- Para pelajar telah membaca dan memahami keseluruhan teks KOMSAS iaitu 'Harga Remaja',, 'Dirgahayu Bahasaku' dan, novel mengikut zon masing-masing serta bahan ulang kaji Kertas 1 dan Kertas 2 yang disediakan oleh guru-guru anda.
- Para pelajar mengetahui format dan memahami keperluan serta menguasai teknik menjawab Kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu SPM dengan sepenuhnya.
- Anda berusaha agar memperoleh markah yang cemerlang dalam setiap kali taksiran (Taksiran 1,2 & 3) Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu.
- Para pelajar membuat analisis tentang soalan Kertas 1 & Kertas 2 (soalan 1, Soalan 3 dan Soalan 4) bagi tahun-tahun lepas.
- Para pelajar berusaha tidak mengenal penat dan jemu untuk sentiasa membuat latihan ulang kaji.
- Anda berazam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan A+ Bahasa Melayu tidak terlepas daripada genggaman.
- Anda sentiasa berdoa agar mendapat kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain.
- Anda mengerjakan Solat Sunat Hajat dan Tahajud memohon limpah perkenan Allah
- Anda membaiki tulisan agar mudah dibaca oleh guru/pemeriksa.
- Anda memastikan bahawa kerja yang anda hasilkan terutama jawapan peperiksaan kemas, cantik dan menyenangkan hati semua pihak.
- Anda melakukan perkara-perkara lain yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
Semoga dirahmati Allah dan semoga berjaya dengan cemerlang..Insya-Allah, panduan menghadapi SPM 2011 akan mula disiarkan tidak lama lagi.
Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
31 Januari 2011
MUQADDIMAH BAHASA MELAYU SPM 2011 (EDISI NOV)
28 Januari 2011
JAMUAN KECEMERLANGAN PMR 2010 MRSM TRANSKRIAN 27 JANUARI 2011
Wakil pelajar tingkatan 4 yang akan melanjutkan pengajian di MRSM PKP (seramai 25 orang) sedang menyampaikan ucapan.
Pengetua MRSM Transkrian, Hj Samsudin Suip turut menyampaikan ucapan di samping menyampaikan sijil kursus KIKS kepada pelajar-pelajar.
http://www.youtube.com/watch?v=22hSAPpOLcY
20 Januari 2011
MAJLIS MINUM PETANG KELAB GURU MRSM TRANSKRIAN 19 JANUARI 2011
Selain itu, majlis diserikan dengan acara penyampaian cenderamata kepada semua guru sebagai tanda penghargaan kelab atas komitmen guru selama ini. Turut menerima cenderamata ialah guru-guru yang baru melangsungkan perkahwinan dan memperoleh cahaya mata.
Turut diselitkan di sini ialah klip video lagu Katakan Padaku nyanyian Ahmad Ramli berdasarkan sajak Latif Mohidin. Lagu ini sering berkumandang di Radio Malaysia Kedah FM selepas siaran berita jam 5 petang.
03 Januari 2011
SESI PERSEKOLAHAN 2011 BERMULA....PROGRAM MESRA PELAJAR MRSM TRANSKRIAN '1 ASPIRASI, 1 USAHA, 1 REALITI' 3-5 JANUARI 2011
06 Disember 2010
SALAM MAAL HIJRAH 1432
03 Disember 2010
ULANG TAHUN KEDUA BLOG CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM - 3 DISEMBER 2010
Alhamdulillah, hari ini genaplah 2 tahun laman blog ini beroperasi secara rasmi.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua sama ada pelajar, rakan-rakan pendidik dan sesiapa jua atas kesudian melayari laman blog CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM ini. Semoga kita semua dikurniai Allah hidayah, celik akal dan keupayaan untuk membina kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Saya berdoa agar para pelajar mampu memperoleh A+ dalam subjek ini. Laman blog ini, insya-Allah akan terus menjadi satu wahana penyebaran ilmu dalam subjek Bahasa Melayu dan wadah untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan menjanakan kemahiran berbahasa Melayu mereka .Terima kasih atas sokongan semua pihak .
26 November 2010
NOVEL KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 UNTUK SPM MULAI 2011 (NOVEMBER) BAGI NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK & PERLIS
Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah bertemakan pengorbanan. Novel berkisar pada kisah pengorbanan seorang gadis remaja bernama Azfa Hanani, pelajar tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian dalam membantu orang lain .
i)Berkorban untuk meringankan beban keluarga
Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak longnya yang terpaksa menanggung pembelajarannya.
Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu pak longnya mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh.
ii)Berkorban demi kesejahteraan orang lain.
Azfa Hanani juga berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni agar dapat membantu dan memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak menghadapi tekanan jiwa sekiranya mengetahui bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia . Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
iii)Berkorban perasaan sendiri
Azfa Hanani juga mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah lebih-lebih lagi apabila Azfa Hanani merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

