11 Mac 2010

ALHAMDULILLAH..PENCAPAIAN BAHASA MELAYU SPM 2009 MRSM TRANSKRIAN MENINGKAT !!

Keputusan SPM 2009 telah dikeluarkan pagi tadi. Kini, hari menghampiri 12 Mac 2010. Bersyukur saya ke hadrat Allah swt. kerana dengan limpahan kurnia dan perkenan-Nya, pelajar-pelajar Tingkatan 5 2009 MRSM Transkrian telah memperoleh 100% A untuk subjek Bahasa Melayu sekali gus membantu pencapaian yang terbaik bagi subjek itu setakat ini sejak maktab mula mengambil SPM pada tahun 2003.
Seramai 137 orang memperoleh gred A+, 16 orang gred A dan seorang gred A- yang menghasilkan Gred Purata Subjek (GPS) 0.12. Jika dihitung menggunakan skala gred lama, seramai 153 orang memperoleh gred 1A dan seorang memperoleh gred 2A dengan GPSnya 1.01 GPS yang diperoleh untuk subjek Bahasa Melayu sejak SPM 2003 adalah seperti berikut: 2003 (1.44), 2004(1.22), 2005 (1.34), 2006 (1.05),2007 (1.07) dan 2008 (1.28). Hal ini jelas menunjukkan peningkatan dan satu rekod bagi Unit Bahasa Melayu, MRSM Transkrian. Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar dan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian (Puan Siti Zurhaida, Puan Zuraida Riza, Puan Haslinda & Puan Aina) termasuk Cikgu Maznan Maamor yang kini bertugas di MRSM Bentong.
MRSM Transkrian berkedudukan nombor 3 daripada 36 buah MRSM dari segi pencapaian subjek Bahasa Melayu dengan 8 buah MRSM memperoleh kelulusan 100% A bagi SPM kali ini.
MRSM-MRSM tersebut ialah MRSM Pengkalan Chepa, Langkawi, Transkrian, Pengkalan Hulu, Lenggong, Pasir Salak,Pendang & Merbok.
Semoga keputusan yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 2010 berusaha dengan lebih gigih dan memperoleh keputusan yang cemerlang dengan izin Allah swt. Kami meletakkan sasaran GPS 0.02 untuk pencapaian Bahasa Melayu SPM 2010 MRSM Transkrian. Semoga Allah memberkati dan meredai usaha kami.

Tiada ulasan: