01 November 2011

CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011 - SIRI 5

ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN
(KERTAS 2 )
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI-NEGERI/SBP/MRSM/YIK

NEGERI
TUGASAN SOALAN 
TEMA / KATA YANG SESUAI UNTUK PENDAHULUAN
JOHOR
peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar
tanggungjawab /tugas /kewajipan
KEDAH
kepentingan Klinik 1Malaysia dan cabaran dalam pelaksanaannya.
kebaikan /kelebihan /manfaat /faedah
KELANTAN
punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya
sebab /faktor
MELAKA
langkah-langkah meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan masalah-masalah perkhidmatan pengangkutan awam
 usaha /pendekatan /kaedah  /strategi  /tindakan
NEGRI SEMBILAN
keistimewaan sejarah dalam kehidupan dan langkah-langkah meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
kelebihan /kepentingan /faedah /kebaikan
PAHANG
usaha-usaha ke arah pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan dasar tersebut
langkah /pendekatan /kaedah  /strategi  /tindakan /cara /modus operandi
PERAK
cara-cara mengelakkan individu daripada keracunan makanan dan kepentingan makanan yang bersih kepada keluarga
langkah /pendekatan /kaedah  /strategi  /tindakan /usaha /modus operandi
PERLIS
tanggungjawab remaja sebagai pengguna dan usaha-usaha memupuk kesedaran kepenggunaan  dalam  kalangan  remaja
peranan/ tugas /kewajipan
PULAU PINANG
cara-cara berbelanja secara berhemat oleh golongan muda dan kekangan untuk menggalakkan mereka menabung
langkah /pendekatan /kaedah  /strategi  /tindakan /usaha
SABAH
kebaikan pokok putat dan cara-cara untuk memajukan industri tanaman herba
kelebihan /keistimewaan /faedah/ manfaat /kepentingan
SARAWAK
usaha-usaha untuk menangani masalah tekanan mental dalam kalangan pelajar dan kesan masalah mental kepada pelajar.
tindakan /pendekatan /kaedah /langkah /strategi /cara
SELANGOR
kepentingan bersarapan dan usaha-usaha untuk menggalakkan tabiat bersarapan dalam kalangan masyarkat
faedah /manfaat /kelebihan /kebaikan /keistimewaan
TERENGGANU
langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah pembalakan haram dan kepentingan mengekalkan kawasan hutan
pendekatan /kaedah  /strategi  /tindakan /cara /modus operandi
WP KL
ciri-ciri remaja yang berkualiti dan kesan-kesannya terhadap negara
sifat-sifat /potensi / keupayaan
SBP/SKLUS
kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya
kebaikan /kelebihan /keperluan /manfaat /faedah
MRSM
kepentingan mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut
kelebihan /keistimewaan /kemaslahatan /keperluan faedah / manfaat /kebaikan /kesan positif /mustahaknya
YIK
sebab-sebab remaja tidak mahu hidupnya dikongkong dan faedah-faedah jika dikawal oleh ibu bapa mereka
punca /faktor /alasan
(c) cikgushuhaimi

13 Oktober 2011

PROGRAM DI MRSM TRANSKRIAN OKTOBER 2011

Bulan Oktober tahun ini agak sibuk bagi MRSM Transkrian. Bermula dengan peperiksaan PMR pada 4 Oktober dan berakhir pada 11 Oktober yang lalu, maktab kini dalam persediaan rapi untuk menghadapi dua program besar di samping beberapa program lain. Dua program besar yang dimaksudkan ialah Majlis Graduasi kali ke-9 yang dijadualkan pada 20 Oktober dan Tunas Saintis MRSM Se-Malaysia kali ke-20 yang dijadualkan berlangsung dari 21-25 Oktober. MRSM Transkrian telah diberi penghormatan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk menjadi tuan rumah. Pertandingan dengan'‘NURTURING A CULTURE OF SCIENTIFIC EXCELLENCE’  akan disertai 44 MRSM yang lain seantero Malaysia.


Program lain yang diadakan dalam bulan ini ialah Malam Anugerah Homeroom 2011 ( 17 Oktober ) dan Hari Inovasi ( 31 Oktober ) manakala pelajar-pelajar tingkatan lima akan membuat ulang kaji terancang dan kendiri melalui Kem Studi Ting 5 di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal (ILP) mulai 21-30 Oktober sebagai persediaan menghadapi SPM 2011.







28 September 2011

BUKU HASIL KARYA RAKAN PENDIDIK BAHASA MELAYU

KOLEKSI RENCANA UMUM  - Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM JILID 1 
Hj Samat Buang
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
RM 10.00
KOLEKSI RENCANA UMUM  - Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM JILID 2 
Hj Samat Buang
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
RM 10.00
(Pesanan: 013-6840757)
SUKSES KARANGAN - Panduan Menjelang SPM
Siti Nurhasliza Hashim
(Pekan Ilmu Publication Sdn.Bhd)
RM 14.50
(Pesanan: 019-4573875)

21 September 2011

CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011 - SIRI 4

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 MRSM - Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan 2a PEMAHAMAN PETIKAN UMUM



Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
(i)         Apakah maksud rangkai kata menentukan jatuh bangun?                 [2 markah]

(ii)        Penulis menyatakan beberapa sebab subjek Sejarah sering diabaikan.            Nyatakan sebab-sebab tersebut.                                                          [3 markah]
(iii)       Subjek Sejarah penting dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.            Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya sekiranya subjek Sejarah tidak dipentingkan?            Berikan tiga kesan.                                                                              [4 markah]

17 September 2011

CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011 - SIRI 3

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 MRSM - Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan 1 MERUMUSKAN KARANGAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang  kepentingan mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang menjadi ukuran, malah pembangunan modal insan dilihat sebagai elemen paling penting dalam menentukan jatuh bangun tamadun sesuatu bangsa. Remaja hari ini perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa  dan kemakmuran negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.

 Dalam konteks ini, subjek Sejarah disandarkan harapan agar dapat menyemai semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda.  Di samping itu, subjek ini mampu memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan negara.  Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.  Peristiwa dan fakta yang dipelajari dalam subjek Sejarah seperti perjuangan menuntut kemerdekaan sekiranya dihayati boleh menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita.  Era globalisasi yang melanda seluruh dunia pula telah menjadikan masyarakat kita terutamanya anak muda mudah terdedah dengan pembaharuan budaya berteraskan Barat.  Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat kenegaraan.

         Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga.  Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara.  Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menjadi tanggungjawab setiap warga negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum.  Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini.  Subjek Sejarah sebenarnya merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar.  Kaedah inkuiri ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran kritis dan objektif pelajar.  Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan seseorang seperti rasa keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.
Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh  pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya.  Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka.  Pelajar juga merasakan bahawa mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima.  Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan juga merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati.  Perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian serius.  Maka, wajarlah subjek Sejarah terus dimartabatkan bagi membina negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‛Sejarah Perlu Dipelajari?’oleh Abdul Ghani Abu, Dewan Siswa Januari 2009) 




12 September 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 12 SEPT - 30 SEPT 2011



Diucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 MRSM Transkrian dan MRSM seantero Malaysia. Semoga berjaya dengan cemerlang.