Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
23 Ogos 2010
17 Ogos 2010
TERIMA KASIH MRSM PENDANG, KEDAH DARUL AMAN !
Pada 14 Ogos yang lalu saya telah diundang oleh Maktab Rendah Sains MARA Pendang yang terletak di Mukim Ayer Putih Dalam, Bukit Jenun, Pendang untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
Terima kasih kepada Pengetua MRSMPDG , Gg Nur Rosmah Abdul Wahab (Guru Kanan Bahasa Melayu) dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain terutama Cg Shurdi yang mengundang saya ke sana. Respons 128 pelajar MRSM Pendang amat baik dan menyenangkan hati. Saya mendoakan pelajar-pelajar MRSM Pendang agar dikurniai Allah SWT kejayaan 100% A+ dalam subjek Bahasa Melayu seperti yang saya doakan untuk pelajar-pelajar saya di MRSM Transkrian dan pelajar-pelajar sekolah isteri saya di SMT Seberang Perai, Bukit Mertajam, insya-Allah.
(c) cikgu shuhaimi
Terima kasih kepada Pengetua MRSMPDG , Gg Nur Rosmah Abdul Wahab (Guru Kanan Bahasa Melayu) dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain terutama Cg Shurdi yang mengundang saya ke sana. Respons 128 pelajar MRSM Pendang amat baik dan menyenangkan hati. Saya mendoakan pelajar-pelajar MRSM Pendang agar dikurniai Allah SWT kejayaan 100% A+ dalam subjek Bahasa Melayu seperti yang saya doakan untuk pelajar-pelajar saya di MRSM Transkrian dan pelajar-pelajar sekolah isteri saya di SMT Seberang Perai, Bukit Mertajam, insya-Allah.
(c) cikgu shuhaimi
16 Ogos 2010
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2010 16 OGOS-20 OGOS 2010
09 Ogos 2010
02 Ogos 2010
TERIMA KASIH SM VOKASIONAL BALIK PULAU !

Pada 24 Julai yang lalu saya telah diundang oleh Panitia Bahasa Melayu SM Vokasinonal Balik Pulau ( saya lebih gemar menyebutnya sebagai Teknik Balik Pulau) untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. aluTerima kasih kepada Pengetua SMVBP , Puan Latifah Yusof, Cg Salina Sahid (Ketua Panitia Bahasa Melayu) dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain serta Cg Shama Kamaludin (Ketua Jabatan Bahasa) yang mengundang saya ke sana. Respons pelajar-pelajar amat baik dan menyenangkan hati.
Terima kasih khas buat isteri saya, Puan Zainiah Mohd Ali yang sudi menemani saya ke sana di samping berkongsi pengalaman beliau semasa bertugas di Teknik Balik Pulau (1993-2001) dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 tersebut.
(c)cikgu shuhaimi20 Julai 2010
ULANG KAJI MENGHADAPI SPM 2010 SIRI 2
PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (2) * Untuk soalan pemahaman 2d yang melibatkan sama ada puisi tradisional atau sajak, teks-teks berikut, masih belum dipilih untuk diuji dalam SPM (baik Jun mahupun November) : Syair Kelebihan Ilmu & Pantun Enam Kerat (Kerusi), Di Ruang Gemanya, Duhai Pentafsir (Kerusi) dan Jalan-Jalan Raya Kotaku (Anak Laut). Selain itu, Syair Jong Pecah (karya Adibah Amin) juga perlu diberi perhatian memandangkan syair ini agak panjang dan hanya sebahagian syair yang dipilih untuk diuji dalam SPM Jun 2002. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada keenam-enam teks tersebut dengan tidak mengetepikan teks yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui
* Untuk Soalan 3: Pengetahuan & Kemahiran Bahasa, saya berharap agar para pelajar memberikan perhatian kepada soalan 3b yang berupa soalan yang berfokuskan aspek sintaksis atau ayat dan soalan 3e yang berupa soalan Peribahasa. Soalan 3a, 3c dan 3d merupakan soalan yang tidak banyak mengalami perubahan. Antara aspek daalam soalan 3b yang perlu diberi perhatian adalah:
* Untuk Soalan 3: Pengetahuan & Kemahiran Bahasa, saya berharap agar para pelajar memberikan perhatian kepada soalan 3b yang berupa soalan yang berfokuskan aspek sintaksis atau ayat dan soalan 3e yang berupa soalan Peribahasa. Soalan 3a, 3c dan 3d merupakan soalan yang tidak banyak mengalami perubahan. Antara aspek daalam soalan 3b yang perlu diberi perhatian adalah:(i) menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
(ii) menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
(iii)menukarkan karangan biasa kepada dialog
(iv)mengenal pasti jenis ayat/ bentuk ayat
(v) menggabungkan ayat/ mencerakinkan ayat
(vi) mengenal pasti jenis kata
* Kepada calon SPM 2010 yang ingin mendapatkan soalan Bahasa Melayu peperiksaan Percubaan SPM bagi beberapa buah negeri yang akan bermula tidak lama lagi, sentiasalah melayari laman blog rakan-rakan saya seperti Cg Samat Buang, Cg Abdul Razak dan Cg Zaki. Saya tidak akan memuatnaikkan soalan-soalan tersebut kerana saya yakin rakan-rakan saya ini akan berbuat demikian dan bolehlah anda semua melawat laman blog mereka melalui pautan yang disediakan.
(c) shuhaimi sulaiman
19 Julai 2010
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PRAPERCUBAAN SPM 2010 19-30 JULAI 2010
Saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Prapercubaan SPM 2010 kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 MRSM Transkrian . Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya-Allah. Sasarkan markah 93 ke atas untuk subjek Bahasa Melayu!
Langgan:
Catatan (Atom)
