Soalan 1 : Merumuskan Karangan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha membanteras jenayah dan halangan dalam melaksanakan usaha tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dewasa ini, pelbagai jenis jenayah semakin menular di mana-mana sahaja sehingga sudah sampai ke peringkat mengancam keselamatan awam. Keselamatan awam merupakan prasyarat untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat. Rakyat akan berasa selamat dan bebas ke mana-mana. Kerajaan menyasarkan indeks jenayah dikurangkan sebanyak
Tugas memerangi jenayah tidak sepatutnya diserahkan kepada pihak polis semata-mata, tetapi memerlukan komitmen orang ramai. Masyarakat boleh bekerjasama dengan polis melalui perkongsian maklumat. Di sinilah peranan orang ramai menjadi mata dan telinga pasukan polis untuk mencipta jaringan kerjasama bagi tujuan memerangi kegiatan jenayah.
Untuk mengurangkan kadar jenayah, masyarakat perlu dibudayakan dengan sikap antijenayah sepanjang masa. Hal ini berikutan maklum balas yang diterima daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang mendapati kira-kira 50 peratus penduduk dalam negara ini langsung tidak mahu tampil ke hadapan membantu mangsa jenayah. Mereka lebih gemar bersikap lepas tangan dan mementingkan diri sendiri. Hal ini menyebabkan kes jenayah yang banyak tidak dapat diatasi dan diselesaikan. Pada peringkat sekolah pula, Kementerian Pelajaran menyarankan sekolah-sekolah menengah seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah. Kelab Pencegahan Jenayah ini dapat membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan berlakunya jenayah dan langkah mencegahnya.
Jelaslah bahawa masyarakat umum sewajarnya menghargai peranan anggota polis yang sentiasa berkhidmat bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan negara. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya terlalu bergantung kepada pihak polis semata-mata. Penglibatan pihak masyarakat juga amat penting dalam memastikan keamanan negara terjamin. Sekiranya semua pihak berganding bahu, jenayah di negara ini sudah pasti dapat ditangani secara berkesan. Orang ramai perlu bersikap lebih terbuka dan menjalankan tanggungjawab sebagai warga sejati negara ini bersama-sama dengan polis membanteras jenayah.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, ‛Bersama Memerangi Jenayah’ Oleh Hj Samat Buang, E-Siswa, Disember 2009)
© Bahagian Pendidikan & Latihan Menengah MARA 2010 – Peperiksaan Semester 2 Tingkatan 4
PANDUAN ISI
Pendahuluan
Petkan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ modus
operandi/ strategi-strategi/inisiatif-inisiatif membanteras jenayah di Malaysia/negara ini.
Isi-isi Tersurat (Usaha-usaha membanteras jenayah)
1. RM1 bilion disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2010
2. Bajet disalurkan untuk menambah logistik
3. Kerajaan mempertingkatkan latihan dan kecekapan 3,000 anggota RELA.
4. JPAM melakukan rondaan bersama-sama dengan polis
5. Kerajaan dan NGO saling membahu meningkatkan kempen pencegahan jenayah.
6. Kerajaan dan NGO melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti masyarakat.
7. Masyarakat bekerjasama dengan polis melalui perkongsian maklumat.
8. Orang ramai menjadi mata dan telinga pasukan polis.
9. Masyarakat dibudayakan dengan sikap antijenayah sepanjang masa
10. Sekolah-sekolah menengah seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.
Isi Tersirat (Kekangan dalam pelaksanaannya)
1. Masyarakat kurang kesedaran/kurang memberi kerjasama.
2. Masyarakat sibuk dengan kerja/urusan masing-masing.
3. Penguatkuasaan undang-undang tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
4. Masyarakat takut membuat aduan/bimbang keselamatan terancam.
5. Aduan sukar untuk disalurkan/ Pengadu tidak mendapat layanan yang sepatutnya.
6. Masyarakat tidak berminat untuk menganggotai pasukan keselamatan.
7. Pengaruh media massa yang banyak menyiarkan aksi ganas.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat perlu bersama-sama membanteras kegiatan jenayah agar hidup lebih harmoni/aman.
RUMUSAN CONTOH
Petikan membincangkan langkah-langkah membanteras jenayah di Malaysia.
Kerajaan menyediakan RM 1 bilion untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2010. Bajet juga disalurkan untuk menambah baik logistik. Kerajaan mempertingkatkan latihan dan kecekapan 3,000 anggota RELA. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan rondaan bersama-sama dengan polis. Kerajaan dan NGO saling membahu meningkatkan kempen pencegahan jenayah. Kerajaan dan NGO melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti masyarakat. Masyarakat bekerjasama dengan polis melalui perkongsian maklumat. Masyarakat perlu dibudayakan dengan sikap antijenayah sepanjang masa. Sekolah-sekolah menengah seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.
Usaha terhalang oleh sikap masyarakat yang kurang memberi kerjasama. Masyarakat juga sibuk dengan urusan masing-masing.Kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan mereka juga menjadi halangan usaha ini. Media massa pula banyak memberi ruang untuk penyiaran bahan jenayah.
Kesimpulannya, masyarakat perlu bersama-sama membanteras kegiatan jenayah agar hidup lebih harmoni dan aman.
(118 patah perkataan)
SEMOGA ANDA SEMUA MEMPEROLEH MANFAAT & PANDUAN MELALUI PAPARAN BAHAN ULANG KAJI INI, INSYA-ALLAH
(c)shuhaimisulaiman mrsm transkrian, nibong tebal, pulau pinang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan