31 Disember 2008

PMR 2008 - MRSM TRANSKRIAN TERBAIK ANTARA MRSM

ALHAMDULILLAH!
Keputusan PMR 2008 telah selamat diumumkan . Seramai 123 (82.5%) daripada 149 pelajar maktab ini telah memperoleh 8A/7A. Satu pencapaian 'yang lebih baik daripada yang terbaik' sejak MRSM Transkrian beroperasi pada 1 April 2002.

Tahniah kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga. Selamat kembali ke maktab untuk memulakan pengajian dalam tingkatan empat. Perjuangan anda akan bermula dengan program Kemahiran Akademik Kemahiran Insaniah (KAKI) Edisi Kedua.
Pencapaian subjek Bahasa Melayu semakin meningkat. Tahniah dan terima kasih kepada Puan Aina Md Noh dan Puan Haslinda Mohd Mansor atas usaha gigih dan pengorbanan anda. (146 memperoleh gred A dan 3 orang memperoleh gred B)
Pencapaian subjek Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. (140 memperoleh gred A manakala 9 orang memperoleh gred B).
Terus berusaha!

cikgumie

30 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU – MA’AL HIJRAH 1430H



Selamat Menyambut Tahun Baru - Ma'al Hijrah 1430 diucapkan kepada:

* Pengetua MRSM Transkrian, Encik Samsuddin bin Suip
* Pengetua MRSM Bentong, Haji Mohd Yusoff bin Hassan
* Pengetua MRSM Felda, Encik Saleh bin Osman
* Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Encik Shamsuri bin Mahat
* Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Puan Maimun bt Yusof
* Penolong Pegawai Tadbir (K), Encik Roslan bin Hamid
* Ketua-Ketua Jabatan
Bahasa - Encik Ahmad Kamil bin Mohd Ali
Sains -Encik Rosli bin Ab Ghani
Pengajian Am - Encik Mohamad Marzuki bin Hj Hashim
Matematik - Puan Rozita bt Saad
* Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Encik Mohd Amin bin Din
* Rakan-rakan guru, kaunselor ,kakitangan dan semua pembaca blog



Semoga
hidup bersinar dengan KEIMANAN
mata bercahaya dengan KETAQWAAN
hati terhibur dengan kalimah TUHAN
akhlak indah bagaikan AL-QURAN
agar hidup dirahmati Allah

kerana
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

cikgumie

03 Disember 2008

SETITIS TINTA PEMBUKA BICARA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kepada rakan-rakan guru ,pelajar-pelajar dan semua pembaca laman blog
Bermula Januari 2009 , saya, Shuhaimi Sulaiman (cikgu mie) dari MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang akan mengendalikan laman blog sendiri untuk berkongsi ilmu tentang subjek Bahasa Melayu demi membantu pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Saya berharap agar laman blog CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM ini dapat membantu anda semua sedikit banyak untuk memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu SPM.
Telah ada banyak laman blog berkenaan Bahasa Melayu kelolaan pendidik Bahasa Melayu tersohor seperti http://galusbm.blogspot.com/ (Cikgu Abdul Razak Hassan), http://agy7500.blogspot.com/ (Cikgu Abdul Ghalib Yunus) , http://cikgutancl.blogspot.com/ (Cikgu Tan C.L) , dan http://ajamsari.blogspot.com/ (Cikgu Mohd Azam Ahmad). -sekadar menyebut beberapa laman dan nama pengendalinya.
Semoga kehadiran blog yang akan saya kendalikan ini akan berfungsi sebagai pelengkap dan pemeriah seri wacana ilmu kecemerlangan Bahasa Melayu SPM di alam siber.
Saya masih baru dalam pengendalian blog justeru laman blog ini masih dalam peringkat percubaan sama ada dari segi pembinaan mahupun pemasukan bahan-bahan yang berkait dengan subjek Bahasa Melayu dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Info dari MRSM Transkrian juga akan saya paparkan melalui laman ini untuk sebaran umum.
Bantuan rakan-rakan pendidik Bahasa Melayu baik dari semua MRSM mahupun sekolah-sekolah yang lain amat dihargai.
Namun atas kesibukan atau halangan yang tidak menentu, usaha ini bermungkinan akan mengambil masa. Semoga Allah memudahkan kerja saya dan meredhai tanggungjawab memartabatkan kecemerlangan Bahasa Melayu.
Sekian untuk makluman semua.
cikgumie