Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
18 Februari 2011
16 Februari 2011
MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1 MRSM TRANSKRIAN : CATATAN HARI PERTAMA & KEDUA
Catatan Hari Pertama 14 Februari 2011
Minggu Aktiviti MRSM Transkrian bagi Semester 1 yang bertemakan '1 Aspirasi,I Usaha,1 Realiti' bermula dengan acara merentas desa antara rumah. Lima buah rumah sukan iaitu TUAH,JEBAT,LEKIR, LEKIU & KASTURI terlibat dalam acara ini. Rumah TUAH (Merah) muncul sebagai juara.
Seterusnya, pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, setelah selesai acara merentas desa, semua pelajar telah menghadiri ceramah 'Sains Dalam Islam' yang diadakan di Dewan Ibnu Sina (DIS).
Pada sebelah petang, pihak Jabatan Bomba telah memberi taklimat keselamatan dan melakukan demonstrasi mencegah kebakaran kepada semua pelajar. Aktiviti ini dijalankan di tapak perhimpunan maktab.
Catatan Hari Kedua 15 Februari 2011
14 Februari 2011
SALAM MAULIDUR RASUL - 12 RABIUL AWAL 1432H
Petikan daripada: http://ummatanwasatan.net
Bulan Rabiulawal Tahun Gajah mengingatkan kita akan kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w. Justeru kita memperingati Maulud Nabi s.a.w untuk mengungkapkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah s.a.w yang tercinta.
Perayaan atau peringatan Maulid yang disambut pada bulan Rabiulawal adalah sebagai pernyataan daripada cinta Muslim kepada Nabinya. Sejarah mencatat bahawa asal mulanya perayaan ini diadakan pada abad keempat Hijrah setelah tentera salib menyerbu Palestin yang ketika itu terletak dalam kekuasaan umat Islam. Kemenangan ini disambut dengan perayaan Hari Natal secara besar-besaran. Lantas bagi mengembalikan kembali semangat umat Islam yang kian luntur itu, maka diadakan perayaan Maulid Nabi. Setelah 200 tahun lamanya dijajah, akhirnya tentera salib berjaya diusir dari Palestin di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi.
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang teragung dalam sejarah peradaban manusia. Dari perspektif agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul utusan Allah s.w.t yang menjadi ‘pemberi peringatan’, mula-mula bagi bangsa Arab, dan kemudian bagi seluruh umat manusia.
Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda, tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam. Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul, serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah, sehingga Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda.
Mengingati Rabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada tahun ini (bersamaan pada 15 Feb 2011 benar-benar menjadi titik tolak kesedaran umat Islam di negara ini bagi memperkukuh perpaduan serta meningkatkan iman, takwa, dan amal salih. Kita imbas dan gali kembali perjuangan Rasulullah s.a.w dengan niat mencontohi dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang keagungan dan keprihatinan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi teladan bagi semua peringkat manusia. Baginda adalah sebaik-baik makhluk Tuhan seluruh alam.
Perayaan yang kita sambut adalah sebagai bukti cinta, iaitu kenikmatan menyebut nama orang kita cintai. Dalam satu peristiwa setelah Nabi s.a.w wafat, Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan. Bagaimanapun, setelah didesak oleh orang ramai termasuk Sayidatina Fatimah r.a (semoga Allah merahmatinya), akhirnya Bilal kembali melaksanakan tugasnya.
Ketika azan dikumandangkan dan sampai kepada kata “asyhadu anna Muhammad…” suara Bilal terhenti. Kemudian suaranya tersekat-sekat dan beliau menangis semahu-mahunya.
Nama “Muhammad” kekasih yang baru saja kembali kepada Rabbul Izzati, menggetarkan jantung Bilal. Bagi Bilal, beliau berhenti mengumandangkan azan kerana nama itu mengingatkan beliau kepada kehilangan besar kepada seluruh umat Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dekat dengan aku hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat ke atasku.”
Dalam pada kita merayakan Maulidur Rasul bagi tujuan membangkitkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w, jangan pula kita melakukan perkara-perkara mungkar yang akan merosakkan suasana perayaan tersebut.
Umat Islam dituntut bukan sekadar untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w tetapi memantapkan rasa cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan yang tidak ternilai.
Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohonkan maghfirah untuk Nabi s.a.w serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada baginda dan keluarga baginda.
Keluhuran budi Nabi s.a.w bukan hanya dinyatakan oleh Allah dan diyakini umat Islam, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia,” malahan diakui oleh kawan dan lawan.
Malah ketika diminta untuk mengutuk, Nabi s.a.w membalas, yang bermaksud: “Aku bukan diutus sebagai pengutuk, tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan penyebar rahmat.”
Sifat kasih sayang Nabi s.a.w terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada seorang manusia pun yang lebih tinggi rasa kasih sayangnya, lemah-lembutnya serta perbuatan atau amal baiknya kepada makhluk Tuhan.
Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua. Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tidak ada Tuhan selain daripadaNya, Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Sebab itu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Utusan-Nya, nabi yang ummi yang percaya kepada Allah dan perkataan-perkataan-Nya. Ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk.” (Al-A’raaf: 158)
Keagungan Nabi s.a.w menjadikan baginda sebagai teladan yang terbaik sekali gus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Baginda menziarahi orang-orang sakit, bersama-sama mengiringi jenazah dan memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak.
Kesopanan dan kesantunan baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap yang terpuji yang baginda tunjukkan terhadap orang-orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjung tinggi.
Dalam kesibukan baginda memimpin, baginda sentiasa menerima sesiapa pun yang datang dengan tangan terbuka dan berlapang dada walaupun seorang Badwi yang kasar sifatnya.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat.” (Al-Ahzab: 21)
11 Februari 2011
ULASAN SAJAK 'ARKITEK KOTA'
Ulasan Sajak : ARKITEK KOTA Karya DR. MUHAMMAD HJ SALLEH
Teks : DIGAHAYU BAHASAKU
Teks : DIGAHAYU BAHASAKU
Kota, Tamadun dan Bangsa : Satu Penilaian Penyair
pandangan: http://hasyuda-abadi.blogdrive.com/
Bagi penyair di mana-manapun di dunia ini, kota dilihat sebagai sebuah lautan yang sentiasa bergelombang. Kadang-kadang mereka memandang kota sebagai sebuah hutan belantara yang subur akibat pembajaan yang sempurna; ada waktunya penyair memetik bunga rahsia kota sebagai gelanggangnya bermain kata bersama segala hal yang menjanjikan makna tersendiri sebenarnya.
Kota sebagai pusat kebanyakan aktiviti meriwayatkan kelangsungan kehidupan. Degupannya sering juga membawa kesegaran semula yang mula tenggelam malah sebaliknya tetapi kota tidak selamanya memberi kebahagiaan yang hakiki. Tetapi pada masa yang melahirkan benih daripada pengamatan, pentafsiran dan juga penghayatan yang menyediakan pengalaman baru kepada penyair itu dan orang lain. Saya ingin mengetengahkan pencernaan fikrah penyair Malaysia tentang pengamatannya mengenai kota dan pembinaan tamadun.
Kota sebagai pusat kebanyakan aktiviti meriwayatkan kelangsungan kehidupan. Degupannya sering juga membawa kesegaran semula yang mula tenggelam malah sebaliknya tetapi kota tidak selamanya memberi kebahagiaan yang hakiki. Tetapi pada masa yang melahirkan benih daripada pengamatan, pentafsiran dan juga penghayatan yang menyediakan pengalaman baru kepada penyair itu dan orang lain. Saya ingin mengetengahkan pencernaan fikrah penyair Malaysia tentang pengamatannya mengenai kota dan pembinaan tamadun.
Seperti membina sebuah bangunan, hanya arkitek saja yang lebih memahami struktur binaan. Demikian halnya bagi penghuni kota yang bertindak sebagai arkiteknya. Dari sajak ‘Arkitek Kota’, Muhammad Haji Salleh merakamkan:
hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut,
kenal gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota’
Beginikah seharusnya pemilik kota yang mengimpikan keberadaannya begitu mengerti agar nikmat kota itu ditemukan dalam kemungkinan-kemungkinan yang digambarkan. Penghuni kota harus menghargai keindahan alam kerana merekalah pewaris bagi membina keindahan iaitu sebuah tamadun. Kata Dr. Muhammad,
pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.
dia pengukir ruang hidup
penghias suasana sempurna
membenarkan penemuan
memungkinkan kemungkinannya.
Amat jelas disedari bahawa kota atau bandar yang ditakrif sebagai pusat segala kemajuan bermula itu menjadikan kemanusiaan lebih bertanggungjawab terhadap pembinaan sebuah tamadun bangsa. Namun demikian seperti dijelaskan tadi bahawa kehidupan kota semata-mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sesebuah tamadun tetapi dibantu oleh perletakan aspek-aspek yang menekankan ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang dan adat resam di tempat yang tinggi. Penghijrahan atau perpindahan daripada sebuah kota kepada bandar raya menjadi isyarat betapa warganya melangkah setapak lagi dalam peradaban dan kemakmuran hidup bak kata ‘bandar raya’ itu sinonim dengan istilah ‘masyarakat madani’.
Kerana itu juga taraf bandar raya bukan sekadar perubahan dan peningkatan kualiti dari sudut fizikal, tetapi kedudukan teratas bandar raya menuntut kesediaan warganya berusaha serta berazam meningkatkan kecemerlangan dari sudut ketahanan dalaman dengan kekuatan spiritual dan kemantapan dari aspek mental yang mana kedua-dua faktor ini menjadi teras kepada kejayaan sesebuah peradaban atau tamadun. Tamadun yang terkenal dalam sejarah manusia adalah hasil budaya yang sesuai dengan pembentukan dan pencapaian tamadun berkenaan.
07 Februari 2011
PENDAFTARAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 MRSM TRANSKRIAN - 7 FEBRUARI
Sebentar tadi telah berlangsung urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 MRSM Transkrian. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi. Seramai 118 orang pelajar tingkatan 1 dan 141 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri. Pendaftaran yang diadakan di Dewan Ibnu Sina (DIS) telah berjalan dengan lancar. Pihak Tabung Haji turut serta memeriahserikan suasana dengan membuka kaunter perkhidmatan.
Turut mengiringi anaknya mendaftarkan diri ialah Pengetua MRSM Balik Pulau (berdiri di tengah), Hj Manab Abdul Majid yang merupakan Ketua Jabatan Matematik MRSM Transkrian dari 2003-2008.
YB Adun Sungai Acheh, Dato'Haji Mahmud bin Zakaria telah merasmikan Minggu Haluan Pelajar untuk tingkatan 1 & 4 ini.
03 Februari 2011
SELAMAT DATANG KE MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG
Pada 7 Februari 2011, kami akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 1 dan pelajar-pelajar lama maktab serta sebahagian pelajar baru untuk Tingkatan 4. Saya bagi pihak pengetua, guru-guru dan warga kerja maktab mengucapkan Selamat Datang kepada para pelajar dan ibu bapa sekalian ke bumi MRSM Transkrian .
Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang Perai Selatan, maktab ini yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002 ( 1 April 2011, MRSM Transkrian akan berusia 9 tahun). Asal mulanya kawasan ini merupakan kawasan ladang. Lokasinya yang berhampiran dengan bandar Parit Buntar (Perak) menyebabkan beberapa pihak sering menganggap bahawa maktab ini terletak dalam negeri Perak. Berkemungkinan perkataan 'krian' itu telah disamakan dengan daerah Kerian sedangkan nama Krian Laut adalah panggilan biasa orang tua-tua bagi kawasan Nibong Tebal.
View Larger Map
Bagi saya, nama Transkrian pada maktab ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Berdasarkan American Heritage Dictionary, 'trans' bermaksud merentasi sesuatu, melampaui sesuatu atau berubah secara menyeluruh. Transkrian bermaksud merentasi kawasan Krian. Dalam konteks MRSM Transkrian,, definisi ini amat bertepatan dengan slogan yang selama ini diguna pakai iaitu 'Better Than The Best' . Slogan MRSM Transkrian ini terhasil dalam tahun 2002 cetusan idea Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik pada masa itu, Encik Noor Hassan Hj Hussain (kini Pengetua MRSM Terendak) . Maksud slogan ini adalah untuk menjadikan MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan yang mencipta kecemerlangan yang lebih unggul dalam kalangan yang terbaik berdasarkan kriteria dan amalan penandaarasan yang telah ditetapkan justeru mengharapkan semua warga maktab ini berusaha pada tahap yang amat tinggi dan terus bersedia untuk menjulang nama maktab dalam pelbagai bidang.
Kecemerlangan MRSM Transkrian kita doakan, insya-Allah akan berterusan apabila Pengetua sekarang, Hj Shamsudin Suip memperkenalkan 'tagline' maktab pada awal 2009 iaitu ,A Thinking And Enriching College'. MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, akan menjadikan budaya berfikir dan aktiviti pengayaan senrtiasa subur dan bugar dalam dalam semua aspek di sini.
Kecemerlangan MRSM Transkrian kita doakan, insya-Allah akan berterusan apabila Pengetua sekarang, Hj Shamsudin Suip memperkenalkan 'tagline' maktab pada awal 2009 iaitu ,A Thinking And Enriching College'. MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, akan menjadikan budaya berfikir dan aktiviti pengayaan senrtiasa subur dan bugar dalam dalam semua aspek di sini.
Terdapat tiga buah institusi pendidikan utama yang menjadi jiran maktab iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah dan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Kawasan petempatan termasuklah Taman Ilmu, Ladang Transkrian, Taman Pekaka, Taman Sempadan, Taman Transkrian dan Kampung Seri Ampangan.
Langgan:
Catatan (Atom)


















