04 Januari 2009

MUQADDIMAH BAHASA MELAYU SPM 2009


PERSEDIAAN BAHAN, MINDA, MENTAL DAN ROHANI UNTUK MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2009

>Para pelajar telah membaca dan memahami keseluruhan teks KOMSAS iaitu Anak Laut,Kerusi, novel mengikut zon masing-masing serta bahan ulang kaji Kertas 1 dan Kertas 2 yang disediakan oleh guru-guru anda.
>
Para pelajar mengetahui format dan memahami keperluan serta menguasai teknik menjawab Kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu SPM dengan sepenuhnya.
>Para pelajar membuat analisis tentang soalan Kertas 1 & 2 bagi tahun-tahun lepas.
>Para pelajar berusaha tidak mengenal penat dan jemu untuk sentiasa membuat latihan ulang kaji.
>Anda berazam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan 1A Bahasa Melayu tidak terlepas daripada genggaman.
>Anda sentiasa berdoa agar mendapat kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain.
>Anda mengerjakan Solat Sunat Hajat dan Tahajud memohon limpah perkenan Allah
>Anda membaiki tulisan agar mudah dibaca oleh guru/pemeriksa.
>Anda memastikan bahawa kerja yang anda hasilkan terutama
jawapan peperiksaan kemas, cantik dan menyenangkan hati semua pihak.
>Anda melakukan perkara-perkara lain yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
cikgumie

1 ulasan:

Mohd Salleh Asali Mijah berkata...

Salam Cikgu.
Mohon bantuan dan jasa baik Cikgu, saya nak mengambil bahasa melayu julai.. boleh tak beri info tentang subjek ni thanks.