Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah bertemakan pengorbanan. Novel berkisar pada kisah pengorbanan seorang gadis remaja bernama Azfa Hanani, pelajar tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian dalam membantu orang lain .
i)Berkorban untuk meringankan beban keluarga
Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak longnya yang terpaksa menanggung pembelajarannya.
Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu pak longnya mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh.
ii)Berkorban demi kesejahteraan orang lain.
Azfa Hanani juga berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni agar dapat membantu dan memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak menghadapi tekanan jiwa sekiranya mengetahui bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia . Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
iii)Berkorban perasaan sendiri
Azfa Hanani juga mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah lebih-lebih lagi apabila Azfa Hanani merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.
Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
26 November 2010
NOVEL KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 UNTUK SPM MULAI 2011 (NOVEMBER) BAGI NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK & PERLIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan