02 Mac 2010

TERIMA KASIH MRSM TAIPING !

Pada 27 Februari 2010 saya telah menyampaikan ceramah tentang teknik menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu SPM di MRSM Taiping, Perak. Jemputan untuk saya menyampaikan ceramah tersebut dibuat sebulan sebelum itu. Saya menerima undangan itu sebagai tapak permulaan untuk saya menyampaikan ceramah pada tahun ini dan sebagai tapak ujian kesihatan saya sama ada masih boleh menyampaikan ceramah. Alhamdulillah! Allah mengizinkan saya dengan limpahan kurnia iradat dan kudrat-Nya. Walaupun, ada kalanya terpaksa duduk, pelajar-pelajar MRSM Taiping memberikan kerjasama dan sokongan kepada saya. Terima kasih! Juga ucapan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Melayu MRSM Taiping- Cikgu Abrar, Cikgu Asriyah, Cikgu Salmiah, Cikgu Mohd Abdullah, Cikgu Fadzliana, Cikgu Ruhimi dan lain-lain atas layanan dan kerjasama.
(c) cikgu shuhaimi

1 ulasan:

norain ishak berkata...

saja google mrsm taiping, terjumpa blog cikgu ni.saya ex-mrsm taiping 07/08.terima kasih jugak sebab cikgu datang ke mrsm taiping ajar junior-junior..