Soalan 2 Kertas 2 PEMAHAMAN
Untuk memperoleh markah yang cemerlang dalam Soalan 2 iaitu antara 30-35 markah, para pelajar hendaklah memastikan bahawa anda semua telah:
a. membaca petikan yang diberi dan memahami petikan tersebut sepenuhnya.
bahagian ini ialah 12 soalan dengan jumlah markahnya 35 markah.
c. memahami arahan/tugasan setiap soalan dengan jelas serta mencari isi/klu yang menjawab
kehendak soalan
d. mengemukakan jawapan yang tepat dan lengkap bagi setiap soalan dengan menjadikan asas 1 isi 1 markah.
e. mengemukakan huraian/contoh yang jelas dan tepat terutama untuk soalan yang memerlukan huraian/penjelasan
f. mengemukakan jawapan yang bebas daripada sebarang kesalahan tatabahasa.
g. membaca teks Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku sepenuhnya.
h. mengemukakan pendapat dengan matang dan bernas.
i. menulis jawapan dalam bentuk perenggan dan bukannya berbentuk poin.
j. menulis jawapan dengan tulisan yang kemas dan mudah dibaca
k. memperuntukkan masa lebih kurang 55-60 minit untuk menjawab soalan bahagian ini.
2 ulasan:
comel comel comel
dalam pemeriksaan spm, kadang-kala jawapan pelajar tidak terdapat dalam skema jawapan tetapi ideanya bernas...dan contoh jawapan berdasarkan dalam komsas..
contohnya, persoalan.. (banyak sangat buku rujukan dan kadang kala banyak sangat jawapan tetapi semua pun berdasarkan penafsiran pengeluar buku)
buku komsas pun bukannya beri semua , mungkin tulis 1/ 2 persoalan..
saya nak tahu pemeriksa ikut tepat-tepat dengan skema jawapan atau pun berdasarkan jawapan pelajar??
Catat Ulasan