28 Februari 2011

IMBAUAN MRSM BALIK PULAU 1991-2002 (1)

Saya berkhidmat di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang dari 28 Disember 1990 hingga 31 Mac 2002 selepas 3 tahun di MRSM Kerteh, Terengganu. Ini antara foto yang dapat dimuatkan untuk tatapan pengunjung laman  CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM
Barisan pendidik MRSM Balik Pulau 1995 
Barisan Belakang (dari kiri) - En. Nazri Elias, En. Mazlan Bostami, En. Mohd Faizal Hanafiah, En. Mazlan Hanafi Basharudin, En. Othman Sirun, En. Roslan Hanafi, En. Jafni Ghazali, En. Shuhaimi Sulaiman, En. Ariffin Sulaiman, En. Mohd Noor Jusoh, Pn. Norhayati Abdul Rahman, Pn. Rozita Saad, Puan Dzati, Cik Fauziah Hanim Nordin, Pn. Siti Zabedah, Puan Hakimah Sepihie
Barisan Tengah (dari kiri) - Pn. Nor Azlina Ishak, Pn. Wan Zarina, Pn Narimah Baba, Cik Aniza, Pn. Suriyati  Daud, Cik Norhayati Ahmad, Pn. Nik Adibah (Allahyarham), Pn. Siti Aisyah Salikon, Cik Nor Haida Mohd Yahya, Pn. Noraini Naim, Pn. Hajah Rasitah, Pn. Hifzah, Pn. Raja Suzita, Pn. Noor Aishah Ismail, Pn. Rozinawati, Cik Ooi Phaik Siew, ?,?, Pn. Siti Fatimah Tahir
Barisan Hadapan (dari kiri) - Pn. Noor Murni , Cik Noraini Ahmad , En. Wong Suong Kong, En Nik Ahmad Abdullah Assaidi, En. Basorudin Tajudin, En. Chong Pak Cheong, En. Faruk Senan Abdullah (PGT), Haji Bahari Abd. Wahab (PP HEA), Haji Sabri Mohd Ali (PP HEP) (Allahyarham), En. Baharum Arshad, En. Shabani Ahmad, En. Tengku Lukman, Pn. Hajah Hamizon Abdul Hamid
(gambar ihsan cik noor haida mohd yahya)

Pemandangan di laluan masuk ke MRSM Balik Pulau
Maaf dipohon kepada semua yang melayari laman blog ini kerana belakangan ini, laman CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM lebih banyak memaparkan imbauan saya di MRSM Kerteh dan MRSM Balik Pulau.  Insya-Allah,  input Bahasa Melayu SPM akan diaktifkan semula tidak lama lagi.

IMBAUAN MRSM KERTEH 1987-1990 ( 6 )

Pelajar-pelajar kumpulan sulung MRSM Kerteh (1987-1989) menerusi laman sosial Facebook telah memuatnaikkan beberapa keping gambar pangsapuri di Bandar Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu. Gambar -gambar ini menunjukkan pangsapuri yang dahulunya dijadikan asrama putera dan asrama puteri MRSM Kerteh (1987-1992). Manakala rumah-rumah kedai di belakangnya telah dijadikan bilik-bilik kelas, pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains, makmal komputer,pusat sumber dan dewan makan. Sememangnya bagi saya yang pernah berkhidmat di sini (1987-1990), MRSM Kerteh berada dalam kelas yang tersendiri !



(dipetik daripada Facebook - Kerteh 87 ihsan Mohd Faizal Yusof & Reza. T
Halim 2011) 

24 Februari 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MRSM TRANSKRIAN KALI-7

Sebentar tadi pada jam 12.30 tengah hari, telah berakhir Kejohanan Olahraga MRSM Transkrian bagi kali ke-7. Kejohanan yang mula diadakan pada tahun 2005 ini, telah dirasmikan oleh Pengetua MRSM Transkrian, Hj Samsudin Suip mewakili Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Transkrian, Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang mempunyai urusan rasmi USM pada saat-saat akhir. Namun,  Prof. Dr. Abdul Rahman dapat juga menghadiri temasya ini hingga tamat selepas urusannya selesai .
Kejohanan bermula jam 8.45 pagi didahului perbarisan masuk dan lintas hormat kontinjen rumah sukan. 



Rumah TUAH (Merah) yang diketuai oleh Cg Zulkifli Hussain (Kaunselor Pelajar) muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan olahraga kali ini yang turut melibatkan acara Merentas Desa, Petanque (antara staf) & Futsal (antara staf).

18 Februari 2011

PENDIDIK MRSM TRANSKRIAN

BARISAN PENDIDIK MRSM TRANSKRIAN 2011
Berdiri Barisan 2 Dari Kiri
En, Khairulizan (PJ), En. Khairul Khelmi (PS), En. Rosidi (SEJ), En. Mohd Aidid (PI), En. Asnor (SEJ), En. Mohd Eddey Amin (PI), En. Mohd Ibrahim (KH), En. Abdul Samad (MAT), En. Ahmad Fairus (CHEM), En. Ahmad Kamil (BI), En. Azizan (KOM), En. Muhammad Fadzli (CHEM), En. Jazmin (PI). 
Berdiri Barisan 1 Dari Kiri
Cik Faizah (PI), Pn. Norlela (ADMAT), Pn Mardziana (SIV), Pn. Nurhanis (CHEM), Pn. Khairul Muna (MED), Pn. Zairulzana (BIO), Pn. Siti Zuraida (PJ), Pn. Haslinda (BM), Pn. Suganthi (BI), Pn. Siti Zurhaida (BM), Pn. Ashirina Fiza (KH), Pn. Azlin (GEO), Pn. Husrita (BIO), Pn. Jayanthi (BI), Pn. Lee Wai Chan (CHEM), Pn. Noor Zamira (SEJ), Cik Sh. Nur Farah (MAT), Pn. Aina (BM), Pn. Zuhaili (BI), Pn. Nuraniza (SEJ), Pn. Siti Ashinida (MAT), Cik Norzaitul Nadiyah (BI), Pn. Zuraida (BI), Pn. Noorhazleen (PHY), Pn. Sai'idah (PHY).
Duduk Dari Kiri: 
En. Harizan (PI & KW), En. Zulkifli (KAUN), En. Shuhaimi (BM), En. Shamsuri (TPHEK), Hj. Jantan (TPHEP), Hj Samsudin (PENGETUA), Pn. Norhayati (TPHEA), En. Rosli (PHY- KJ SAINS), Pn. Adz Jamros (BI-KJ BAHASA), Pn. Noraini (MAT-GC), Pn. Rozita (KOM-KJ MATEMATIK)
Tiada dalam gambar
Pn. Haneza (KAUN), Pn. Che Su (GEOG), Pn. Aimi (BIO), Cik Faridah (BIO), Cik Julianasnizah (PS), Pn. Hanisziana (KH), Pn. Afidah (BI), Pn. Putri Nadia (MAT), Pn. Fadzlin (AKN), Hj Mohammad Marzuki (PI- KJ SS)

BARISAN PENDIDIK JABATAN BAHASA

Maaf dipohon kepada semua yang melayari laman blog ini kerana belakangan ini, laman CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM lebih banyak memaparkan aktiviti di MRSM Transkrian. Insya-Allah, dari masa ke masa, input Bahasa Melayu SPM akan diaktifkan semula.

MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1 MRSM TRANSKRIAN : CATATAN HARI KELIMA


MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1 MRSM TRANSKRIAN : CATATAN HARI KEEMPAT



16 Februari 2011

MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1 MRSM TRANSKRIAN : CATATAN HARI KETIGA






MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1 MRSM TRANSKRIAN : CATATAN HARI PERTAMA & KEDUA

Catatan Hari Pertama 14 Februari 2011
Minggu Aktiviti MRSM Transkrian bagi Semester 1 yang bertemakan '1 Aspirasi,I Usaha,1 Realiti' bermula dengan acara merentas desa antara rumah. Lima buah rumah sukan iaitu TUAH,JEBAT,LEKIR, LEKIU & KASTURI terlibat dalam acara ini. Rumah TUAH (Merah) muncul sebagai juara.



Seterusnya, pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, setelah selesai acara merentas desa, semua pelajar telah menghadiri ceramah 'Sains Dalam Islam' yang diadakan di Dewan Ibnu Sina (DIS).
Pada sebelah petang, pihak Jabatan Bomba telah memberi taklimat keselamatan dan melakukan demonstrasi mencegah kebakaran kepada semua pelajar. Aktiviti ini dijalankan di tapak perhimpunan maktab.
Catatan Hari Kedua 15 Februari 2011

14 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL - 12 RABIUL AWAL 1432H

Petikan daripada: http://ummatanwasatan.net
Bulan Rabiulawal Tahun Gajah mengingatkan kita akan kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w. Justeru kita memperingati Maulud Nabi s.a.w untuk mengungkapkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah s.a.w yang tercinta. 
Perayaan atau peringatan Maulid yang disambut pada bulan Rabiulawal adalah sebagai pernyataan daripada cinta Muslim kepada Nabinya. Sejarah mencatat bahawa asal mulanya perayaan ini diadakan pada abad keempat Hijrah setelah tentera salib menyerbu Palestin yang ketika itu terletak dalam kekuasaan umat Islam. Kemenangan ini disambut dengan perayaan Hari Natal secara besar-besaran. Lantas bagi mengembalikan kembali semangat umat Islam yang kian luntur itu, maka diadakan perayaan Maulid Nabi. Setelah 200 tahun lamanya dijajah, akhirnya tentera salib berjaya diusir dari Palestin di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi. 
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang teragung dalam sejarah peradaban manusia. Dari perspektif agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul utusan Allah s.w.t yang menjadi ‘pemberi peringatan’, mula-mula bagi bangsa Arab, dan kemudian bagi seluruh umat manusia. 
Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda, tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam. Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul, serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah, sehingga Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda. 
Mengingati Rabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada tahun ini (bersamaan pada 15 Feb 2011 benar-benar menjadi titik tolak kesedaran umat Islam di negara ini bagi memperkukuh perpaduan serta meningkatkan iman, takwa, dan amal salih. Kita imbas dan gali kembali perjuangan Rasulullah s.a.w dengan niat mencontohi dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari. 
Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang keagungan dan keprihatinan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi teladan bagi semua peringkat manusia. Baginda adalah sebaik-baik makhluk Tuhan seluruh alam. 
Perayaan yang kita sambut adalah sebagai bukti cinta, iaitu kenikmatan menyebut nama  orang kita cintai. Dalam satu peristiwa setelah Nabi s.a.w wafat, Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan. Bagaimanapun, setelah didesak oleh orang ramai termasuk Sayidatina Fatimah r.a (semoga Allah merahmatinya), akhirnya Bilal kembali melaksanakan tugasnya. 
Ketika azan dikumandangkan dan sampai kepada kata “asyhadu anna Muhammad…” suara Bilal terhenti. Kemudian suaranya tersekat-sekat dan beliau menangis semahu-mahunya. 
Nama “Muhammad” kekasih yang baru saja kembali kepada Rabbul Izzati, menggetarkan jantung Bilal. Bagi Bilal, beliau berhenti mengumandangkan azan kerana nama itu mengingatkan beliau kepada kehilangan besar kepada seluruh umat Islam. 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dekat dengan aku hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat ke atasku.” 
Dalam pada kita merayakan Maulidur Rasul bagi tujuan membangkitkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w, jangan pula kita melakukan perkara-perkara mungkar yang akan merosakkan suasana perayaan tersebut. 
Umat Islam dituntut bukan sekadar untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w tetapi memantapkan rasa cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan yang tidak ternilai. 
Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohonkan maghfirah untuk Nabi s.a.w serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada baginda dan keluarga baginda. 
Keluhuran budi Nabi s.a.w bukan hanya dinyatakan oleh Allah dan diyakini umat Islam, berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia,” malahan diakui oleh kawan dan lawan. 
Malah ketika diminta untuk mengutuk, Nabi s.a.w  membalas, yang bermaksud: “Aku bukan diutus sebagai pengutuk, tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan penyebar rahmat.” 
Sifat kasih sayang Nabi s.a.w terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada seorang manusia pun yang lebih tinggi rasa kasih sayangnya, lemah-lembutnya serta perbuatan atau amal baiknya kepada makhluk Tuhan. 
Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua. Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tidak ada Tuhan selain daripadaNya, Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Sebab itu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Utusan-Nya, nabi yang ummi yang percaya kepada Allah dan perkataan-perkataan-Nya. Ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk.” (Al-A’raaf: 158) 
Keagungan Nabi s.a.w menjadikan baginda sebagai teladan yang terbaik sekali gus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Baginda menziarahi orang-orang sakit, bersama-sama mengiringi jenazah dan memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak. 
Kesopanan dan kesantunan baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap yang terpuji yang baginda tunjukkan terhadap orang-orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjung tinggi. 
Dalam kesibukan baginda memimpin, baginda sentiasa menerima sesiapa pun yang datang dengan tangan terbuka dan berlapang dada walaupun seorang Badwi yang kasar sifatnya. 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: 
 Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat.” (Al-Ahzab: 21) 
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.



11 Februari 2011

ULASAN SAJAK 'ARKITEK KOTA'

Ulasan Sajak : ARKITEK KOTA Karya DR. MUHAMMAD HJ SALLEH
Teks : DIGAHAYU BAHASAKU  


Kota, Tamadun dan Bangsa : Satu Penilaian Penyair
Bagi penyair di mana-manapun di dunia ini, kota dilihat sebagai sebuah lautan  yang sentiasa bergelombang. Kadang-kadang mereka memandang kota sebagai sebuah hutan belantara yang subur akibat pembajaan yang sempurna; ada waktunya penyair memetik bunga rahsia kota sebagai gelanggangnya bermain kata bersama segala hal yang menjanjikan makna tersendiri sebenarnya.
Kota sebagai pusat kebanyakan aktiviti meriwayatkan kelangsungan kehidupan. Degupannya sering juga membawa kesegaran semula yang mula tenggelam malah sebaliknya tetapi kota tidak selamanya memberi kebahagiaan yang hakiki. Tetapi pada masa yang melahirkan benih daripada pengamatan, pentafsiran dan juga penghayatan yang menyediakan pengalaman baru kepada penyair itu dan orang lain. Saya ingin mengetengahkan pencernaan fikrah penyair Malaysia tentang pengamatannya mengenai kota dan pembinaan tamadun.
Seperti membina sebuah bangunan, hanya arkitek saja yang lebih memahami struktur binaan. Demikian halnya bagi penghuni kota yang bertindak sebagai arkiteknya. Dari sajak ‘Arkitek Kota’, Muhammad Haji Salleh merakamkan:

hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut,
kenal gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota’

Beginikah seharusnya pemilik kota yang mengimpikan keberadaannya begitu mengerti agar nikmat kota itu ditemukan dalam kemungkinan-kemungkinan yang digambarkan. Penghuni kota harus menghargai keindahan alam kerana merekalah pewaris bagi membina keindahan iaitu sebuah tamadun. Kata Dr. Muhammad,

            pencipta kota ialah
            pendekar muda dengan langkah berbagai
            kelakar tua yang mengampungkan cerita
            orang bercinta yang perlukan bulan.
            dia pengukir ruang hidup
            penghias suasana sempurna
            membenarkan penemuan
            memungkinkan kemungkinannya.

Amat jelas disedari bahawa kota atau bandar yang ditakrif sebagai pusat segala kemajuan bermula itu menjadikan kemanusiaan lebih bertanggungjawab terhadap pembinaan sebuah tamadun bangsa. Namun demikian seperti dijelaskan tadi bahawa kehidupan kota semata-mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sesebuah tamadun tetapi dibantu oleh perletakan aspek-aspek yang menekankan ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang dan adat resam di tempat yang tinggi. Penghijrahan atau perpindahan daripada sebuah kota kepada bandar raya menjadi isyarat betapa warganya melangkah setapak lagi dalam peradaban dan kemakmuran hidup bak kata ‘bandar raya’ itu sinonim dengan istilah ‘masyarakat madani’.
Kerana itu juga taraf bandar raya bukan sekadar perubahan dan peningkatan kualiti dari sudut fizikal, tetapi kedudukan teratas bandar raya menuntut kesediaan warganya berusaha serta berazam meningkatkan kecemerlangan dari sudut ketahanan dalaman dengan kekuatan spiritual dan kemantapan dari aspek mental yang mana kedua-dua faktor ini menjadi teras kepada kejayaan sesebuah peradaban atau tamadun. Tamadun yang terkenal dalam sejarah manusia adalah hasil budaya yang sesuai dengan pembentukan dan pencapaian tamadun berkenaan.

07 Februari 2011

PENDAFTARAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 MRSM TRANSKRIAN - 7 FEBRUARI

Sebentar tadi telah berlangsung urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 MRSM Transkrian. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi. Seramai 118 orang pelajar tingkatan 1 dan   141 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri. Pendaftaran yang diadakan di Dewan Ibnu Sina (DIS) telah berjalan dengan lancar. Pihak Tabung Haji turut serta memeriahserikan suasana dengan membuka kaunter perkhidmatan.

Turut mengiringi anaknya mendaftarkan diri ialah Pengetua MRSM Balik Pulau (berdiri di tengah), Hj Manab Abdul Majid yang merupakan Ketua Jabatan Matematik MRSM Transkrian dari 2003-2008.  



YB Adun Sungai Acheh, Dato'Haji Mahmud bin Zakaria telah merasmikan Minggu Haluan Pelajar untuk tingkatan 1 & 4 ini.


03 Februari 2011

SELAMAT DATANG KE MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG

Pada 7 Februari 2011, kami akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 1 dan pelajar-pelajar lama maktab serta sebahagian pelajar baru untuk Tingkatan 4. Saya bagi pihak pengetua, guru-guru dan warga kerja maktab mengucapkan Selamat Datang kepada para pelajar dan ibu bapa sekalian ke bumi MRSM Transkrian .
Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang Perai Selatan, maktab ini yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002 ( 1 April 2011, MRSM Transkrian akan berusia 9 tahun). Asal mulanya kawasan ini merupakan kawasan ladang. Lokasinya yang berhampiran dengan bandar Parit Buntar (Perak) menyebabkan beberapa pihak sering menganggap bahawa maktab ini terletak dalam negeri Perak. Berkemungkinan perkataan 'krian' itu telah disamakan dengan daerah Kerian sedangkan nama Krian Laut adalah panggilan biasa orang tua-tua bagi kawasan Nibong Tebal.

View Larger Map

Bagi saya, nama Transkrian pada maktab ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Berdasarkan American Heritage Dictionary, 'trans' bermaksud merentasi sesuatu, melampaui sesuatu atau berubah secara menyeluruh. Transkrian bermaksud merentasi kawasan Krian. Dalam konteks MRSM Transkrian,, definisi ini amat bertepatan dengan slogan yang selama ini diguna pakai iaitu 'Better Than The Best' . Slogan MRSM Transkrian ini terhasil dalam tahun 2002 cetusan idea Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik pada masa itu, Encik Noor Hassan Hj Hussain (kini Pengetua MRSM Terendak) . Maksud slogan ini adalah untuk menjadikan MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan yang mencipta kecemerlangan yang lebih unggul dalam kalangan yang terbaik berdasarkan kriteria dan amalan penandaarasan yang telah ditetapkan justeru mengharapkan semua warga maktab ini berusaha pada tahap yang amat tinggi dan terus bersedia untuk menjulang nama maktab dalam pelbagai bidang.

Kecemerlangan MRSM Transkrian kita doakan, insya-Allah akan berterusan apabila Pengetua sekarang, Hj Shamsudin Suip memperkenalkan 'tagline' maktab pada awal 2009 iaitu ,A Thinking And Enriching College'. MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, akan  menjadikan budaya berfikir dan aktiviti pengayaan senrtiasa subur dan bugar dalam dalam semua aspek di sini.

Terdapat tiga buah institusi pendidikan utama yang menjadi jiran maktab iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah dan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Kawasan petempatan termasuklah Taman Ilmu, Ladang Transkrian, Taman Pekaka, Taman Sempadan, Taman Transkrian dan Kampung Seri Ampangan.