Soalan 1 MERUMUSKAN KARANGAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang kepentingan mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
D alam konteks ini, subjek Sejarah disandarkan harapan agar dapat menyemai semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, subjek ini mampu memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan negara. Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Peristiwa dan fakta yang dipelajari dalam subjek Sejarah seperti perjuangan menuntut kemerdekaan sekiranya dihayati boleh menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita. Era globalisasi yang melanda seluruh dunia pula telah menjadikan masyarakat kita terutamanya anak muda mudah terdedah dengan pembaharuan budaya berteraskan Barat. Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat kenegaraan.
Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara. Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menjadi tanggungjawab setiap warga negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum. Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini. Subjek Sejarah sebenarnya merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar. Kaedah inkuiri ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran kritis dan objektif pelajar. Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan seseorang seperti rasa keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.
Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang menjadi ukuran, malah pembangunan modal insan dilihat sebagai elemen paling penting dalam menentukan jatuh bangun tamadun sesuatu bangsa. Remaja hari ini perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa dan kemakmuran negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.
Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara. Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menjadi tanggungjawab setiap warga negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum. Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini. Subjek Sejarah sebenarnya merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar. Kaedah inkuiri ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran kritis dan objektif pelajar. Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan seseorang seperti rasa keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.
Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya. Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka. Pelajar juga merasakan bahawa mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima. Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan juga merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati. Perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian serius. Maka, wajarlah subjek Sejarah terus dimartabatkan bagi membina negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‛Sejarah Perlu Dipelajari?’oleh Abdul Ghani Abu, Dewan Siswa Januari 2009)
(Dipetik dan diubah suai daripada ‛Sejarah Perlu Dipelajari?’oleh Abdul Ghani Abu, Dewan Siswa Januari 2009)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan