03 April 2009

BAHASA MELAYU - UMUM Siri 4

JAWAPAN ATAU JAWABAN?
Memang telah menjadi suatu kelaziman bagi masyarakat kita, apabila berlaku sesuatu perubahan, kita akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya. Untuk pengetahuan kita bersama, Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm.615) telah mencatatkan seperti hal yang demikian:

jawaban, jawapan 1. jawab, balas (an)2. sesuatu yang dituliskan sebagai penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dalam ujian bertulis).
Oleh itu, kedua-dua patah perkataan itu betul dan diterima pakai.

Namun begitu, dari segi morfologinya, yang lebih tepat ialah jawaban. Perkataan ini berasal daripada perkataan jawab. "Jawab", apabila dibubuh imbuhan -an, maka yang terhasil tentulah "jawaban". Bentuk "jawapan" telah lama digunakan dalam masyarakat, dan oleh sebab itulah, untuk tidak mahu menimbulkan kesulitan kepada pengguna bahasa, kedua-dua bentuk diterima, walaupun bentuk "jawaban" yang seharusnya digunakan.

Tiada ulasan: