Ulasan Sajak : ARKITEK KOTA Karya DR. MUHAMMAD HJ SALLEH
Teks : DIGAHAYU BAHASAKU
Teks : DIGAHAYU BAHASAKU
Kota, Tamadun dan Bangsa : Satu Penilaian Penyair
pandangan: http://hasyuda-abadi.blogdrive.com/
Bagi penyair di mana-manapun di dunia ini, kota dilihat sebagai sebuah lautan yang sentiasa bergelombang. Kadang-kadang mereka memandang kota sebagai sebuah hutan belantara yang subur akibat pembajaan yang sempurna; ada waktunya penyair memetik bunga rahsia kota sebagai gelanggangnya bermain kata bersama segala hal yang menjanjikan makna tersendiri sebenarnya.
Kota sebagai pusat kebanyakan aktiviti meriwayatkan kelangsungan kehidupan. Degupannya sering juga membawa kesegaran semula yang mula tenggelam malah sebaliknya tetapi kota tidak selamanya memberi kebahagiaan yang hakiki. Tetapi pada masa yang melahirkan benih daripada pengamatan, pentafsiran dan juga penghayatan yang menyediakan pengalaman baru kepada penyair itu dan orang lain. Saya ingin mengetengahkan pencernaan fikrah penyair Malaysia tentang pengamatannya mengenai kota dan pembinaan tamadun.
Kota sebagai pusat kebanyakan aktiviti meriwayatkan kelangsungan kehidupan. Degupannya sering juga membawa kesegaran semula yang mula tenggelam malah sebaliknya tetapi kota tidak selamanya memberi kebahagiaan yang hakiki. Tetapi pada masa yang melahirkan benih daripada pengamatan, pentafsiran dan juga penghayatan yang menyediakan pengalaman baru kepada penyair itu dan orang lain. Saya ingin mengetengahkan pencernaan fikrah penyair Malaysia tentang pengamatannya mengenai kota dan pembinaan tamadun.
Seperti membina sebuah bangunan, hanya arkitek saja yang lebih memahami struktur binaan. Demikian halnya bagi penghuni kota yang bertindak sebagai arkiteknya. Dari sajak ‘Arkitek Kota’, Muhammad Haji Salleh merakamkan:
hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut,
kenal gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota’
Beginikah seharusnya pemilik kota yang mengimpikan keberadaannya begitu mengerti agar nikmat kota itu ditemukan dalam kemungkinan-kemungkinan yang digambarkan. Penghuni kota harus menghargai keindahan alam kerana merekalah pewaris bagi membina keindahan iaitu sebuah tamadun. Kata Dr. Muhammad,
pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.
dia pengukir ruang hidup
penghias suasana sempurna
membenarkan penemuan
memungkinkan kemungkinannya.
Amat jelas disedari bahawa kota atau bandar yang ditakrif sebagai pusat segala kemajuan bermula itu menjadikan kemanusiaan lebih bertanggungjawab terhadap pembinaan sebuah tamadun bangsa. Namun demikian seperti dijelaskan tadi bahawa kehidupan kota semata-mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sesebuah tamadun tetapi dibantu oleh perletakan aspek-aspek yang menekankan ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang dan adat resam di tempat yang tinggi. Penghijrahan atau perpindahan daripada sebuah kota kepada bandar raya menjadi isyarat betapa warganya melangkah setapak lagi dalam peradaban dan kemakmuran hidup bak kata ‘bandar raya’ itu sinonim dengan istilah ‘masyarakat madani’.
Kerana itu juga taraf bandar raya bukan sekadar perubahan dan peningkatan kualiti dari sudut fizikal, tetapi kedudukan teratas bandar raya menuntut kesediaan warganya berusaha serta berazam meningkatkan kecemerlangan dari sudut ketahanan dalaman dengan kekuatan spiritual dan kemantapan dari aspek mental yang mana kedua-dua faktor ini menjadi teras kepada kejayaan sesebuah peradaban atau tamadun. Tamadun yang terkenal dalam sejarah manusia adalah hasil budaya yang sesuai dengan pembentukan dan pencapaian tamadun berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan