Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
25 April 2010
23 April 2010
KONVENSYEN PUM MRSM SE-MALAYSIA KALI KE-17
Salam
Buat kesekian kalinya MRSM Transkrian telah diberi penghormatan oleh pihak MARA untuk menjadi tuan rumah program MRSM peringkat kebangsaan. Jika pada tahun 2006, MRSM Transkrian menjadi tuan rumah untuk Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-2, 2007 -tuan rumah Minggu Bahasa MRSM Se-Malaysia kali ke-23, 2009- tuan rumah Kejohanan Tae Kwon Do MRSM Se-Malaysia kali ke-6, maka pada tahun ini kami akann mengelolakan Konvensyen Program Usahawan Muda MRSM Se-Malaysia kali ke-17. Peserta-peserta dari semua MRSM akan tiba di bumi Transkrian ini pada 24 April untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA.
Konvensyen PUM merupakan arena untuk menyemarakkan salah satu agenda pendidikan MRSM iaitu Kemahiran Keusahawanan. Pelbagai aktiviti seperti forum, Catur Bestari, 'Business Games', Persembahan Syarikat dan Kuiz Keusahawanan akan diadakan. Turut memeriahkan acara ialah gerai-gerai jualan barangan daripada para peserta dari semua MRSM yang mengambil bahagian. Jualan barangan gerai akan bermula dari 25 April hingga 27 April 2010 jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam (kecuali 27 April- berakhir pada 11.00 pagi).
ANDA SEMUA YANG MELAYARI BLOG INI DAN BERKESEMPATAN BERKUNJUNG KE PULAU PINANG PADA MASA TERSEBUT, DENGAN SEGALA HORMATNYA DIJEMPUT MENGUNJUNGI GERAI-GERAI JUALAN SEMPENA DENGAN KONVENSYEN YANG DIADAKAN.
07 April 2010
PANDUAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SIRI 34 - ISU KARANGAN DARIPADA BUKU TEKS
UNIT 3 TEKS TINGKATAN 4 DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Berikut adalah antara isu yang boleh dijadikan topik perbincangan dalam kelas atau tajuk karangan berdasarkan Unit 3 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (DBP)
• Peranan Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan Masa Kini
• Peranan Internet Dalam Kehidupan Manusia
• Internet Sebagai Sumber Pendidikan
• Peranan Kad Elektronik/ Kad Pintar Membantu Manusia Dalam Kehidupan Seharian
• Kerajaan Elektronik
• Koridor Raya Multimedia
• Pemasaran Tanpa Sempadan

02 April 2010
MRSM TRANSKRIAN DALAM AKHBAR - 2010 SIRI 2
Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Utara 13 Mac 2010 yang melaporkan kecemerlangan MRSM Transkrian dalam SPM 2009
01 April 2010
1 APRIL 2010 - ULANG TAHUN KE-8 MRSM TRANSKRIAN
Hayati pesanan ikhlas Cg Maznan Hj Maamor, bekas Ketua Guru Asrama & Guru Kanan Bahasa Melayu MRSM Transkrian (2002-2009) yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum MRSM Bentong :
"Salam utk perintis mrsm transkrian 1 april 2002, pastikan maktab gemilang seperti masa kita buka dulu, team work cukup kuat, ingat bagaimana en saleh tanamkan dalam jiwa setiap warganya dan tuan hj yusof perkuatkan fokus pada akademik kerana team work dah wujud, kesannya semua baik, hubungan baik dan akademik cemerlang. kita bina trans dari tanah yang merah, rumput yang boleh dihitung, bau yang semerbak, bangunan tergantung ... itu semua cabaran yang telah berlalu dan kekal dalam lipatan sejarah transkrian. Walau pun perintisnya ramai dah berkelana, tetapi jiwa dan semangat transkrian tetap membara dan tidak rela melihat transkrian berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya.untuk warga yang ada, pastikan kegemilangan dahulu disemaisuburkan kembali. Program yang kita reka bina dahulu ternyata cemerlang, dinamika boleh tetapi bukan secara drastik. semoga transkrian tetap cemerlang. hidupkan kembali roh dan semangat 1 april 2002!"

Langgan:
Catatan (Atom)