29 Julai 2011

TERIMA KASIH SMK SERI PERAK, PARIT BUNTAR, PERAK DARUL RIDZUAN


Tarikh :  28 JULAI 2011 (KHAMIS)
Masa : 2.45 - 5.15 petang
Tempat : Bilik Seminar, SMK Seri Perak
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMKSP, Ketua Bidang Bahasa  dan guru-guru Bahasa Melayu terutama Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cikgu Tahir. Terima kasih kepada para pelajar atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan serta suasana ceria yang diwujudkan.

27 Julai 2011

TERIMA KASIH MRSM PENDANG, KEDAH DARUL AMAN


Tarikh :  26 JULAI 2011 (SELASA)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah, MRSM Pendang
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua MRSM Pendang, En. Mohd Yusof Taha,  Guru Kanan Bahasa Melayu, Puan Nur Rosmah dan penyelaras program, Cikgu Shurdi  . Terima kasih kepada para pelajar atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan serta suasana ceria yang diwujudkan.

25 Julai 2011

TERIMA KASIH SMV SG PETANI 1, KEDAH DARUL AMAN


Tarikh :  24 JULAI 2011 (AHAD)
Masa : 9.00 - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Salahuddin Al-Ayubi, SMVSP1
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMVSP1, Ketua Bidang Bahasa dan guru-guru Bahasa Melayu. Terima kasih kepada para pelajar atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan.

14 Julai 2011

CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011 - SIRI 2

 

Soalan 2 Kertas 2 PEMAHAMAN
Untuk memperoleh markah yang cemerlang dalam Soalan 2 iaitu antara 30-35 markah,  para pelajar hendaklah memastikan bahawa anda semua telah:

a.         membaca petikan yang diberi dan memahami petikan tersebut sepenuhnya.
b.        membaca setiap soalan (dalam kumpulan 2a,2b,2c,2d) dan mengetahui bahawa jumlah soalan          
           bahagian ini ialah 12 soalan dengan jumlah markahnya 35 markah.

c.         memahami arahan/tugasan setiap soalan dengan jelas serta mencari isi/klu yang menjawab             
           kehendak soalan

d.         mengemukakan jawapan yang tepat dan lengkap bagi setiap soalan dengan menjadikan asas 1 isi 1 markah. 
e.         mengemukakan huraian/contoh yang jelas dan tepat terutama untuk soalan yang memerlukan huraian/penjelasan
f.          mengemukakan jawapan yang bebas daripada sebarang kesalahan tatabahasa.
g.         membaca teks Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku sepenuhnya.
h.         mengemukakan pendapat dengan matang dan bernas.
i.          menulis jawapan dalam bentuk perenggan dan bukannya berbentuk poin. 
j.          menulis jawapan dengan tulisan yang kemas dan mudah dibaca
k.         memperuntukkan masa lebih kurang 55-60 minit untuk menjawab soalan bahagian ini.

05 Julai 2011

TERIMA KASIH SMK GUNUNG SEMANGGOL, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN



Tarikh :  5 JULAI 2011 (SELASA)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Tingkat 2, Blok Pejabat, SMK Gunung Semanggol
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMKGS, Penolong Kanan (PEN/HEM), Kaunselor Pelajar,  dan Guru Pelatih Kaunseling UPSI .  Terima kasih kepada para pelajar Tingkatan 5 atas tumpuan dan kerjasama yang diberikan. Sesi ini merupakan sebahagian Program Pembangunan Pelajar (3P) anjuran MARA Negeri Perak dengan kerjasama  Pejabat MARA Daerah Kerian, Perak , SMK Gunung Semanggol, Kerian, Perak ,MRSM Transkrian, Pulau Pinang & MRSM Taiping, Perak