Bulan Oktober tahun ini agak sibuk bagi MRSM Transkrian. Bermula dengan peperiksaan PMR pada 4 Oktober dan berakhir pada 11 Oktober yang lalu, maktab kini dalam persediaan rapi untuk menghadapi dua program besar di samping beberapa program lain. Dua program besar yang dimaksudkan ialah Majlis Graduasi kali ke-9 yang dijadualkan pada 20 Oktober dan Tunas Saintis MRSM Se-Malaysia kali ke-20 yang dijadualkan berlangsung dari 21-25 Oktober. MRSM Transkrian telah diberi penghormatan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk menjadi tuan rumah. Pertandingan dengan'‘NURTURING A CULTURE OF SCIENTIFIC EXCELLENCE’ akan disertai 44 MRSM yang lain seantero Malaysia.
Program lain yang diadakan dalam bulan ini ialah Malam Anugerah Homeroom 2011 ( 17 Oktober ) dan Hari Inovasi ( 31 Oktober ) manakala pelajar-pelajar tingkatan lima akan membuat ulang kaji terancang dan kendiri melalui Kem Studi Ting 5 di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal (ILP) mulai 21-30 Oktober sebagai persediaan menghadapi SPM 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan