20 Julai 2010

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2010 SIRI 2

PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (2)
* Untuk soalan pemahaman 2d yang melibatkan sama ada puisi tradisional atau sajak, teks-teks berikut, masih belum dipilih untuk diuji dalam SPM (baik Jun mahupun November) : Syair Kelebihan Ilmu & Pantun Enam Kerat (Kerusi), Di Ruang Gemanya, Duhai Pentafsir (Kerusi) dan Jalan-Jalan Raya Kotaku (Anak Laut). Selain itu, Syair Jong Pecah (karya Adibah Amin) juga perlu diberi perhatian memandangkan syair ini agak panjang dan hanya sebahagian syair yang dipilih untuk diuji dalam SPM Jun 2002. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada keenam-enam teks tersebut dengan tidak mengetepikan teks yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui * Untuk Soalan 3: Pengetahuan & Kemahiran Bahasa, saya berharap agar para pelajar memberikan perhatian kepada soalan 3b yang berupa soalan yang berfokuskan aspek sintaksis atau ayat dan soalan 3e yang berupa soalan Peribahasa. Soalan 3a, 3c dan 3d merupakan soalan yang tidak banyak mengalami perubahan. Antara aspek daalam soalan 3b yang perlu diberi perhatian adalah:
(i) menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
(ii) menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
(iii)menukarkan karangan biasa kepada dialog
(iv)mengenal pasti jenis ayat/ bentuk ayat
(v) menggabungkan ayat/ mencerakinkan ayat
(vi) mengenal pasti jenis kata

* Kepada calon SPM 2010 yang ingin mendapatkan soalan Bahasa Melayu peperiksaan Percubaan SPM bagi beberapa buah negeri yang akan bermula tidak lama lagi, sentiasalah melayari laman blog rakan-rakan saya seperti Cg Samat Buang, Cg Abdul Razak dan Cg Zaki. Saya tidak akan memuatnaikkan soalan-soalan tersebut kerana saya yakin rakan-rakan saya ini akan berbuat demikian dan bolehlah anda semua melawat laman blog mereka melalui pautan yang disediakan.
(c) shuhaimi sulaiman

19 Julai 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PRAPERCUBAAN SPM 2010 19-30 JULAI 2010

Salam..
Saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Prapercubaan SPM 2010 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 MRSM Transkrian . Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya-Allah. Sasarkan markah 93 ke atas untuk subjek Bahasa Melayu!

08 Julai 2010

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2010 SIRI 1

PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (1)
*Saya mengandaikan bahawa semua pelajar terutama calon SPM 2010 sudahpun mengetahui soalan-soalan yang telah dimasukkan dalam Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM (Ulangan) yang berlangsung pada 21 Jun 2010 lepas. Lalu persediaan untuk menghadapi Kertas 2 Bahasa Melayu SPM (November) akan lebih berfokus kepada teks cerpen,drama, prosa klasik, puisi tradisional dan sajak yang sama ada belum disentuh, belum pernah disoal dalam SPM November atau yang sudah agak lama tidak dipilih sebagai teks ujian. *Untuk teks cerpen, dua buah cerpen yang masih belum dipilih untuk dijadikan soalan pemahaman 2b ialah Lambaian Malar Hijau dan Annyss Sophillea. Kedua-dua teks ini terdapat dalam antologi Anak Laut manakala cerpen Sebutir Pasir Di Kaki dan Aku,Kris & Kristal yang terdapat dalam antologi Kerusi telah dipilh sebagai teks ujian dalam SPM (Ulangan) dan belum pernah disoal dalam SPM (November). Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada empat-empat tersebut dengan tidak mengetepikan cerpen-cerpen yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui

*Manakala untuk teks drama, semua drama telah dipilih untuk dijadikan teks ujian. Pun begitu, berdasarkan analisis, drama Jangan Bunuh Rama-Rama dan Kerusi masih belum dijadikan teks ujian untuk SPM (November). Kedua-dua teks drama ini terdapat dalam antologi Kerusi. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada kedua-dua drama tersebut dengan tidak mengetepikan drama-drama yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui

*Untuk teks prosa klasik (soalan pemahaman 2c), semua teks kecuali Sabor telah dipilih untuk dijadikan teks ujian baik dalam SPM Jun mahupun SPM November. Saya berpendapat bahawa teks Sabor tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Begitu juga dengan teks Peminangan Puteri Gunung Ledang, walaupun baru dipilih untuk diuji dalam SPM November 2008. Selain itu, teks seperti Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya dan Pertarungan Tuah Dengan Jebat juga sudah lama tidak dipetik sebagai teks ujian. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada keempat-empat teks prosa klasik tersebut dengan tidak mengetepikan teks yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui

PANDUAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SIRI 36 - ISU KARANGAN DARIPADA BUKU TEKS

UNIT 5 TEKS TINGKATAN 4 MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
• Alam Sejahtera Hidup Sempurna
• Punca, Kesan Dan Cara Mengatasi Pencemaran Sungai, Hutan, Bunyi & Udara
• Aktiviti-Aktiviti Yang Berkait Dengan Kesedaran Memelihara Alam Sekitar
• Kepentingan Menjaga Kualiti Udara
• Peranan Sekolah Dalam Menjaga Alam Sekitar
(c) shuhaimisulaiman