

Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
*Manakala untuk teks drama, semua drama telah dipilih untuk dijadikan teks ujian. Pun begitu, berdasarkan analisis, drama Jangan Bunuh Rama-Rama dan Kerusi masih belum dijadikan teks ujian untuk SPM (November). Kedua-dua teks drama ini terdapat dalam antologi Kerusi. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada kedua-dua drama tersebut dengan tidak mengetepikan drama-drama yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui
*Untuk teks prosa klasik (soalan pemahaman 2c), semua teks kecuali Sabor telah dipilih untuk dijadikan teks ujian baik dalam SPM Jun mahupun SPM November. Saya berpendapat bahawa teks Sabor tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Begitu juga dengan teks Peminangan Puteri Gunung Ledang, walaupun baru dipilih untuk diuji dalam SPM November 2008. Selain itu, teks seperti Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya dan Pertarungan Tuah Dengan Jebat juga sudah lama tidak dipetik sebagai teks ujian. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada keempat-empat teks prosa klasik tersebut dengan tidak mengetepikan teks yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui