28 September 2011

BUKU HASIL KARYA RAKAN PENDIDIK BAHASA MELAYU

KOLEKSI RENCANA UMUM  - Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM JILID 1 
Hj Samat Buang
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
RM 10.00
KOLEKSI RENCANA UMUM  - Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM JILID 2 
Hj Samat Buang
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
RM 10.00
(Pesanan: 013-6840757)
SUKSES KARANGAN - Panduan Menjelang SPM
Siti Nurhasliza Hashim
(Pekan Ilmu Publication Sdn.Bhd)
RM 14.50
(Pesanan: 019-4573875)

21 September 2011

CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011 - SIRI 4

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 MRSM - Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan 2a PEMAHAMAN PETIKAN UMUM



Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
(i)         Apakah maksud rangkai kata menentukan jatuh bangun?                 [2 markah]

(ii)        Penulis menyatakan beberapa sebab subjek Sejarah sering diabaikan.            Nyatakan sebab-sebab tersebut.                                                          [3 markah]
(iii)       Subjek Sejarah penting dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.            Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya sekiranya subjek Sejarah tidak dipentingkan?            Berikan tiga kesan.                                                                              [4 markah]

17 September 2011

CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011 - SIRI 3

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 MRSM - Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan 1 MERUMUSKAN KARANGAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang  kepentingan mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang menjadi ukuran, malah pembangunan modal insan dilihat sebagai elemen paling penting dalam menentukan jatuh bangun tamadun sesuatu bangsa. Remaja hari ini perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa  dan kemakmuran negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.

 Dalam konteks ini, subjek Sejarah disandarkan harapan agar dapat menyemai semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda.  Di samping itu, subjek ini mampu memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan negara.  Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.  Peristiwa dan fakta yang dipelajari dalam subjek Sejarah seperti perjuangan menuntut kemerdekaan sekiranya dihayati boleh menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita.  Era globalisasi yang melanda seluruh dunia pula telah menjadikan masyarakat kita terutamanya anak muda mudah terdedah dengan pembaharuan budaya berteraskan Barat.  Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat kenegaraan.

         Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga.  Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara.  Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menjadi tanggungjawab setiap warga negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum.  Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini.  Subjek Sejarah sebenarnya merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar.  Kaedah inkuiri ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran kritis dan objektif pelajar.  Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan seseorang seperti rasa keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.
Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh  pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya.  Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka.  Pelajar juga merasakan bahawa mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima.  Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan juga merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati.  Perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian serius.  Maka, wajarlah subjek Sejarah terus dimartabatkan bagi membina negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‛Sejarah Perlu Dipelajari?’oleh Abdul Ghani Abu, Dewan Siswa Januari 2009) 




12 September 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 12 SEPT - 30 SEPT 2011



Diucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 MRSM Transkrian dan MRSM seantero Malaysia. Semoga berjaya dengan cemerlang. 

07 September 2011

MUAT TURUN SOALAN PERCUBAAN SPM 2011

Anda boleh melakukan proses muat turun soalan Bahasa Melayu Percubaan SPM 2011 menerusi blog rakan-rakan guru Bahasa Melayu saya seperti Blog Cikgu Abdul Razak , Blog Cikgu Abdul Samat Buang dan Blog Cikgu Zaki. Sila klik pada pautan yang disediakan.