30 April 2009

NOVEL BAHASA MELAYU SPM Siri 10

NILAI BERTIMBANG RASA DALAM NOVEL

Soalan
Salah satu nilai yang dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel ialah nilai bertimbang rasa.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan amalan nilai bertimbang rasa.
Novel: Perlumbaan Kedua
Pernyataan Peristiwa : Bertimbang rasa menawarkan bantuan
.
Huraian : Sang Gajah yang kasihan melihat Tuk Kura lambat bergerak kerana usianya lanjut menawarkan bantuan kepada Tuk Kura untuk menjinjiingnya ke puncak bukit semasa meninjau kawasan perlumbaan kedua.
Pernyataan Peristiwa : Bertimbang rasa dengan memberi cadangan.
Huraian : Tuk Kura dan anak-anak buahnya dalam perjalanan menuju ke padang rumput . Dalam perjalanan itu, Sang Gajah mencadangkan Tuk Kura dan anak-anak buahnya berhenti rehat kerana simpati melihat kesusahan dan keletihan Tuk Kura dan anak-anak buahnya. 25
Pernyataan Peristiwa : Bertimbang rasa dengan menawarkan bantuan menyampaikan pesanan.
Huraian : Sang Murai terserempak dengan Tuk Kura yang dalam perjalanan untuk menghimpunkan suku-sakatnya lalu Sang Murai menawarkan bantuan menyampaikan pesanan kerana Sang Murai berasa simpati terhadap Tuk Kura sedangkan Sang Murai boleh terbang lebih cepat dan dapat menyampaikan pesanan Tuk Kura dengan segera.
Pernyataan Peristiwa : Bertimbang rasa dengan memberi pandangan
Huraian : Sang Murai bertemu dengan Sang Kancil yang mencari Tuk Kura untuk menyampaikan cabaran Sang Arnab Putih.Sang Murai sangat kasihan melihat Sang Kancil yang keletihan dalam usahanya menjejak Tuk Kura lalu mencadangkan Sang Kancil mencari Tuk Kura di kawasan paya. Novel: Julia
Pernyataan Peristiwa : Bertimbang rasa semasa bertengkar / berbalah.
Huraian : Pertengkaran Julia dengan Encik Baharom berlaku di pejabat BMPRO Holding . Julia masih bertimbang rasa terhadap kekasaran yang ditunjukkan oleh Encik Baharom berkenaan dengan cadangan penjualan BMPRO Transport. Julia menerima permohonan maaf Encik Baharom dan tidak mengambil tindakan memecatnya.
Peristiwa : Bertimbang rasa terhadap hak anak tiri .
Huraian : Ummi Sarah ke rumah Julia untuk menceritakan keadaan sebenar kedudukan dirinya.Ummi Sarah bertimbang rasa kerana tidak memberi tekanan kepada Julia dalam soal tuntutan butik BMPRO. Sebaliknya Ummi Sarah mengatakan tindakan adiknya Syed Mustafa tidak pernah dibincangkan dengannya.
Pernyataan Peristiwa : Bertimbang rasa terhadap keadaan anak.
Huraian : Datin Maznah berkunjung ke Perth untuk menghantar Julia menyambung pengajiannya di sana. Datin Maznah menangguhkan pendaftaran Julia di Hidayah Islamic College kerana memahami bahawa Julia masih belum bersedia. Datin Maznah bertimbang rasa kerana Julia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran negara asing.
Pernyataan Peristiwa : Bertimbang rasa isteri terhadap hak suami
Huraian : Datin Maznah bertimbang rasa kerana membenarkan suaminya Dato’ Bakar berkahwin dengan Ummi Sarah. Apabila hal itu dibangkitkan oleh Pak Cik Khairil, Datin Maznah mengingatkannya bahawa itu hak Dato’ Bakar dan dia sendiri berbaik-baik dengan madunya.
JAWAPAN UNTUK SETIAP SOALAN NOVEL (4a & 4b) PERLU ADA 2 ASPEK:
1. Pernyataan
2. Huraian
Huraian yang terus diberi tanpa menyatakan pernyataan tidak akan mendapat sebarang markah walaupun jawapannya betul. Pernyataan dan huraian juga perlu dipisahkan ( tidak digabung)
(c) cikgumie

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 30

BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN
PELANCONGAN
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.
· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.
· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.
· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.
· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.
· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya..Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.
· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.
· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.
· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.
· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.
· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.
· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.
· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN
Bentuk muka bumi:Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.
Iklim:Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.
Pemandangan yang menarik:Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.Gua yang menarik + cth gua.Kesan sejarah + cth lokasi.Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraflima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.
Ketersampaian - kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
Peranan agensi + (nama agensi + peranan).
Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.
Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .
Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +
Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.
Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.
Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.
KEPENTINGAN PELANCONGANPendapatan negara + RM? .Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.Menggalakkan industri kraftangan / desa.Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.
KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITARPenebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.Kepupusan pokok berharga + cth pokok.Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.Kemusnahan kawasan tadahan hujan.Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.
USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGANMembanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.Menambah lesen agensi pelancongan.Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cthMembuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana.Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.

29 April 2009

RENCANA PILIHAN BLOG CIKGUMIE Siri 5

PEMIMPIN YANG CEMERLANG
http://www.utusan.com.my/

Soal karisma pemimpin begitu mendapat tempat mutakhir ini berikutan perkembangan baru yang memberi ruang kepada seluruh lapisan masyarakat untuk melihat dengan lebih dekat ikon pemimpin mereka. Oleh sebab penilaian kriteria karisma sebagai pilihan utama para penyokong maka sudah tentu kita akan membuat perbandingan karisma seseorang calon berbanding dengan calon yang lain.
Karisma juga berupaya melepasi sempadan warna kulit dan ideologi seseorang pemimpin yang dapat diterima oleh majoriti sesuatu kumpulan masyarakat yang sama-sama mendokong pemikirannya, sebagaimana yang terjadi ketika kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44.
Agama Islam merupakan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah SWT untuk diamalkan pada setiap masa dan tempat. Ini termasuklah ketika memilih calon-calon untuk memimpin bagi memenuhi kepentingan manusia yang mempunyai pelbagai kehendaknya.
Namun begitu, perlu diingatkan juga betapa tanggungjawab pemilihan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip Islam sebagai salah satu kaedah untuk menobatkan seseorang pemimpin.
Kelalaian dalam memilih calon yang berwibawa maka natijahnya bakal mengundang mudarat yang boleh meranapkan diri sendiri, bangsa dan agama.
Sebab itu, memilih pemimpin juga sebahagian daripada bebanan yang perlu dilunaskan dengan keputusan yang tepat agar tidak mengangkat calon pemimpin yang semakin jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Antara tokoh yang layak untuk diangkat sebagai pemimpin yang berkarisma adalah mereka yang mempunyai dogma pemikiran sentiasa bersedia berkhidmat dan membawa kemajuan untuk rakyatnya.
Pemimpin sebegini mempunyai visi dan misi yang jelas bersama pelan tindakan yang terancang meskipun ia merupakan suatu tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan.
Para pemimpin juga diperingatkan bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai kepimpinan: Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. (Riwayat Muslim).
Bebanan untuk menunaikan tanggungjawab akan mengatasi sikap yang hanya inginkan taraf populariti dan disanjung oleh orang lain. Apatah lagi apabila kuasa sudah berada di dalam genggaman maka seluruh aksi pemimpin akan memberikan tindak balas terhadap sebarang keputusannya.
Pemimpin yang berwibawa tidak seharusnya melakukan kesilapan yang boleh membawa bencana kerana mereka wajib membuat penelitian terperinci ke atas setiap idea dan keputusannya agar mencapai objektif untuk meninggikan syiar Islam.
Selain itu bakal pemimpin yang berkarisma juga perlu dipilih berdasarkan pengalaman yang luas, tahap kematangan yang tinggi berbanding orang awam dan telah terbukti menunjukkan pencapaian prestasi yang cemerlang sepanjang penglibatan mereka di gelanggang politik. Ini kerana pengalaman adalah umpama guru yang mengajar dan memberi panduan ke arah hala tuju mencapai matlamat kejayaan pergerakan parti.
Ketandusan pengalaman bukan sahaja boleh melemahkan aksi dan tindakan perjuangan tetapi boleh mencetuskan situasi resah dan panik kepada seluruh masyarakat akibat kegagalan memahami cabaran pada zaman globalisasi.
Kematangan pula boleh diukur melalui pelbagai medium seperti cara berkomunikasi, lontaran pelbagai idea yang bernas dengan disokong hujah-hujah yang kukuh. Begitu juga kematangan boleh dilihat daripada aspek pergaulan dalam semua peringkat mewakili pemimpin tempatan atau luar negara dan golongan dari pihak tertinggi mahupun daripada kumpulan bawahan.
Dalam sejarah Islam, era pemimpin-pemimpin yang berwawasan dan dinamik begitu rancak mewarnai zaman kegemilangannya sehingga berjaya melahirkan sebuah tamadun yang unggul dalam pelbagai bidang keilmuan. Sudah tentunya pemimpin yang perlu dinobatkan wajar dicalonkan kepada mereka yang mempunyai daya kesarjanaannya atau keintelektualan pendidikan sama ada bidang agama mahu pun ilmu-ilmu ekonomi dan politik.
Siapa yang tidak kenal tokoh-tokoh pada era kepimpinan Khulafa' al-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan dinasti-dinasti lain yang mencatatkan rekod cemerlang mereka sepanjang zaman.
Antara rahsianya ialah pemimpin-pemimpin Islam sangat mendaulatkan dan memperkasakan ilmu pengetahuan selari dengan saranan wahyu pertama dari Allah SWT yang tercatat di dalam Surah al-'Alaq menjadi cogan kata utama perjuangan Rasulullah SAW mendaulatkan ajaran Islam.
Dengan ketinggian ilmu pengetahuan akan menjadikan seseorang pemimpin dapat membezakan antara dosa dan pahala agar segala tindakannya selari dengan akhlak terpuji Rasulullah SAW.
Ilmu juga dapat menjadi benteng paling kebal daripada perbuatan menerima atau memberi habuan rasuah dalam apa bentuk sekalipun. Justeru perlu ditegaskan bahawa menerima rasuah tidak sama dengan menerima barang pemberian ikhlas melalui amalan bersedekah.
Buktinya Rasulullah pernah ditawarkan (rasuah) dengan pelbagai tawaran oleh pihak kafir Quraisy agar Baginda SAW berhenti daripada meneruskan aktiviti gelanggang dakwah Islam yang semakin hangat penerimaannya daripada penduduk Mekah.
Dengan ilmu juga seseorang pemimpin akan sentiasa kekal dengan prinsip perjuangan asal walau sehebat mana cabaran yang melalui zamannya. Istiqomah atau konsisten adalah sebahagian daripada ciri-ciri pemimpin yang perlu ada agar tidak mudah dipengaruhi anasir-anasir yang sentiasa mencari peluang untuk melemahkan perjuangannya.
Menjauhkan diri daripada ilmu boleh memberi kesan kepada jiwa seseorang bertuankan nafsu semata-mata dan membelakangkan undang-undang Ilahi atau peraturan manusia sendiri.
Oleh sebab inilah para pemimpin perlu menjadi contoh agar segala pertuturannya, aksi dan perancangannya benar-benar dipandu melalui ilmu dan bukannya dikawal oleh nafsu yang sentiasa akan menjurus kepada mudarat.
Selain itu karisma pemimpin juga perlulah mengambil kira latar belakang yang jelas dan terbukti bersih dari sebarang bentuk kesalahan jenayah. Meskipun sebagai seorang manusia yang tidak bersifat maksum (bebas dari melakukan kesalahan) seperti nabi, sekurang-kurangnya calon ini mempamerkan sifat akauntabiliti dan integriti.
Bagaimana pemimpin hendak membawa penyokongnya jika dirinya juga masih memerlukan bimbingan akhlak daripada pihak lain? Bebas dan bersih daripada sebarang tohmahan yang tidak berasas semata-mata kerana menjadi mangsa politik.
Ini kerana pemimpinlah yang akan membawa kemajuan dan bukannya kepada suasana yang berorientasikan kemungkaran lebih-lebih lagi jenayah yang mengundang kehancuran Islam. Pemimpin seperti ini bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan boleh mengundang kehancuran Islam seluruhnya dan mendedahkan kelemahan kepada musuh- musuh Islam kerana sanggup menggadaikan perjuangan semata-mata untuk memenuhi kepentingan nafsu.
Pemimpin yang wajar dilantik juga haruslah mempunyai kemahiran untuk menyatukan ummah, merapatkan hubungan setiap lapisan masyrakat melalui hubungan persaudaraan.
Apabila mereka mampu menyatukan ummah maka semakin teguhlah ajaran Islam diamalkan dalam negara. Ini disebabkan menjaga tali persaudaraan di kalangan lapisan masyarakat adalah salah satu daripada tuntutan syarak yang sangat utama.
Kita memerlukan tokoh pemimpin yang dihormati kerana idealisme perjuangannya, bukan pemimpin yang digeruni kerana kerakusan mengejar kuasa. Apabila pemimpin dihormati kerana prinsip perjuangan yang teguh ia dapat dirasai oleh semua bangsa meskipun berlainan fahaman agama.

RENCANA PILIHAN BLOG CIKGUMIE Siri 4

HARI BUMI KALI KE-39
22 APRIL 2009
Bagi kebanyakan kita mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa tarikh 22 April lepas merupakan Hari Bumi Sedunia yang disambut buat kali ke-39.
Signifikannya Hari Bumi berbanding sambutan hari-hari lain ialah keadaan bumi itu sendiri yang kini semakin tenat dan uzur. Sebabnya hanya satu iaitu akibat dari perbuatan manusia itu sendiri.
Hari Bumi diwujudkan bagi menyemai kesedaran di kalangan manusia akan pentingnya alam sekitar dalam memastikan bumi ini sihat dan selamat.
Sambutan Hari Bumi bermula pada September 1969 apabila Senator Amerika.Syarikat (AS) Gaylord Nelson mengumumkan dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, bahawa pada musim bunga 1970, akan diadakan demonstrasi membabitkan pelbagai golongan masyarakat di seluruh negara bagi menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar.
Pada awalnya Nelson hanya mencadangkan untuk mengadakan bantahan mengenai alam sekitar di seluruh negara untuk dijadikan agenda nasional. Namun cadangan beliau ini mendapat sambutan di luar jangkaan apabila pada 22 April 1970 hampir 20 juta rakyat AS memenuhi taman dan auditorium bagi menunjukkan keprihatinan mereka.
Sejak itu, pada setiap tahun, tarikh 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar pada era moden. Isu mengenai alam sekitar merupakan satu isu yang tidak pernah terpadam dari pandangan masyarakat yang prihatin tentang kelangsungan jangka hayat bumi. Namun hakikatnya manusia itu sendiri yang menjadi punca kenapa bumi ini semakin tempang dan tidak bermaya.
Bumi boleh dianggap uzur dan tua jika berlandaskan pada usianya iaitu 4.54 bilion tahun, namun ini tidak bermakna sebarang kecacatan yang berlaku pada bumi adalah akibat daripada usianya. Manusia terpaksa tunduk kepada pelbagai pencemaran tidak kira pencemaran air, tanah, udara dan bunyi - sama ada pencemaran itu tampak secara langsung atau tidak.
Akibat daripada ketamakan dan kealpaaan manusia mengejar kemajuan dan kekayaan, tanggung jawab terhadap kelangsungan bumi ini telah dikesampingkan.
Malangnya, kerosakan yang dilakukan oleh manusia terlalu pesat sehingga menyebabkan bumi tidak berupaya lagi untuk sembuh dengan sempurna.
Sikap kita sendiri yang telah mengakibatkan kaedah ekologi bumi berubah, semakin banyak spesisi haiwan dan tumbuhan pupus sekaligus memendekkan jangka hayat bumi itu sendiri.
Kini kebimbangan manusia semakin menjadi kenyataan dengan wujudnya apa yang dipanggil sebagai pemanasan global. Kejadian ini berlaku disebabkan pembebasan karbon dioksida dan gas pemanas yang berleluasa ke udara menyebabkan berlaku penipisan lapisan atmosfera. Selain daripada itu juga, gas ini bertindak memerangkap kepanasan matahari dan menyumbang kepada peningkatan suhu di bumi ini.
Akibat daripada pemanasan global ini telah menyebabkan keadaan suhu dan cuaca dunia semakin tidak stabil. Contoh terbaik keadaan panas pada waktu siang dan hujan lebat pada petang hari yang berlaku di Malaysia kini adalah petanda pemanasan global. Selain itu, contoh yang mungkin lebih digeruni ialah Taufan Nargis yang berlaku di Myanmar pada tahun lepas dan Taufan Katrina yang melanda New Orleans AS pada 2005 telah mengorbankan ratusan ribu nyawa merupakan kesan akibat daripada kealpaan menjaga bumi.
Manusia boleh menyalahkan pelbagai pihak tentang punca kenapa bumi kini semakin tidak bermaya. Sistem kapitalisme, pihak konglomerat dan syarikat perniagaan gergasi sememangnya bertanggungjawab menggondol bukit bukau dan mencemarkan udara dengan pelbagai bahan kimia atas niat mengaut keuntungan.
Kerajaan pula dilihat terlalu lemah dan kurang teliti dalam pemantauan, mungkin kerana sibuk berpolitik atau pun berlakunya mengaut wang di bawah meja?
Masyarakat pula terlalu sibuk dengan kerja dan tugasan harian mereka sehingga terlupa bahawa dengan mengitar semula atau tidak menggunakan plastik dalam aktiviti harian boleh membantu mengurangkan pencemaran.
Individu pula mungkin tidak mengambil kisah tentang puntung rokok atau sampah sarap yang dibuang di merata-rata boleh menjadi punca kenapa dunia kini semakin tidak selamat untuk didiami.
Memangn benar jika ingin menuding jari memang mudah tetapi punca kenapa pencemaran dan pemanasan global itu berlaku adalah akibat daripada manusia itu sendiri.
Oleh itu terdapat hanya satu sebab kenapa manusia masih kekal dengan tabiat sedemikian iaitu kurangnya atau mungkin tiada langsung kesedaran tentang keadaan dan kesihatan bumi.
Jadi adakah kita perlu menuding jari lagi atau tidak mengendahkan semua kerosakan yang berlaku terhadap bumi ini hanya kerana kita melihat keadaan bumi masih lagi terkawal pada pandangan zahir sahaja.
Masalahnya bumi ini bukan milik kita dan kita harus bertanggung jawab terhadap kesihatannya supaya anak cucu kita masih lagi mampu menikmati keindahan dan kemakmuran dunia ini pada masa depan.
Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan seperti contoh penggunaan tenaga solar, menggunakan tenaga yang lebih sesuai seperti elekktrik dan air untuk menggerakkan kenderaan atau paling mudah tidak lagi menggunakan beg plastik atau membuang sampah merata-rata.
Sesungguhnya usaha menggerakkan kesedaran ini bukanlah satu tugas mudah. Ini kerana manusia itu sendiri telah biasa dengan sikap tidak mengambil barat atau suka mengambil jalan mudah.
Namun kini kesedaran untuk menjaga bumi kita ini perlu ditangani segera kerana kesihatan bumi itu sendiri yang menjadi barang pertaruhannya. Cuaca dan alam sendiri kini telah menunjukkan belangnya dengan pelbagai kejadian seperti taufan, banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi mungkin sebagai tanda bahawa bumi kini sedang sakit.
Justeru terpulanglah kepada setiap individu sama ada mahu atau tidak memainkan peranan dalam membantu mengurangkan kesan pencemaran atau tidak.
Sesungguhnya usaha membuat perubahan walau sekecil manapun adalah lebih baik berbanding sekadar berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa atau menyalahkan orang lain sebagai punca asal pencemaran tersebut.

KEJOHANAN TAE KWON DO MRSM SE-MALAYSIA KALI KE-6 HARI KEEMPAT 29 APRIL 2009


27 April 2009

KEJOHANAN TAE KWON DO MRSM SE-MALAYSIA KALI KE-6 HARI KEDUA 27 APRIL 2009


KEJOHANAN TAE KWON DO MRSM SE-MALAYSIA KALI KE-6 HARI PERTAMA 26 APRIL 2009


PENGEMASKINIAN BAHAN BLOG - CIKGUMIEBM.BLOGSPOT.COM

Salam
Saya sekarang dalam proses mengemaskinikan bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog ini. Kedapatan beberapa bahan yang perlu diubah suai, dibaiki dari segi ketepatan dan ditambah nilai dari masa ke masa. Semoga anda terus memberi sokongan terhadap blog ini.
(c) cikgumie

LAGU HARI GURU 2009 - 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'

Salam.
Saya paparkan pautan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor untuk anda semua melakukan muat turun lagu tema sambutan Hari Guru 2009 - 'Guru Pembina Negara Bangsa'.
http://www.ppdkulai.com/index.php?option=com_content&view=article&id=562:lagu-tema-dan-lirik-hari-guru-2009&catid=43:surat&Itemid=84

26 April 2009

DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2009

Program Debat MRSM Se-Malaysia akan dilaksanakan pada tahun 1ni sejajar dengan hasrat dan usaha MARA khususnya Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) untuk memperkasakan aktiviti perdebatan dalam kalangan pelajar MRSM.
Pertandingan ala parlimen ini akan menggunakan sistem 'power match' iaitu berformatkan pertandingan institusi pengajian tinggi. Format ini telah diterima secara rasmi untuk 'All Asian Intervasity Debating Championship'.
Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia ini telah diilhamkan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah sewaktu beliau menjadi YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
Maklumat lanjut tentang program ini boleh dilayari di http://www.bahasmrsm.blogspot.com/ mulai 1 Mei 2009
(c) cikgumie

RENCANA PILIHAN BLOG CIKGUMIE Siri 3

MEMPERKASAKAN BUDAYA ILMU MELALUI PESTA BUKU
oleh Dr Zaini Ujang http://www.bharian.com.my/
MINGGU ini Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur meriah dengan pelbagai acara pada Pesta Buku Antarabangsa 2009. Selain pelancaran banyak majlis, diskusi buku, temu janji dengan penulis, kuiz, jualan murah dan sesi pengenalan buku, Pesta Buku kali ini tambah meriah sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April. Pesta buku ini, pada hemat saya, selari dengan hasrat menjadikan rakyat Malaysia masyarakat berilmu yang meletakkan ilmu dan nilai ilmu pada kedudukan sewajarnya. Pesta buku seumpama ini juga dapat menanam minat membaca dan menghargai sumber ilmu bagi membolehkan kita bergerak lebih pantas membina masa depan negara yang lebih cemerlang dan gemilang. Melihat kedatangan pengunjung yang bertali arus daripada pelbagai peringkat masyarakat dan usia, saya optimis masa depan negara semakin menyerlah dalam bidang pendidikan dan pembangunan ilmu secara keseluruhannya.
Temu bual rambang yang saya lakukan dengan petugas gerai buku juga menunjukkan penjualan buku meningkat biarpun di tengah krisis ekonomi, selain kesediaan pengunjung - ‘jalan-jalan cari buku’ - berbelanja membeli bahan ilmu untuk seluruh anggota keluarga daripada kanak-kanak dengan bacaan bergambar sehingga warga emas dengan bahan ilmu lebih berbentuk falsafah dan amalan rohaniah. Buat pertama kali, sepanjang pengetahuan saya, pesta buku tahun ini menyediakan tawaran istimewa untuk pembeli bertuah apabila gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menawarkan hadiah sebuah kereta. Nampaknya dinamisme industri perbukuan negara semakin kreatif dari segi promosi dan pemasaran. Perkembangan ini selari dengan pencapaian Malaysia menerusi pelbagai petunjuk terkini (misalnya The Economist Pocket World in Figures 2009) dari segi tahap pendidikan dan pembangunan. Dari segi celik huruf misalnya, Malaysia melebihi paras 92 peratus. Dari segi indeks inovasi pula, Malaysia menduduki tempat ke-21 berbanding Amerika Syarikat (1), Jepun (4), Singapura (11), Britain (14) dan Perancis (17).
Namun, Malaysia secara keseluruhannya masih belum menyerlah dari segi enrolmen pengajian tinggi pada paras masih di bawah 40 peratus, berbanding Greece pada kedudukan teratas dengan 95 peratus, Korea Selatan (93 peratus), Denmark (80 peratus) dan Sweden (79 peratus). Malaysia juga masih jauh ketinggalan dari segi biaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) didahului Israel (4.71 peratus berbanding KDNK pada 2005), Sweden (3.86 peratus), Jepun (3.17 peratus) dan Singapura (2.36 peratus). Pada hemat saya, kemajuan ilmu sesebuah masyarakat memang boleh diukur menggunakan pelbagai petunjuk kuantitatif. Petunjuk itu boleh dijadikan penanda aras untuk lebih kompetitif. Namun, kadangkala petunjuk sedemikian hanya menumpu kepada data dan fakta berbentuk formal yang tidak menggambarkan unsur-unsur kualitatif seperti cara hidup dan sosiobudaya. Apatah lagi hampir semua institusi ilmu era moden ini berkait rapat dengan persijilan dan pengajian secara formal. Hal ini perlu difahami secara lebih holistik kerana dimensi pendidikan dan kemajuan ilmu tidak terhad kepada aspek kuantitatif dan institusi formal semata-mata. Dalam sejarahnya, kemajuan ilmu sebenar lebih menyerlah menerusi aspek kualitatif dan keperibadian masyarakat ilmu yang tercerna menerusi kemurnian jiwa, kemantapan minda, kesegaran aspirasi, kelancaran kewacana sama ada secara lisan atau tulisan, keberhasilan aktiviti ilmu tanpa dokongan kerajaan, cara hidup lestari dan kemahiran kerjaya yang terus diperteguhkan secara berterusan dan penyerlahan jati diri.
Aspek sikap dan nilai terhadap ilmu, sumber ilmu, bahan ilmu, aktivisme ilmiah, martabat ilmuwan dan proses pemerkasaan ilmu juga penting yang perlu menjadi isu pokok dibahaskan secara berterusan dan meluas dalam segenap peringkat masyarakat. Dengan kata lain, kita tidak perlu terikat hanya kepada paparan statistik mengenai jumlah penyandang PhD, bilangan pelajar ijazah lanjutan, enrolmen pengajian tinggi, dana R&D, kemudahan prasarana teknologi maklumat, senarai pemenang Hadiah Nobel atau tahap celik huruf semata-mata. Apalah gunanya peratus celik huruf mencecah 100 peratus misalnya, jika tradisi membaca bahan ilmu tidak membudaya atau sekadar keasyikan membaca ruangan gosip akhbar harian, berbual kosong dalam rangkaian facebook dan terpukau dengan novel misteri. Jauh lebih penting daripada itu ialah persoalan mengenai tahap penghayatan budaya ilmu, kemampuan untuk mewujudkan persekitaran mesra ilmu dan kesediaan organisasi atau masyarakat secara menyeluruh untuk menjadi lebih ramah dan hormat ilmuwan. Untuk itu maka persoalan ini penting iaitu apakah aktiviti berfikir, membaca dan menulis dalam bidang khusus atau umum merentasi pelbagai disiplin ilmu sudah menjadi amalan hidup yang lumrah dalam masyarakat Malaysia? Apakah pemikiran dan idealisme murni berakar tawhid subur menjadi landasan hidup yang memartabatkan kebenaran, kesejahteraan sejagat dan pelestarian alam sekitar? Dalam hal ini dan untuk merealisasikan pelbagai idealisme dan gagasan besar seperti 1Malaysia, Wawasan 2020 dan K-ekonomi, maka banyak persoalan dasar dan falsafah ilmu perlu difahami dan dihayati setulusnya. Dimensi kualiti pengajian tinggi misalnya, perlu dilihat secara lebih komprehensif, holistik dan struktural supaya tidak terlalu mekanikal sifatnya apatah lagi menjurus kepada akreditasi dan persijilan seumpama ISO semata-mata. Selain itu, nilai ilmu pula perlu ditempatkan pada kedudukan jauh lebih tinggi dan menyerlah, berbanding keghairahan mengenai status sosial, hedonisme, pangkat dan fahaman berakar materialisme. Ini juga bermakna fahaman dan penghayatan ilmu jangan sampai terikat dan dikongkong fahaman utilitarianisme semata-mata. Realitinya permintaan pasaran kerja memang penting, tetapi jangan sampai menjadi agenda utama sehingga ‘membutakan’ kita terhadap matlamat utama pendidikan seperti yang terpahat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu ... mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.’ Masyarakat ilmu yang ideal, pada hemat saya, ialah mereka yang memiliki kemahiran berfikir, keupayaan berhujah, kesantaian berkomunikasi dengan pelbagai dimensi dan perspektif, pencinta ilmu, penggemar buku, pemburu kebenaran, perwatakan mulia dan berjiwa besar dengan minda kelas pertama. Secara tidak langsung, kemeriahan pesta buku dan keasyikan kita menyambut Hari Buku Sedunia adalah antara petunjuk kesediaan dan keazaman kita untuk menjadi masyarakat ilmu yang tulus. Biarpun pasaran industri perbukuan di Malaysia dari segi statistiknya masih kecil dan jumlah terbitan buku tempatan jauh lebih rendah berbanding Jepun dan Amerika Syarikat dari segi perkapita. Namun, saya berharap di sebalik kekecilan itu tersembunyi hasrat dan jiwa besar, seperti resam ketulan ais di kutub bahawa yang timbul itu adalah petunjuk kewujudan yang jauh lebih besar dan unggul untuk menjadi bangsa maju berteraskan budaya dan nilai ilmu.

25 April 2009

RENCANA PILIHAN BLOG CIKGUMIE Siri 2

REMAJA TERUS DIWARNAI KRISIS MORAL

Tidak dinafikan isu hala tuju dan krisis identiti remaja Malaysia sentiasa diperdebatkan dari masa ke semasa. Banyak kita dengar tentang penganjuran forum, persidangan dan bengkel khusus untuk membincangkan isu remaja Malaysia yang sudah tenat dengan identiti dan hala tujunya.Namun hasil dari forum, persidangan dan bengkel itu seakan samar dari perspektif perlaksanaan dan tahap kesampaian ke peringkat akar umbi. Malah himpunan cadangan dan pendapat dari individu terlibat sekadar menjadi bahan simpanan untuk disemadikan di dalam fail yang cantik.Sedangkan realiti yang jelas terlihat di depan mata ialah tahap melampau remaja kini yang semakin kritikal. Majoriti remaja sudah hilang pedoman baik dari segi pegangan agama, mahupun kekuatan akal untuk memilih tindakan yang menepati kehendak yang dipersetujui ramai.Pertama, kita melihat aspek kehilangan nafsu remaja dibidang pendidikan. Sekolah bukan lagi pentas terbaik untuk remaja membentuk identiti terpuji ke arah membantu diri, keluarga dan negara secara amnya. Kita boleh lihat dengan jelas kecenderungan pelajar sekolah hari ini. Pastinya mereka lebih tertumpu kepada unsur luar yang jauh menyimpang dengan sukatan pelajaran yang perlu dihayati.Majoriti remaja kian meminggirkan dunia pendidikan peringkat sekolah dan melepaskan peluang berada didunia persekolahan untuk membina empayar kejayaan. Mereka membiarkan diri hanyut bersama dunia tanpa landasan yang betul. Walaupun kesungguhan pihak sekolah menyediakan ruang dan peluang untuk mereka melakar kejayaan begitu terserlah, tetapi pengaruh dan asakan semangat di luar amat kuat. Buktinya kita melihat wujud segelintir remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun, baik lelaki atau perempuan, di bandar atau di luar bandar begitu leka dan hanyut dengan dunia negatif yang membawa mereka ke perosok kehinaan. Tumpuan kepada hiburan dan berpeleseran begitu kuat. Mereka seolah tidak wujud bersama dengan manusia lain didunia ini. Kehidupan mereka seakan terpisah dengan realiti masyarakat dan etika kehidupan yang saling memerlukan antara satu sama lain.Nasihat dan teguran akan dibalas dengan umpatan keji yang menggila. Tindakan dan tingkah laku seperti manusia yang tidak ada pegangan agama. Cara berpakaian yang langsung tidak mencerminkan adat dan kehendak agama.Guru yang mendidik dan membentuk mereka menjadi insan berilmu sanggup disergah, diejek, dipermainkan, malah ada yang dibalas dengan serangan fizikal yang mendatangkan kecederaan. Mereka seolah tidak sedar akan wujudnya tata susila, adat, budi bahasa, perasaan hormat dan perasaan kasih sayang yang perlu dipertunjukkan mengikut situasi. Ibu bapa sekadar tempat atau "kaunter" untuk memungut wang untuk membiayai aktiviti tidak bermoral mereka. Jika tidak dapat apa yang dihajati, ibu bapa sanggup diugut dan dimaki hamun.Wujud keadaan di mana segelintir remaja yang lupa agama, tidak tahu dosa pahala dan syurga neraka. Kebebasan untuk melakukan apa saja menjadi buruan dan tindakan. Mereka sanggup mensabotaj diri untuk merasai nikmat secara salah dan terkutuk.Kita juga melihat wujud segelintir remaja luar bandar dan bandar yang memilih cara dan corak hidup yang bertentangan dengan agama. Amat menjijikkan bila ada yang hidup bebas lelaki perempuan di bawah satu bumbung tanpa ada satu ikatan yang menghalalkan cara tersebut. Kehidupan mereka seperti sepasang suami isteri dan mereka seolah buta segalanya mengenai rukun hidup yang sebenarnya. Kes buang bayi menjadi bukti kepada corak hidup songsang sedemikian rupa.Kegagalan sistem rumah tangga berfungsi sebagai medan asuhan dan pendidikan menjadi teras kepada porak-porandanya moral remaja. Sebahagian ibu bapa telah gagal membina sistem asuhan dan pendidikan terbaik ketika anak-anak berada di rumah. Sedangkan rumah adalah sekolah atau institusi pendidikan yang terbaik kerana sebahagian besar masa anak-anak dihabiskan.Identiti dan sistem moral anak adalah bermula di rumah. Jika rumah tangga mempunyai reka bentuk dan sistem asuhan terbaik, mengikut aturan agama dan peraturan yang seimbang, maka anak-anak akan dikeluarkan ke pasaran masyarakat dengan kekuatan kualiti dan moral yang kukuh.Tetapi sebahagian besar remaja yang dikenal pasti terlibat dengan pelbagai masalah sosial dikaitkan dengan kekalutan dan kepincangan rumah tangga. Adakah ibu bapa zaman ini sudah gagal memainkan peranan sebagai ketua dan pemimpin institusi kekeluargaan. Jika anak-anak begitu berselera melayan nafsu songsang tidak kira ketika, maka jelas sistem rumah tangga itu sudah hancur.Kita sering menuding jari kepada institusi atau pihak lain yang gagal tampil membantu sebahagian besar ibu bapa yang gagal ini. Harus diingat, punca kepada semua kesongsangan sosial ini adalah diri sendiri. Kehendak untuk membangunkan pemikiran selaras dengan perkembangan semasa perlu ada kepada setiap individu yang bakal atau yang sudah bergelar suami isteri atau ibu bapa. Jangan salahkan waktu yang terhad untuk mendampingi anak-anak. Waktu yang terhad boleh didominasikan dengan bijak jika ibu bapa cekap dengan kemahiran dan ilmu.Amat sedih dengan corak penampilan sebahagian besar remaja hari ini yang tidak tahu arah untuk ditujui. Sedangkan negara sudah dilengkapi dengan landasan dan hala tuju yang pasti di mana peranan anak muda menjadi tonggaknya. Jika remaja masih gagal menentukan baik buruk, dosa pahala dan syurga nerakanya, maka kita akan berhadapan dengan kemusnahan.Kita terus mengharapkan ada idea keramat yang timbul dengan penglibatan semua pihak di negara ini untuk membawa remaja yang hilang fokus insannya kembali ke landasan yang tepat dan mulia. Justeru, tanggungjawab mengembalikan moral mulia dikalangan belia remaja datangnya dari kekebalan peraturan dan asuhan di rumah, seterusnya mereka diberi pengukuhan apabila berada dimedan kehidupan bersama masyarakat.

RENCANA PILIHAN BLOG CIKGUMIE Siri 1

PEMANTAPAN BAHASA MELAYU MELALUI PIPP

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan terus diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP), iaitu membina Negara Bangsa. Kesungguhan untuk melaksanakan fokus ini dijelaskan sebagai cabaran untuk memastikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa perpaduan. Beberapa langkah ke arah memperkasakan dan menjulang Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu talah digariskan dalam PIPP . Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diberi tanggungjawab penuh untuk memperlengkapkan korpus Bahasa Kebangsaan, menyebarkan maklumat berkaitan Bahasa Kebangsaan, menggalakkan dan mengiktiraf penggunaan Bahasa Kebangsaan, meningkatkan penggunaan dan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Kebangsaan, dan meningkatkan bahan bacaan dan rujukan dalam Bahasa Kebangsaan. Agenda tersebut akan disokong melalui usaha penterjemahan buku-buku ilmu dan karya agung yang dikendalikan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Manakala Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) pula berperanan memperbanyakkan penerbitan buku judul umum, penerbitan buku dalam bentuk digital, pengiktirafan terhadap buku-buku terbitan tempatan dan usaha mempromosi buku-buku terbitan tempatan ke pesta-pesta buku antarabangsa.Langkah-langkah tersebut merupakan lanjutan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan beberapa dasar terhadap Bahasa Melayu sebelum ini yang didapati tidak menampakkan keberkesanannya. Umpamanya Dasar Buku Negara dan kadar penterjamahan karya-karya asing ke dalam Bahasa Melayu yang masih belum mencapai tujuannya. Ini diakui dalam fasal 4.1 pelan ini, iaitu dalam konteks Dasar Buku Negara usaha memperkasakan Bahasa Melayu masih belum dapat dibanggakan kerana jumlah penerbitan buku terutama buku judul umum oleh penerbit tempatan secara umumnya masih lagi rendah berbanding dengan Korea Selatan, Jepun dan China. Selain itu, usaha penterjemahan daripada bahasa asing kepada Bahasa Melayu juga masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan.Usaha-usaha menggalakkan penerbitan buku-buku judul umum dan penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu merupakan suatu yang boleh dibanggakan kerana akan memperbanyakkan bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Usaha ini sewajarnya dilihat sebagai satu langkah berterusan untuk memantapkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah. Hal ini sejajar dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang termaktub di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Selain itu, bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu, pelbagai program kebahasaan dan kesusasteraan juga dilaksanakan oleh sekolah, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, DBP, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan merangkumi usaha-usaha untuk mengukuhkannya dalam kurikulum dan kokurikulum, aktiviti pembangunan dan pengembangan Bahasa Kebangsaan, aktiviti kesusasteraan termasuk perkhemahan sastera, sayembara puisi, deklamasi sajak, pertandingan berbalas pantun, syarahan serta pertandingan menulis cerpen dan puisi. Melalui PIPP juga, pembaharuan terhadap gerakan memperkasakan Bahasa Melayu dilakukan dengan menyenaraikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) sebagai salah satu perayaan utama Kementerian Pelajaran Malaysia dan seterusnya dijadikan salah satu daripada perayaan nasional.Berdasarkan perancangan dan usaha-usaha yang dipaparkan dalam PIPP, jelas usaha memartabatkan Bahasa Melayu tetap menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini kerana Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, dan bahasa pengantar dalam pendidikan sewajarnya terus diperkasakan dan dimantapkan agar kedudukannya terus utuh dan peranannya sebagai alat perpaduan juga semakin berkesan.

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2 Siri 3

ASPEK SOALAN PEMAHAMAN (Soalan 2a-2d)

· Soalan-soalan pemahaman terbahagi kepada 3 aspek berikut :-
Aspek Pemahaman Berdasarkan Konteks @ Petikan (PBP)
Aspek Pemahaman Kemahiran Berfikir (PKB)
Aspek Pemahaman Komsas (PKOM)

· Soalan Pemahaman Berdasarkan Konteks@Petikan (PBP) menguji pemahaman pelajar terhadap isi kandungan petikan serta menilai kemampuan calon mencari maklumat yang dikehendaki daripada petikan. Jawapan bagi soalan ini terdapat dalam petikan. Soalan PBP terdapat pada Soalan 2ai, 2aii, 2bi, 2ci, 2cii dan 2di

· Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (PKB) menilai daya penaakulan pelajar memberi pendapat atau idea tentang perkara yang dibincangkan dalam petikan dalam ruang yang lebih luas. Jawapan bagi soalan ini tiada dalam petikan. Petikan yang diberi berfungsi sebagai pencetus idea untuk pelajar berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Soalan PKB terdapat pada Soalan 2aiii, 2bii, 2ciii dan 2dii.
Soalan Pemahaman Komsas (PKOM) memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek kajian sastera seperti tema, persoalan , pengajaran, latar dan nilai. Jawapan diberikan berdasarkan soalan tentang aspek kajian sastera tertentu yang terdapat dalam petikan dan keseluruhan teks petikan tersebut diambil. Soalan PKOM terdapat pada Soalan 2biii dan 2diii.

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2 Siri 2

KATA TUGAS DALAM SOALAN 2a-2d PEMAHAMAN
· Terdapat beberapa kata tugas tertentu untuk soalan pemahaman seperti berikut :

-nyatakan
-sebutkan
-berikan
-kemukakan
-gambarkan
-apakah
(Pelajar memberi jawapan dalam bentuk pernyataan tanpa perlu mengemukakan huraian atau contoh)
-jelaskan
-huraikan
-mengapakah
(Pelajar memberi jawapan dalam bentuk pernyataan. Pernyataan tersebut perlu diikuti huraian atau contoh yang relevan. Pernyataan dan huraian ditulis secara terpisah)
-pada pendapat anda, nyatakan..
-pada pendapat anda, wajarkah…
-pada pendapat anda, bagaimanakah ...
-mengikut pandangan anda, huraikankan…
-jelaskan pendapat anda…

(Pelajar mengemukakan pendapat mengikut pemikiran sendiri secara matang. Bentuk jawapan adalah berdasarkan kata tugas.)
(c)cikgumie

24 April 2009

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 29




BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN


GENERASI MUDA PERLU LEBIH AKTIF & AGRESIF
sumber : Harian Metro, Khamis 23 April 2009

GENERASI muda sama ada pemuda, puteri dan putera bakal mengisi saf kepemimpinan baru negara. Sebarang usaha dan inisiatif untuk memperkasakan lagi keperluan, kehendak, kebajikan dan hak asasi golongan realistik itu sangat dialu-alukan dan perlu diberikan perhatian serius semua pihak.Mereka secara objektifnya mempunyai idealisme tersendiri dan tidak wajar dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan.Kumpulan itu perlu tegas dan berani menyatakan hasrat dan pandangan tanpa berpihak serta bijak mengkritik dan memberi pendapat dalam semua perkara.Jika di Barat mereka bergelut dan dibelenggu pelbagai masalah serta krisis keruntuhan akhlak yang teruk seperti penyalahgunaan dadah, aktiviti pelacuran, pergaulan dan seks bebas, hidonisme dan sebagainya, maka budaya negatif itu perlu disekat daripada berakar dalam masyarakat kita.
Inilah cabaran dan realiti sosial yang perlu ditangani saf kepemimpinan muda di negara kita dari semasa ke semasa.
Dalam buku Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam (2002), turut disentuh peranan generasi muda, cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi, terutama dalam memastikan generasi muda tidak tertinggal jauh oleh arus pemodenan.Kelompok itu perlu menguasai ilmu, terutama dalam bidang sains dan teknologi agar ilmu yang diperoleh dapat membantu memajukan diri.Selain penguasaan dalam bidang IT, bidang ekonomi dan politik penting dalam senario globalisasi.Kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa dan negara bergantung kepada generasi muda sepanjang zaman.Warisan seni budaya penting bagi membentuk dan membina jati diri. Kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara bergantung kepada kualiti generasi muda iaitu sekiranya mereka dapat meningkatkan kecemerlangan diri dan mengikis sikap rendah diri, sudah pasti mereka tidak akan dipandang rendah bangsa lain.Kesedaran terhadap sejarah dan perjuangan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada generasi muda.Pelbagai peristiwa seperti dirakamkan al-Quran memaparkan model untuk diteladani anak muda masa kini, khususnya dalam mempertahankan jati diri dan menghadapi cabaran semasa.Selanjutnya, generasi muda perlu dilengkapi dan dipersiapkan dengan pendidikan tinggi dalam segala aspek, terutama peluang ke universiti.Universiti adalah medan terbaik untuk generasi muda membina kaliber dan mengasah bakat kepemimpinan, mengumpul ilmu pengetahuan dan pengalaman seluasnya serta membentuk jaringan perhubungan yang luas dalam pelbagai dimensi dan sebagainya melalui gerakan aktivisme di dalam dan luar kampus.Universiti juga platform merangka formula ke arah melahirkan angkatan belia berintegriti, bersahsiah dan bermaruah.Untuk itu, generasi muda perlu mengambil peluang dan ruang yang cukup luas dan meletakkan semula fungsi sebagai ejen perubahan dan jurubicara umat.Mereka tidak boleh lagi layu dan lesu terhadap sesuatu perkara yang berlaku, sebaliknya aktif dan agresif.Golongan berwibawa itu tidak boleh dibiarkan terlalu kaku, lemah dan mundur, tetapi barisan warga serba boleh, berfikiran besar dan bersedia berhadapan segala cabaran kehidupan

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 28




BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN
USAHA-USAHA UNTUK MEMPERTAHANKAN PERMAINAN TRADISIONAL
azman-duniaku.blogspot.com/

usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-permainan tradisional?Apakah definisi permainan tradisional? Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar.Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa. Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita.Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini. Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan. Peribahan 'tepuk dada tanya selera' sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 27




BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN
USAHA UNTUK MENJADI PENULIS YANG BAIK oleh http://azman-duniaku.blogspot.com/
Penulis sering dianggap manusia oleh bijak dan unik kerana berupaya menerangkan sesuatu aspek kehidupan, perkara, peristiwa atau apa-apa dengan mudah tetapi berkesan. Kerjaya sebagai penulis dikatakan satu kerjaya yang glamor terutama kalau hasil penulisannya berupaya dijual dengan banyak. Sikap media massa yang sering menayangkan kejayaan seseorang penulis turut menjadikan kehidupan penulis menjadi buruan media massa terutama akhbar yang mementingkan berita sensasi. Lantaran itu, apakah perkara yang harus dimiliki oleh seseorang untuk menjadi penulis yang berjaya?Untuk menjadi penulis yang berjaya sudah pasti seseeorang itu perlu banyak menulis terutama aspek penulisan yang diminatinya. Penulis juga seperti kerjaya lain yang memerlukan seseorang itu untuk selalu berlatih sebelum berupaya menguasai aspek penulisan dengan baik. Latihan demi latihan ini memberikan penulis satu gambaran sebenar tentang cara menulis, cara pembaca memahami karya dan mungkin cara mendapatkan ilham untuk menulis. Jadi, seseorang yang ingin menjadi penulis perlulah banyak menulis tanpa ada perasaan jemu.Selain itu, penulis juga harus memiliki sikap suka berbincang dengan orang lain tentang sesuatu perkara terutama bahan yang akan dijadikan asas penulisan mereka. Perbincangan ini berupaya menghasilkan satu kefahaman yang sejati tentang tajuk yang sedang ditulis oleh penulis itu. Sikap menerima pandangan membina atau kritikan orang lain menjadikan penulis itu lebih berjaya dan matang dalam penulisannya. Oleh itu, sikap suka berdiskusi memastikan penulis itu mampu untuk melihat sesuatu tajuk penulisan mereka dengan lebih baik.Malah, sikap penulis yang baik juga banyak bergantung kepada sikap yang suka mengembara atau berjalan. Keadaan ini membolehkan penulis memiliki banyak pengalaman tentang kehidupan terutama perkara yang boleh menjadi topik penulisan mereka.Pengalaman yang diperoleh menerusi aktiviti berjalan atau mengembara ini berupaya menjadikan penulis lebih matang dan faham tindakan manusia terhadap sesuatu masalah yang timbul. Maka, penulis yang suka berjalan sudah pasti mempunyai banyak ilham untuk menulis terutama tentang kehidupan kemanusiaan.Tambahan pula, penulis juga harus banyak membaca terutama pembacaan yang berbentuk akademik atau bersesuaian dengan penulisan mereka. Pembacaan memberikan mereka lebih banyak kefahaman tentang teknik penulisan penulis lain dan juga menajamkan minda mereka terhadap sesuatu topik itu. Membaca dan penulis merupakan satu ikatan yang tidak boleh ditukar ganti. Jelasah, penulis perlu membaca dengan banyak terutama ketika mereka sedang mencari bahan penulisan mereka.Kesimpulannya, penulis yang berjaya ialah penulis yang rajin, suka membaca dan membuat renungan tentang kehidupan dengan lebih kritis. Sikap penulis yang peka terhadap sesuatu perkara menjadikan diri mereka begitu unik. Namun, masih ramai yang menganggap kerja menulis mudah dan tidak perlu satu masa yang panjang untuk menguasainya. Peribahasa 'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” membuktikan bahawa untuk menjadi penulis yang berjaya, seseorang itu memerlukan masa yang panjang untuk menguasainya.

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 26


BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN
KEPENTINGAN BANGUNAN BERSEJARAH oleh http://azman-duniaku.blogspot.com/

Kepentingan bangunan bersejarah di negara ini mula dilupakan kerana banyak bangunan ini telah dirobohkan untuk membina bangunan baru.Huraikan.Bangunan bersejarah sememangnya begitu banyak di negara ini terutama di Melaka dan Pulau Pinang tetapi malangnya dek kerakusan ekonomi semakin banyak bangunan ini yang sudah tidak lagi mampu berdiri sendirinya. Ada yang berpendapat bangunan ini harus dikekalkan kerana mempunyai banyak impak yang positif terutama kepada kehidupan masyarakat tetapi ada juga yang menolaknya. Pihak media massa turut serta dalam diskusi hebat untuk menentukan sama ada pembangunan lebih penting atau pengekalkan warisa yang maha penting. Sesungguhnya, ada banyak perkara baik yang boleh terhasil menerusi pengekalan bangunan bersejarah ini.Impak yang paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat asing memang suka melihat kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkan sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di negara ini. Jadi, kalau bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor pelancongan negara akan menerima kesan yang paling ketara.Lantaran itu peluang kerja turut berupaya diwujudkan akibat kehadiran pelancong ini. Bukan sahaja kerja yang berkait terus dengan industri ini seperti pemandu bas pelancong tetapi juga kerja sampingan seperti kedai makan, hotel dan pengangkutan awam serta kedai kraf tangan akan menerima tempias kedatangan pelancong asing ini. Masyarakat di negara in tidak akan berasa bimbang kehilangan kerja kerana mereka mudah untuk memperoleh kerja yang lain pula. Oleh itu, pengekalan bangunan bersejarah mampu memastikan semua penduduk di negara ini memiliki pekerjaan.Tambahan pula, nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini. Perasaan ini wujud kerana bangunan bersejarah mempunyai kaitan dengan peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Kewujudan bangunan ini sepanjang zaman memastikan rakyat terus mengingati kepentingan peristiwa sejarah itu kepada pembangunan negara. Jelaslah, negara akan memiliki rakyat yang tinggi perasaan nasionalismenya.Begitu juga dengan imej negara terus tersohor pada mata masyarakat dunia kerana memiliki sikap menghargai peninggalan sejarah. Masyarakat yang menjaga bangunan bersejarah akan dianggap bangsa yang menghargai budaya dan sumbangan pemimpin lamanya. Sikap ini sudah pasti akan menimbulkan satu kesan positif dalam setiap pandangan masyarakat terhadap negara kita. Jadi, kita bukan sahaja menerima kesan ekonomi tetapi imej kita sebagai bangsa yang menghargai budaya turut diketahui umum.Kesimpulannya, penjagaan bangunan lama harus dilakukan demi negara kita yang tercinta ini. Semua pihak tanpa mengira umur dan keturunan harus ada tanggung jawab menjaga bangunan sebegini. Kita tidak harus mengutamakan kemodenan sahaja kerana tanpa sejarah tiadalah kemodenan yang kita kecapi kini. “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas” membuktikan betapa bangunan bersejarah ini penting buat kita.

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 25


BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN
PERINDUSTRIAN oleh http://azman-duniaku.blogspot./


Negara kita telah mengutamakan perindustrian untuk mencapai era negara moden. Kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar untuk meningkatkan tahap industri negara. Terangkan kebaikan-kebaikan yang terjelma melalui langkah kerajaan ini.Sememangnya negara kita telah memberi penekanan yang ketara terhadap aspek perindustrian terutama sejak awal tahun 80-an yakni era pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed. Penekanan ini sejajar dengan dasar kerajaan kita untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Namun, perindustrian memang membawa pelbagai kebaikan kepada negara dan rakyat tanpa sebarang pertikaian lagi.Kebaikan yang dibawa oleh perindustrian terhadap negara ialah dasar ini menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import terutama barangan tertentu. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor industri negara telah berjaya menghasilkan produk tersebut pada harga yang lebih murah. Situasi ini turut memberi kesan terhadap sumber kewangan negara kerana kurang wang diperlukan untuk membayar harga barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor lain.Jadi, sumber kewangan negara yang berlebihan itu digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian mereka.Selain itu, penubuhan kilang menjadi antara intipati perindustrian. Kilang terpaksa dibina untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat antarabangsa. Justeru, permintaan terhadap bahan mentah negara akan meningkat. Hasil bahan mentah negara seperti bijih timah, getah, dan kayu akan meningkat selaras dengan perkembangan industri produk tersebut. Harga komoditi negara itu sudah pasti akan turut meningkat dengan mendadak yang menguntungkan rakyat negara ini.Malah, penubuhan kilang ini sudah pasti memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak. Rakyat negara ini akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh membuat pilihan. Kewujudan peluang pekerjaan ini sudah pasti menyaksikan negara

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 SIri 24


BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN
OBESITI oleh http://azman-duniaku.blogspot.com/

Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan.Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk menjaga kesihatan.Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik.Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang seimbag memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang.Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun.Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden terutama di negara ini.Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk.Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.

BAHASA MELAYU - UMUM Siri 9

'SAMPAH SARAP' ATAU 'SAMPAH-SARAP' ?
Sejak akhir-akhir ini, banyak pengguna bahasa masih keliru akan perkataan "sampah sarap" dengan "*sampah-sarap". Sebenarnya, ejaan yang betul adalah 'sampah sarap'
Mengikut Kamus Dewan, makna "sampah" dan "sarap"adalah seperti yang berikut:
1. sampah
benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina;
"sarap" pula bermakna:
2. sarap
sampah (daun-daun kering, debu, dll): dia mengibas-ngibas ~ ke tepi dinding dgn kain; sampah ~ berbagai-bagai sampah;
Oleh hal yang demikian, perkataan yang mempunyai makna yang sama tidak memerlukan tanda "sempang" atau "-".
Antara contoh lain perkataan yang tidak mempunyai tanda "-" kerana bukan kata ganda:
(i) bukit bakau
*bukan "*bukit-bakau" kerana bakau dan bukit sama makna
(ii) bukit bukau
*bukan "*bukit-bukau" kerana bukit dan bukau sama makna
(iii) bersatu padu
*bukan "*bersatu-padu" kerana bersatu dan padu sama makna
(iv) kasih sayang
*bukan "*kasih-sayang" kerana kasih dan sayang sama makna
(v) bersangkut paut
*bukan "*bersangkup-paut" kerana sangkut dan paut mempunyai makna yang sama
(vi) sanak saudara
*bukan "*sanak-saudara" kerana sanak dan saudara sama makna

23 April 2009

NOVEL BAHASA MELAYU SPM Siri 9

PERSOALAN TENTANG KEPIMPINAN YANG BAIK.

Novel: Perlumbaan Kedua
Persoalan : Kepimpinan yang bijaksana dalam mengatur strategi.
Huraian :Tuk Kura menunjukkan kebijaksaan mengatur strategi latihan dalam kalangan anak buahnya.
Persoalan : Kepimpinan yang tegas dalam membuat keputusan.
Huraian : Sebagai pemimpin, Sang Gajah dengan tegasnya menolak bantahan Sang Arnab yang mempertikaikan kemenangan Tuk Kura dalam perlumbaan kedua.

Persoalan : Kepimpinan yang berwibawa dalam mempengaruhi orang bawahan
Huraian : Semua anak buah Tuk Kura akur dengan arahan Tuk Kura dalam memastikan
persediaan dibuat untuk menghadapi perlumbaan kedua.

Persoalan : Kepimpinan yang adil
Huraian : Sang Gajah adil dalam mentadbirkan pertandingan tanpa memihak kepada mana-mana pihak

Julia
Persoalan : Kepimpinan yang menunjukkan teladan
Huraian : Dato’ Bakar menunjukkan kepimpinan terhadap keluarganya apabila mengimami solat Subuh dan diikuti kuliah ringkas. Persoalan : Kepimpinan yang tegas dalam memimpin sesebuah organisasi
Huraian : Julia menunjukkan kepimpinan yang tegas dalam mengendalikan kes kakitangan yang berniat buruk. Dalam kes Encik Baharom, Julia sebagai pemimpin BMPRO telah mengumpul maklumat tentang BMPRO Transport dan menyiasat sendiri kebenaran dakwaan Encik Baharom.

Persoalan : Kepimpinan yang tabah dalam menguruskan organisasi
Huraian : Julia tabah menghadapi karenah yang ditimbulkan oleh Syed Mustaffa yang menuntut pemilikan Butik BMPRO.
(c) cikgumie

NOVEL BAHASA MELAYU SPM Siri 8

SEBAB-SEBAB WATAK ANTAGONIS MENGALAMI KEGAGALAN
Soalan
Dalam kebanyakan novel, watak antagonis (penentang) sering mengalami kegagalan. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan punca-punca watak antagonis sering mengalami kegagalan?
Novel:
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusuf
Pernyataan: Watak antagonis tidak jujur .
Contoh: Arnab mengupah ular tedung untuk meninjau atau mengintip tindakan Tuk Kura dalam menghadapi perlumbaan sedangkan Tuk Kura gigih berlatih menghadapi perlumbaan.
Pernyataan: Watak antagonis tidak bijak melihat tindakan pihak lawan.
Contoh: Arnab tidak dapat mengagak sebab-sebab sebenar Tuk Kura memilih tempat pertandingan sedemikian rupa ( lereng bukit). Pernyataan: Watak antagonis terlalu angkuh sehingga tindakannya merugikan diri sendiri.
Contoh: Akibat terlalu angkuh, Arnab Putih mengemukakan syarat-syarat pertandingan yang merugikan diri sendiri.
Pernyataan: Watak antagonis tidak mempunyai keperibadian yang tinggi dan tabah
Contoh: Kewibawaan dan kehebatan Tuk Kura tidak dapat ditandingi oleh Sang Arnab yang ternyata tidak memiliki ciri-ciri tersebut..
Pernyataan: Watak protagonis jauh lebih bijak dan berpengalaman.
Contoh: Tuk Kura jauh lebih berpengalaman daripada Sang Arnab. Pengalamannya ini dapat membantunya mengalahkan pihak lawan. Sang Arnab masih belum berpengalaman atau mentah dalam kerenah hidup

Julia karya Abu Hassan Morad
Pernyataan: Watak antagonis tidak mempunyai pendirian yang kukuh
Contoh: Rashid tidak dapat menyaingi kekukuhan pendirian Julia yang tegas, tabah dan bervisi.
Pernyataan: Watak antagonis tidak mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi pihak lawan
Contoh: Rashid tidak berjaya mempengaruhi Julia untuk menerimanya kembali dan Julia juga membuat aduan kepada pihak polis tentang ugutan Rashid. Pernyataan: Watak antagonis mempunyai keperibadian yang lemah.
Contoh: Rashid tidak mempunyai peribadi yang baik, suka berpeleseran, menghabiskan masa dengan sia-sia dan terlibat dengan dadah.
Pernyataan: Watak protagonis mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sokongan pelbagai pihak.
Contoh: Julia mempunyai kekuatan hasil keyakinan diri dan bantuan pelbagai pihak sedangkan watak antagonis selalu tidak mempunyai kekuatan bertindak dan tidak bijak merancang . Rashid tidak pandai merancang masa depan dan lebih gemar berfoya-foya.
Pernyataan: Watak protagonis mempunyai matlamat yang jelas.
Contoh: Julia tidak mudah tunduk kepada pujukan dan ugutan Rashid kerana dia mempunyai matlamat yang jelas untuk berjaya tidak seperti Rashid.
(c) cikgumie

NOVEL BAHASA MELAYU SPM Siri 7

PERISTIWA YANG MEMPERLIHATKAN KEGIGIHAN WATAK UTAMA
Rujukan adalah berdasarkan novel yang digunakan di negeri Pulau Pinang, Perak & Kedah

NOVEL: Perlumbaan Kedua
WATAK UTAMA: Tuk Kura
Watak Tuk Kura merupakan watak penting dalam novel Perlumbaan Kedua. Pengarang telah melukiskan watak ini sebagai watak yang mempunyai nilai kegigihan. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan kegigihan watak Tuk Kura dalam novel ini. Berikut adalah antara peristiwa tersebut. Tuk Kura begitu gigih mempertahankan maruah kaumnya.
Hal ini dapat dilihat apabila Tuk Kura dicabar untuk diadakan perlumbaan kali kedua dengan Sang Arnab. Tuk Kura telah bersetuju untuk mengadakan perlumbaan tersebut demi menegakkan maruah bangsanya dan membuktikan bahawa kemenangan nenek-moyangnya dalam perlumbaan yang pertama bukanlah disebabkan oleh nasib justeru gigih mengadakan latihan untuk memenangi perlumbaan kali kedua.
Tuk kura juga begitu gigih dalam membuktikan kesungguhannya untuk menyertai perlumbaan itu. Peristiwa yang menggambarkan sifatnya ini adalah ketika Tuk Kura sanggup bersusah payah pergi ke tempat perbincangan dan penetapan syarat-syarat perlumbaan walaupun perjalanan itu adalah sukar baginya dan kaumnya.
Tuk Kura dengan gigih telah mengatur pelbagai strategi .
Tuk Kura telah berusaha melatih sepuluh ekor kura-kura dengan intensif bagi membolehkan mereka benar-benar bersedia untuk memenangi pertandingan itu.
Tuk Kura juga begitu gigih menangkis cemuhan dan tohmahan anak-anak buahnya.
Anak-anak buahnya tidak berpuas hati dengan cara Tuk Kura melatih anak-anak mereka.Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Tuk Kura dibelasah oleh kaumnya yang tidak puas hati dengan latihan agresif yang terpaksa dilalui oleh anak-anak mereka. Namun, Tuk Kura menerima perbuatan anak-anak buahnya itu tanpa sebarang tindak-balas.
Tuk Kura juga begitu gigih meneliti tempat pertandingan .
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Tuk Kura menolak pelawaan Sang Gajah untuk membantu Tuk Kura dan anak-anak buahnya menuruni bukit setelah perbincangan tentang syarat-syarat pertandingan itu tamat. Tuk Kura sanggup bersusah-payah menuruni bukit itu kerana Tuk Kura sendiri mahu meneliti tempat pertandingan itu .
(c) cikgumie

22 April 2009

PROSA KLASIK BAHASA MELAYU SPM Siri 6

ASAL USUL RAJA KECIL
Laksamana telah menyorokkan Encik Pung semasa dia hendak bersalin. Encik Pung meminta Laksamana melarikan anaknya setelah dia bersalin. Laksamana meminta Raja Negara Selat menyerahkan anak Encik Pung kepada Temenggung Muar untuk dipelihara. Raja Negara pun pergi ke Johor menyerahkan anak Marhum Mangkat Dijulang itu kepada Temenggung Muar, lalu selepas itu, Temenggung membawa anak raja itu berjumpa dengan Laksamana.

Di Johor, setiap hari anak raja bermain-main di makam ayahandanya di Kota Tinggi. Ramai kanak-kanak mengikut perbuatannya tetapi mereka muntah darah apabila makan rumput disebabkan tiada daulat seperti anak raja itu. . Peristiwa yang berlaku telah tersebar dan sampai ke telinga Yang DiPertuan Muda lalu diperintahkan orang untuk mencari anak raja itu. Laksamana berpakat dengan Raja Negara untuk melarikan anak raja itu ke tempat lain. Laksamana meminta sahabatnya, Nakhoda Malim, orang Minangkabau memeliharanya, lalu dibawa ke Jambi, Anak itu telah dinamakan Tuan Bujang.
Tuan Bujang kemudiannya di bawa ke Pagaruyung lalu menghadap Yamtuan Sakti. Yamtuan Sakti dapat mengecam Tuan Bujang dan berasa gembira apabila mengatahui bahawa Tuan Bujang adalah cucunya. Begitu juga dengan Tuan Puteri Jilan yang dapat mengenali Tuan Bujang melalui pandangan matanya dengan mengatakan Tuan Bujanglah anak raja yang akan membalas kematian bapanya. Tuan Bujang pun tinggal di Pagaruyung dan sehari asyik bermain di singgahsana. Apabila dayang-dayang melarang, Puteri Jilan menjelaskan bahawa Tuan Bujang memang waris takhta dan tidak akan terkena sumpahan atau tulah memandangkan dia anak adiknya di Johor. Apabila berumur 13 tahun, Tuan Bujang pergi merantau ke Batanghari untuk menuntut ilmu hinggalah ke Palembang. Di sana Tuan Bujang ingin memperhambakan diri dan taat setia kepada Sultan Lema Abang. Sultan mengambil keputusan untuk memelihara Tuan Bujang namun semenjak Tuan Bujang bekerja sebagai pembawa tepak, badan sultan asyik sakit-sakit sahaja. Hal ini berlaku demikian disebabkan tulah Tuan Bujang.
Petikan ini secara keseluruhan memaparkan usaha-usaha memelihara keselamatan keturunan Marhum Mangkat Dijulang iaitu Tuan Bujang. Kesetiaan para pegawal istana temasuk saudara-mara terhadap Marhum Mangkat Dijulang jelas dapat kita lihat. Walaupun semua pihak yang berkaitan cuba merahsiakan kewujudan Tuan Bujang namun ciri-ciri keturunan raja tetap terserlah dan diketahui orang juga

SAJAK BAHASA MELAYU SPM - Siri 5


DUHAI PENTAFSIR - Zurinah Hassan


Rangkap 1 bermaksud penyair sudah lama mencari pengertian hidup dalam tempoh masa yang sudah lama. Hari silih berganti menunjukkan waktu yang terus beredar yang digambarkan sebagai ‘petemuan matahari, rimba dan lautan”. Rangkap 2 bermaksud penyair masih lagi meneruskan pencariannya. Banyak hasil tulisan, diteliti seakan-akan kajian yang dikaji menjadi lusuh. Hasil tulisan ‘pentafsir’ juga ada yang sudah ketinggalan zaman. Sepanjang pencariannya terdapat pelbagai cabaran mendatang.

Rangkap 3 menggambarkan penyair kian resah. Dia seperti telah hilang arah. Seandainya dirinya gagal atau menjadi semakin bercelaru, dia yakin dirinya tidak segembira zaman kanak-kanak dahulu. Dalam rangkap 4 memberi gambaran bahawa penyair berfikir sama ada untuk beralih mencari erti hidup melalui perspektif lain atau melupakan sahaja perkara itu. Rangkap 5 memberi penjelasan bahawa penyair selaku pencari telah mendapat petunjuk. Dia berasa perlu melihat dari sudut lain, melihat keluasan serta keajaiban alam dan akhirnya mengakui bahawa dia perlu kembali kepada-Nya sebab disitulah erti kehidupan yang sebenar-benarnya.


1. Tema sajak ini ialah keagamaan. Penyair mengambarkan seorang manusia (si pencari) yang cuba mencari erti kehidupan dengan meneliti hasil tulisan “pentafsir” iaitu mungkin para pemikir, ahli falsafah ataupun penulis-penulis tentang krhidupan ini.
2. Persoalan-persoalan sajak ialah:
· Persoalan mencari dan berusaha mengenal diri dan pencipta tanpa berasa jemu.
· Persoalan dalam tindakan ataupun usaha, manusia perlu bersandar pada ajaran agama.
· Persoalan manusia terlalu kerdil dan tidak kuasa. Sekiranya gagal sekali, teruslah berusaha dan berdoalah, moga-moga apa yang kita kehendaki tercapai akhirnya.


1. Rasional, contohnya berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan setelah tua.
2. Kasih sayang, contohnya memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak.
3. Kerajinan, contohnya berusaha dengan gigih tanpa mengenal putus asa.



1. Kita hendaklah insaf, contohnya semakin tua dan banyak menikmati kemewahan hidup, manusia perlu insaf dan bersyukur dan memperbaiki tingkat keimanan.
2. Kita hendaklah cinta akan agama, contohnya kanak-kanak perlu diberi didikan agama yang sempurna supaya apabila dewasa, dia tahu apakah matlamat hidupnya.
3. Kita perlu berusaha dengan gigih, contohnya kegigihan perlu dalam mencapai apa jua yang kita impikan.