Setakat ini terdapat 46 buah MRSM di seluruh Malaysia (45 buah beroperasi manakala sebuah iaitu MRSM Bentong dalam proses penyelenggaraan).
Suatu ketika dahulu, wujud beberapa buah MRSM seperti MRSM Seremban (MRSM pertama, bemula 1972),MRSM Kulim, MRSM Banting, MRSM Kerteh, MRSM Jelebu, MRSM YT Dungun dan MRSM YT Besut. Namun, peredaran masa , kehendak pembangunan dan perkembangan pendidikan merobah keadaan & perjalanan institusi tersebut. MRSM Kulim bertukar menjadi Kolej MARA Kulim manakala MRSM Banting menjadi Kolej MARA Banting dan MRSM Seremban menjadi Kolej MARA Seremban. MRSM Kerteh pula berpindah pada tahun 1992 ke Kuala Berang lalu dikenali sebagai MRSM Kuala Berang. MRSM YT Dungun telah dijadikan Sekolah Menengah IMTIAZ Dungun oleh kerajaan Terengganu manakala MRSM YT Besut dikenali sebagai MRSM Besut. MRSM Jelebu pula berpindah ke kampus tetap yang kini dikenali sebagai MRSM Kuala Klawang.

Kumpulan LDP dan BWP MRSM Kerteh (87-89) bergambar selepas pulang dari Kem Kepimpinan & Jalan Lasak di Pantai Kijal (kini telah menjadi tapak Awana Kijal) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan