
Kaedah tersebut juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan pelajar yang dulunya mendapat gred 6C (kepujian) tidak diturun taraf ke gred lebih rendah.
Melalui penggredan baru, pelajar yang memperoleh A kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu A+, A dan A-. Ini bermakna mereka yang mendapat A+ bakal memperoleh nilai markah bagi pengiraan merit sebanyak 18, A (16) manakala A- (14).
Ringkasan nilai markah bagi pengiraan merit:
18 markah = A +
18 markah = A +
16 markah = A
14 markah = A -
12 markah = B+
10 markah = B
08 markah = C+
06 markah = C
04 markah = D
04 markah = D
02 markah = E
00 markah = G
Dan, sebagai contoh untuk persediaan pelajar, jika sebelum ini keseluruhan A bagi sesuatu subjek dikira berdasarkan markah 90-100 tetapi melalui penggredan baru ini akan ada pemerincian seperti 99-100 (A+), 98-95 (A) manakala 94-90 (A-).
Syarat khas program pengajian dan pemilihan calon ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi. Pertama, kaedah sedia ada bagi calon lepasan SPM 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009. Kaedah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.
utusan.com.my
utusan.com.my
(c)cikgumie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan