
Semoga kehadiran tahun baru Hijrah ini mendatangkan keberkatan dan keimanan kepada kita semua. Amin !
Laman Blog Panduan Bahasa Melayu SPM dan Pelbagai Info Tentang MRSM Transkrian. Dikendalikan oleh Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Alhamdulillah, pada tanggal 3 Disember 2009 yang lalu, genap setahun usia laman blog ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak terutama kepada rakan-rakan guru Bahasa Melayu sama ada yang bertugas di MRSM seluruh Malaysia mahupun di sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran, pelajar-pelajar yang mengambil SPM dan sesiapa sahaja yang sering melawat blog CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM ini.
Kejayaan adalah daripada hasrat seseorang itu sendiri untuk mencapainya. Apabila tercetus hasrat untuk berjaya, maka seseorang itu akan berusaha untuk mencapainya dengan segemilang yang mungkin.
Justeru bagi seseorang yang ingin berjaya, matlamat dan hasratnya perlu jelas. Jiwanya juga perlu kuat kerana sepanjang jalan untuk mencapai kejayaan itu, dia bakal menempuh pelbagai halangan dan cabaran yang kadang kala amat menyakitkan. Oleh itu, dalam usaha untuk berjaya, seseorang itu perlu ada perancangan yang teliti ke arah kejayannya. Setiap hari yang dilalui perlu diisi dengan hal-hal yang berfaedah. Sebagai pelajar yang ingin berjaya, para pelajar perlu siap dengan perancangan kejayaan para pelajar sekalian.
Assalamualaikum wrb
DRAMA - JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
DRAMA- SERUNAI MALAM
MAJID:Tadi aku tengok...(diam tidak meneruskan cakapnya).
UMAR:(Hairan) Ayah tengok apa?
MAJID:(Sedikit ragu) Piah.
UMAR:(Bertambah hairan) Piah? Kenapa ayah?
MAJID : Selalu dia begitu?
UMAR: (Ingin tahu) Apa ayah?
MAJID : Dia pakai seluar.
UMAR : (Mengerti) Sesekali kalau hari Sabtu atau minggu. Nak ringkas. 2
MAJID : Nak ringkas tu betullah. Tapi kutengok macam sarung nangka.
UMAR : Mmmmm! (Tak tahu menjawab)
MAJID : Kalau Lebai Dolah tengok......pengsan agaknya.(senyum lucu)
UMAR : (Ikut senyum) Sekarang ni...(tidak meneruskan cuba mengalih perbualan) ayah balik besok, ya?
MAJID : Pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : (Melihat jam tangannya) Pukul dua belas empat puluh.
MAJID : Aku tanya pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : Ooo, konvokesyen? Pukul dua setengah. Tetapi pukul dua kita mesti ada di sana.
MAJID : (Bangkit berdiri) Kalau gitu biarlah ayah sembahyang dulu. Dah masuk Zuhur ni.(Keluar)
Soalan
(i) Apakah maksud frasa macam sarung nangka yang terdapat dalam petikan drama di atas? [2 markah]
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Majid mempersoalkan pakaian Safiah kepada Umar? [ 3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]
Panduan Isi
(i)frasa macam sarung nangka...
- seluar jeans yang dipakai Safiah terlalu ketat.
(ii)Majid mempersoalkan pakaian Safiah kepada Umar kerana...
- Pakaian Safiah kurang sopan.
- Majid mengharapkan Umar menegur cara Safiah berpakaian.
- Pakaian itu tidak sesuai dipakai oleh seorang gadis Melayu.
- Safiah tidak menghormati Majid sebagai bakal bapa mertuanya.
- Majid seorang yang berpegang kuat kepada agama.
(alasan-alasan lain yang munasabah diterima)
(iii) satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
dalam petikan:
- Persoalan mentaati agama. Contoh: Majid tidak lupa menunaikan fardu Zuhur walau di mana sahaja berada.
- Persoalan masyarakat kota yang masih dipengaruhi pemikiran barat. Contoh: Safiah yang berpakaian cara barat iaitu memakai seluar jeans ketat.
dalam drama:
- Persoalan perasan cinta orang muda. Contoh: Walaupun berbeza pendapat tentang kerjaya, Safiah tetap menurut kehendak Umar untuk menjadi guru kerana cintanya terhadap Umar.
- Persoalan semangat nasionalisme. Contoh: walaupun Umar berkelulusan universiti, dia tetap ingin menjadi guru mendidik anak bangsa dan bertugas di pedalaman.
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah
(c)cikgumie
Panduan Isi
i. Maksud tika gerimis menabur benih ialah ...
semasa/apabila/ketika/ hujan rintik-rintik/renyai mula turun/bermula
ii. Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin ...
… penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak berkuasa
... pendidikan tentang keselamatan jalan raya/sivik di sekolah
... melalui kempen oleh kerajaan/NGO/swasta
... pemantapan kurikulum sekolah pemanduan
... operasi/rondaan/pemantauan oleh pihak polis/JPJ/Majlis Keselamatan Jalan Raya
... kesedaran individu mematuhi peraturan jalan raya
iii. Tiga sifat pengguna jalan raya yang ingin digambarkan oleh penyajak...
...tidak sabar
…sombong
…terlalu emosional
…mementingkan diri sendiri
...mudah bosan
...cepat marah/panas baran
...tidak bersopan santun
...tidak berperikemanusiaan
Semoga pelajar/calon SPM memperoleh manfaat daripada pemaparan bahan ini, insya-Allah(c)cikgumie
#FOKUS KEDUA (Selepas selesai ulang kaji fokus UTAMA)
#FOKUS KETIGA (Selepas selesai ulang kaji fokus KEDUA)

Pembuka Bicara
Novel Tingkatan 4 - Azfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
ZON 2 : SELANGOR, NEGRI SEMBILAN, WP KUALA LUMPUR & WP PUTRAJAYA
Panduan Isi Untuk Latihan Pemahaman 2c & 2d dalam Siri 4 & 5.
JEJAK-JEJAK KEJAYAAN
SEDUTAN SAJAK DARIPADA NOVEL 'JULIA"
SEDUTAN DARIPADA BLOG SITI HUMAIRAH
1 Panduan Isi Untuk Latihan Merumuskan Karangan dan Pemahaman 2a dalam Siri 1 & 2
Panduan Isi Pemahaman 2a
i. maksud rangkai kata menjanakan pemikiran yang lebih positif....
... menghasilkan/melahirkan/mengeluarkan/sesuatu cara/pendekatan/idea yang
bertambah/semakin baik.
ii. dunia Blog tidak lagi dianggap sebagai aktiviti elit penulis kerana…
… sesiapa sahaja mampu menulis blog asalkan ada keinginan dan minat.
... pembukaan laman blog tidak memerlukan kepakaran dalam teknologi maklumat.
... penulisan laman blog juga tidak memerlukan kepakaran dalam teknologi maklumat.
iii. cara menggalakkan minat remaja melibatkan diri dalam aktiviti penulisan
blog adalah dengan...
... kerajaan/NGO menganjurkan pertandingan penulisan blog di peringkat sekolah dsb
... kerajaan menyebarkan maklumat melalui media massa/ media elektronik/media cetak.
… guru menjadikan penulisan blog sebagai salah satu pengisian pengajaran & pembelajaran
… kerajaan menjalankan kempen menggalakkan remaja menulis blog.
… ibu bapa menyediakan kemudahan teknologi maklumat di rumah
... sekolah menubuhkan kelab blog
... setiap persatuan/kelab di sekolah mempunyai blog
2. Isu-isu Yang Telah Disentuh Dalam Soalan Merumuskan Karangan (SPM Nov 1994-SPM Jun 2009)
Isu- isu berikut telah disentuh atau disoal dalam soalan Merumuskan Karangan
-usaha anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba mengatasi masalah kebakaran (SPM Nov 1994)
-amalan perniagaan yang kurang sihat(SPM Jun 1995)
-kesan pembangunan terhadap institusi keluarga (SPM Nov 1995)
-peranan telekomunikasi canggih di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 (SPM Jun 1996)
- faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan permainan video dalam kalangan belia.(SPM Nov 1996)
-kesan penggunaan internet di negara ini (SPM Jun 1997)
-akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang (SPM Nov 1997)
-keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini (SPM Jun 1998)
-kepentingan belia menguasai isu antarabangsa (SPM Nov 1998)
-akibat pembakaran hutan secara terbuka (SPM Jun 1999)
-kekangan dalam penerbitan buku ilmiah di negara kita (SPM Nov 1999)
-keistimewaan penternakan ikan sangkar di laut terbuka (SPM Jun 2000)
-faktor-faktor penghalang kemajuan sektor pertanian di Malaysia (SPM Nov 2000)
-kekangan yang akan dihadapi dalam memberikan kuasa polis bantuan kepada pentadbir sekolah untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar (SPM Jun 2001)
-tanggungjawab penulis (SPM Nov 2001)
-peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara (SPM Jun 2002)
-langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan (SPM Nov 2002)
-langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat (SPM Jun 2003)
-kepentingan pelabelan makanan (SPM Nov 2003)
-masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia (SPM Jun 2004)
-faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik (SPM Nov 2004)
-cara-cara mengurus tekanan (SPM Jun 2005)
-faedah-faedah hidup berjiran (SPM Nov 2005)
-kelebihan kcrja berpasukan (SPM Jun 2006)
-cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa ( SPM Nov 2006)
-kepentingan terumbu karang di Malaysia (SPM Jun 2007)
-tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah (SPM Nov 2007)
-faedah membaca (SPM Jun 2008)
-faedah-faedah penerokaan angkasa lepas (SPM Nov 2008)
-punca-punca keracunan makanan (SPM Jun 2009)
3. Isu-isu Yang BOLEH Disentuh Dalam Soalan Merumuskan Karangan SPM Mendatang...
Isu atau aspek berikut boleh disentuh atau disoal dalam soalan Merumuskan Karangan DAN pemahaman 2a.
-kelebihan mengamalkan gotong-royong dalam kalangan rakyat Malaysia
Syarat kelayakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperketat mulai tahun depan. Hal ini adalah berikutan pengiraan merit untuk pemohon yang akan menggunakan penggredan baru iaitu kelulusan A+. Kaedah pengiraan markah tersebut bertujuan memilih pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada.
Calon-calon yang akan menduduki SPM 2009 dan para pendidik boleh merujuk Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) pelajar yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia .KMJ merupakan ulasan tentang jawapan pelajar hasil daripada pengamatan,pemeriksaan,penilaian dan cadangan para pemeriksa bagi setiap kertas . KMJ SPM 2003-2007, boleh dijadikan panduan untuk para calon menghasilkan jawaban pada tahap cemerlang seperti yang sangat-sangat diharapkan oleh para pendidik. Rujukilah ulasan LPM tentang prestasi calon dalam kertas Bahasa Melayu SPM 2007.
(c) cikgumie