14 April 2009

IMBAUAN MRSM KERTEH 1987-1990 - 3


Assalamualaikum wbr
Terima kasih Ainorkhilah Mahmood dan suami, Abdul Razak kerana menghubungi saya melalui blog dan 'buku muka'. Terharu apabila anak murid menghubungi saya. Rupanya Ainorkhilah tinggal tidak jauh dari tempat saya dan bertugas di UiTM Pulau Pinang. Tahniah! anak murid dah kerja.Rozi Ibrahim juga ada menghubungi saya. Rozi di UiTM Shah Alam. Syabas! Walaupun, ada yang saya tidak mengajar mereka seperti Rozi tetapi keakraban antara pelajar MRSM Kerteh amat dirasai!

6 ulasan:

Aku... CikSekut berkata...

*terharunya* but terus terang saya katakan, setiap kali outstation ke terengganu lalu depan bandar baru kerteh, tengok bangunan tepi pantai tu... saya tak pernah lupa cakap pada kawan-kawan... "That building used to be my school. I've once lived and studied there" Tgk bangunan tu saja buat saya rasa cukup bangga... terima kasih kerana pernah satu masa dulu mendidik saya. Moga Allah limpahkan pahala yang berlipat ganda atas segala ilmu yang cikgu pernah curahkan kepada kami dahulu. :)

my little family berkata...

waaaa...gambar kenangan dulu2..Teringat saya zaman F1-F3 kat kerteh tu..err..muka saya & d geng ada tak? :-)

anita kema berkata...

salam cikgu,

gambar cikgu sederet tu, from left: ustaz taib, cikgu shuhaimi, cikgu razak, cikgu manaf, yang ni tak ingat, cikgu syed najmuddin dan cikgu rahim. NOstalgia betullah...

cikgu masih contact ngan cikgu2 yang lain tu ke?

Rusli berkata...

Salam Cikgu Shuhaimi,

Semalam tergerak hati nak google MRSM Kerteh. Was pleasantly surprised to have found you online here. Don't think we've met each other since I left Kerteh way back in late 1989. You probably don't remember me but you taught my class, Class K, right from the beginning until Form 3. And of course, you were also a warden in the Block B :-)

Anyways I cannot write long now. Will try to catch up with you later, soon! Just want to wish you Selamat Hari Guru and thank you for all the guidance given, and for putting up with our 'dok makang ssamang' attitude when we were in Kerteh :-D

May Allah bless you and your family always.

Ainorkhilah Mahmood berkata...

Salam cikgu....terima kasih cikgu...terima kasih kerana mendidik kami....masih ingat pada kami semua.Memang besar jasa Cikgu kepada saya.Masih belum terlambat utk saya ucapkan "SELAMAT HARI GURU".MRSM KERTEH...1988-1990 penuh dgn kenangan....

maria berkata...

assalamuallaikum cikgu,,, what ever it is (ops... marah lak cikgu bm ni krg) MRSM KERTEH tetap diHATI... Bukan nak bangga diri lah tapi rasanya kitaorang ni, tercampak kat mana pun boleh hidup punya (quote dpd cikgu siti hajar).. cikgu jaga rumah RELA kan... rumah MAJU yg selalu manang, tapi x kira lah, rumah MARA memang juara di hati sokmo2 (hehehe sbb sy umah MARA).... K, Salam untuk semua batch 87 dan cikgu2 semua, buat yg dah pergi ustazah anisah dan cikgu mazlan, tetap di hati (alfatihah).. maria 3b