu, boleh tak kongsikan markah penggredan baru ini?

Yo姐 berkata...

Me oso want to know it...
feel very nervous about it...
^_^