
Tidak ada apa-apa perkara yang boleh mengambil tempat usaha. Oleh itu, kepada orang yang mahu berjaya, berusaha adalah satu syarat mutlak untuk mencapainya. Berusaha bersungguh-sungguh juga bermakna seseorang itu tidak akan mudah berputus asa dalam mengerjakan sesuatu. Selagi dia yakin bahawa dia berpeluang untuk memperoleh kejayaan, dia akan berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkannya.
Sejarah insan-insan yang berjaya membuktikan bahawa komitmen yang tinggi membuahkan kejayaan yang memuaskan. Thomas Edison,misalnya telah berjaya mencipta lampu mentol. Ciptaannya telah menyenangkan kehidupan semua orang termasuk kita semua. Tetapi, adakah kita tahu akan keperitan serta kesusahan yang dialami oleh Thomas edison dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang manis itu? Beliau telah mengalami beribu-ribu kali kegagalan sebelum kajiannya berjaya membuahkan hasil.

Marilah sama-sama kita renungi matlamat kita mengharungi kehidupan sebagai pelajar. Marilah kita cipta hasrat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2009 nanti. KEPADA SEMUA CALON SPM 2009 KHUSUSNYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI- SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENDUDUKI SPM yang akan bermula esok 18 November 2009/
(c)cikgumie
1 ulasan:
InsyaAllah
amin.
Catat Ulasan