06 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Salam Maaf Hijrah kepada semua...semoga kita dirahmati dan diberkati Allah sentiasa. Hijrah itu perjuangan. Hijrah itu pengorbanan. Amin.


03 Disember 2010

ULANG TAHUN KEDUA BLOG CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM - 3 DISEMBER 2010

Alhamdulillah, hari ini genaplah 2 tahun laman blog ini beroperasi secara rasmi.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua sama ada pelajar, rakan-rakan pendidik dan sesiapa jua atas kesudian melayari laman blog CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM ini. Semoga kita semua dikurniai Allah hidayah, celik akal dan keupayaan untuk membina kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Saya berdoa agar para pelajar mampu memperoleh A+ dalam subjek ini. Laman blog ini, insya-Allah akan terus menjadi satu wahana penyebaran ilmu dalam subjek Bahasa Melayu dan wadah untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan menjanakan kemahiran berbahasa Melayu mereka .Terima kasih atas sokongan semua pihak .


26 November 2010

NOVEL KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 UNTUK SPM MULAI 2011 (NOVEMBER) BAGI NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK & PERLIS

Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah bertemakan pengorbanan. Novel berkisar pada kisah pengorbanan seorang gadis remaja bernama Azfa Hanani, pelajar tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian dalam membantu orang lain .
i)Berkorban untuk meringankan beban keluarga
Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak longnya yang terpaksa menanggung pembelajarannya.
Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu pak longnya mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh.
ii)Berkorban demi kesejahteraan orang lain.
Azfa Hanani juga berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni agar dapat membantu dan memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak menghadapi tekanan jiwa sekiranya mengetahui bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia . Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
iii)Berkorban perasaan sendiri
Azfa Hanani juga mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah lebih-lebih lagi apabila Azfa Hanani merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.




NOVEL KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 UNTUK SPM MULAI 2011 (NOVEMBER) BAGI NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK & PERLIS


Novel Kembara Amira oleh Amir Hmzah L.Kadir bertemakan pengembaraan. Pngembaraan melibatkan seorang remaja bernama Amira dalam mematangkan hidupnya.
i)Pengembaraan menjejaki tamadun manusia.
Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam kerja lapangan atau ekskavasi men
jejak kewujudan tamadun di Bukit Mat Raya. Pengembaraan Amira ditemani sahabat baiknya, Jacinta. Gambar penemuan tulang karpus di situ telah dimasukkan dalam laman web ibu.
ii)Pengembaraan untuk merungkai misteri
Pengembaraan Am
ira bermula apabila Itai berkongsi maklumat tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut. Penduduk orang Asli di kawasan tersebut marah dengan tindakan Itai . Jika orang bandar mengetahui kewujudan lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.
Malique pula telah disembunyikan oleh Tau. Tau menyamar sebagai lembaga berbulu. Tau sebenarnya ialah bapa kandung Malique . Keadaan semakin gempar apabila diketahui bahawa Itai ialah adik Malique.
iii)Pengembaraan kerjaya
Amira akhirnya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek IT.

25 November 2010

ANTOLOGI TEKS KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 UNTUK SPM MULAI 2011 (NOVEMBER)



PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Empat Kerat (Budi)
2. Pantun Empat Kerat (Jenaka & Sindiran)
3. Syair Definisi Orang Berakal
4. Syair Siti Sianah
5. Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
6. Seloka Emak Si Randang

SAJAK
1. Harga Remaja Rahman Shaari
2. Di Perpustakaan Shafie Abu Bakar
3. Mengintai Ruang Insaf Shukri Abdullah
4. Mahsuri Zurinah Hassan
5 Adat Sezaman Wan Nazihah Wan Abdullah
6. Tiba Waktunya Ghazali Lateh
Sajak Harga Remaja bertemakan ketinggian nilai usia remaja. Nilai usia remaja diukur berdasarkan pengisian-pengisian yang berfaedah. Persoalan memanfaatkan khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan pula terdapat dalam sajak Di Perpustakaan. Sajak Mengintai Ruang Insaf mengutarakan isi yang sarat dengan nilai keinsafan, nilai rasional dan nilai kesedaran. Persoalan tentang sumpah dan dendam akibat kezaliman terdapat dalam sajak Mahsuri yang mengetengahkan kisah Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Langkawi. Tema perubahan tradisi akibat arus modenisasi terpancar dalam sajak Adat Sezaman. Sajak Tiba Waktunya pula amat menitiberatkan peranan wanita dalam masyarakat.

PROSA TRADISIONAL
1. Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
2. Merah Silu
3. Hikayat Indera Nata
4. Hikayat Khoja Maimun.
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa mengutarakan Awang Sulung Merah Muda sebagai watak utama yang digambarkan memiliki kehebatan dan kelebihan seperti menukarkan air laut yang masin menjadi manis dan pelbagai lagi. Turut diselitkan perihal cinta Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap Awang Sulung walaupun pada ketika itu Awang comot dan hitam. Cerita Merah Silu pula menekankan aspek ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Hikayat Indera Nata menjurus persoalan keberanian menghadapi rintangan dan tolong-menolong sesama manusia. Indera Nata yang mempunyai sifat berani telah menyelamatkan tujuh orang puteri daripada menjadi tawanan raksasa. Hikayat Khoja Maimun pula memfokuskan cerita-cerita teladan yang disampaikan oleh Bayan tentang pentingnya kesetiaan seorang isteri dan menghindarkan diri daripada berlaku curang


CERPEN
1. Ibu Dan Ceper Shahnon Ahmad
2. Memori Seorang Tua Zahari Affandi
3. Israk Erda Roslan Khairi
4. Pemain Catur Zaharah Nawawi
5. Mellisa Abdullah Hussain
6. Biarkan Samudera
Raihanah Salleh
Cerpen Ibu dan Ceper bertemakan kegigihan. Kisah berkisar kepada kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan. Ibu gigih mencari rezeki dan kehidupannya banyak dikaitkan dengan Sungai Ceper. Memori Seorang Tua pula mengetengahkan kisah seorang tua yang ingin berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara dengan cucu cicitnya dan penduduk kampung pada majlis hari lahirnya. Persoalan tentang kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya terdapat dalam cerpen Israk. Wah menyelamatkan cucunya, Israk yang hampir lemas walaupun cucunya itu melukakan hatinya. Cerpen Pemain Catur membawa mesej bahawa kita perlu memiliki semangat berani dalam menempuh sebarang cabaran. Cerpen Mellisa mengutarakan nilai-nilai kasih sayang, kegigihan dan keberanian. Mellisa gigih mencari maklumat tentang peristiwa 13 Mei 1969. Cerpen Biarkan Samudera memaparkan kisah Amirah yang menyendiri akibat konflik dalaman apabila rumah ayahnya akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan.


DRAMA
1. Gelanggang Tuk Wali Ismail Kassan
2. Forum Remaja 2020 Sharif Shaary
3. Cempaka Berdarah A.Rahim Abdu
llah
Tema atau pemikiran drama Gelanggang Tuk Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa. Tuk Wali mengajarkan ilmu persilatan kepada pemuda-pemudi kampung sejak 50 tahun lalu. Forum Remaja 2020 mengetengahkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berbincang tentang kepimpinan dan generasi yang berdisiplin selepas tersedar daripada mimpi bertemu dengan dua makhluk Utopia. Drama Cempaka Berdarah berkisar pada persoalan kasih sayang sesama insan dan mempertahankan hak dengan cara yang betul. Zaman dengan berani dan bersungguh-sungguh mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter yang mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini

Ulasan terperinci/latihan/panduan akan disiarkan dalam entri-entri mendatang, insya-Allah




ANTOLOGI TEKS KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 UNTUK SPM MULAI 2011 (NOVEMBER)

PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Enam Kerat
2. Pantun Lapan Kerat
3. Syair Makna Riak
4. Syair Pemberontakan Patani
5. Gurindam Tonggak Dua Belas
6. Seloka Si Luncai
Pantun Enam Kerat memberi penekanan kepada nilai kecekalan atau ketabahan terutama apabila menghadapi saat kecewa dalam pelbagai aspek perjuangan hidup termasuk percintaan. Pantun Lapan Kerat juga menerapkan nilai kecekalan atau kesabaran untuk berjaya dalam hidup. Nilai tanggungjawab juga terdapat dalam pantun ini.Syair Makna Riak pula mengemukakan tema sifat-sifat manusia yang riak.Sifat riak merupakan sifat yang dibenci Tuhan. Syair Pemberontakan Patani membawa mesej bahawa kita hendaklah setia kepada raja dan negara. Manakala Gurindam Tonggak Dua Belas menyeru kita untuk membina jati diri sebagai insan yang baik dan berguna demi nusa dan bangsa dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Dalam Seloka Si Luncai tersirat saranan agar kita menggunakan akal yang waras dalam mengambil apa-apa jua tindakan. Tindakan tanpa menggunakan akal akan hanya menghasilkan natijah yang merugikan diri sendiri dan negara.

SAJAK
1. Dirgahayu Bahasaku Ahmad Sarju
2. Kecek-(V) Awang Abdullah
3. Bangkitlah Rejab F.I
4. Pasar Perasaan T.Alias Taib
5. Di Bawah Langit Yang Sama Lim Swee Tin
6. Arkitek Kota Muhammad Haji Salleh

Sajak Dirgahayu Bahasaku oleh Ahmad Sarju bertemakan
semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan agar mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Di Bawah Langit Yang Sama mengajak manusia berfikir bahawa kita semua sama taraf walau di mana kita berada. Manusia mestilah mewujudkan hubungan harmoni dalam apa-apa jua situasi. Sajak Arkitek Kota membawa persoalan pembangunan kota yang dilihat dari pelbagai sudut atau aspek. Bangkitlah merupakan sajak yang bertemakan kesedaran anak bangsa untuk mengejar arus pembangunan pascakemerdekeaan. Nilai amanah, tanggungjawab dan kegigihan pula terdapat dalam sajak Kecek (V). Dalam sajak Pasar Perasaan, penyajak menyatakan betapa warung menjadi gelanggang untuk pelanggan atau pengunjung menyuarakan pendapat yang lebih dipengaruhi emosi.

PROSA TRADISIONAL
1. Hikayat Langlang Buana
2. Hikayat Siak
3. Dua Geliga Hikmat
4. Hikayat Opu Daeng Menambun

CERPEN
1. Pahlawan Buntung S.Othman Kelantan
2. Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Mohamed Latif Mohamed
3. Idola Zaen Kasturi
4. Penanggungan Wijala Mala
5. Hutan Rimba Sasjira
6. Tanggar Amanat Amaruszati Noor Rahim

DRAMA
1. Tiang Cengal Dinding Sayung Suriani Mohd Yusof
2. 1400 Noordin Hassan
3. Dato’ Onn Othman Hj Zainuddin



23 November 2010

CATATAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2010 (NOVEMBER)


Berikut dipaparkan catatan tentang Kertas 2 Bahasa Melayu SPM 2010 (November) yang berakhir pada pukul 4.30 petang tadi.

Soalan 1 Merumuskan Karangan Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat
Soalan 2b Pemahaman Petikan Cerpen ‘Lambaian Malar Hijau”
Soalan 2c
Pemahaman Petikan Klasik ‘Pertarungan Tuah Dan Jebat’
Soalan 2d Pemahaman Puisi Tradisional ‘Syair Kelebihan Ilmu’
Soalan 3b Membina ayat tanya dengan menggunakan kata yang betul
Soalan 3e Peribahasa – Mengisi tempat kosong
Soalan 4a Sebab-sebab novel yang dikaji menimbulkan kesedaran kepada pembaca (1 novel)
Soalan 4b Peristiwa yang berkait dengan nilai keberanian dalam novel yang dikaji (2 novel)

Insya-Allah, antologi ‘Anak Laut’ dan ‘Kerusi’ akan terus digunakan dalam Kertas

2 Bahasa Melayu SPM 2011 (Jun) manakala antologi ’Harga Remaja’ dan ’Dirgahayu Bahasaku’ akan digunakan untuk Kertas 2 Bahasa Melayu SPM 2011 (November)

Khusus untuk mereka yang ingin mengambil subjek Bahasa Melayu SPM 2011 (Jun), teks berikut belum dipilih untuk dijadikan bahan soalan sejak SPM 2001 (Nov)..
1. Cerpen ANNYYS SOPHILLEA
2. Klasik SABOR
3. Puisi Tradisional SELOKA PAK KADUK4.
Puisi Trasisional PANTUN ENAM KERAT
5. Sajak DUHAI PENTAFSIR
6. Sajak JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
7.
Sajak DI RUANG GEMANYA

(c)shuhaimisulaiman