02 April 2009

NOVEL BAHASA MELAYU SPM Siri 6

NILAI KETAATAN DALAM NOVEL
Pengenalan
Ketaatan merupakan satu daripada beberapa nilai yang terdapat dalam sesebuah novel. Ketaatan bermaksud hal-hal yang berkait dengan kepatuhan atau kesetiaan. Dalam novel yang dikaji pada peringkat SPM (2001-2010) terdapat peristiwa-peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai ketaatan. Dalam novel Julia, terdapat peristiwa yang memaparkan konsep ketaatan ini iaitu taat akan perintah ibu bapa. Julia patuh akan permintaan ibu bapanya apabila mereka mahukan dia menuntut ilmu agama di Hidayah Islamic College. Walaupun Julia bergaul dan berpeleseran dengan rakan-rakan di luar, namun sebagai anak yang taat akan ibu bapanya, Julia menurut kemahuan mereka. Hatinya sedikit memberontak namun ketaatan sebagai anak menjadikan dirinya rela untuk belajar di seberang laut. Jelas ketaatan yang ditunjukkan Julia merobah kehidupannya selepas itu sehingga Julia menjadi remaja yang matang dan tabah.Contoh Soalan
Salah satu nilai yang dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel ialah nilai ketaatan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan nilai
ketaatan.

Peristiwa-Peristiwa Nilai Ketaatan

Novel: Perlumbaan Kedua
(Pulau Pinang/Kedah/Perak)
Taat akan keputusan bapa
Sang Arnab Perang akur dan patuh akan keputusan bapanya yang memilih Sang Arnab Putih untuk berlumba dengan Tuk Kura.
Taat akan arahan ketua
Anak buah Tuk Kura taat menjalani latihan sebagai persediaan untuk berlumba dengan Sang Arnab setelah diarahkan oleh Tuk Kura.
Taat akan keputusan hakim
Sang Arnab tidak bersetuju dengan keputusan Sang Gajah memberi kemenangan kepada Tuk Kura kerana menuduh Tuk Kura berlumba tidak mengikut syarat. Walau bagaimanapun akhirnya Sang Arnab akur dan patuh dengan keputusan itu setelah Sang Gajah mengingatkannya tentang syarat-syarat yang telah dipersetujui sebelum itu.

Novel: Julia (Pulau Pinang/Kedah/Perak)
Taat akan ibu bapa
Julia patuh akan permintaan ibu bapanya apabila mereka mahukan dia menuntut ilmu agama di Hidayah Islamic College.
Taat akan kakak
Adiki-adik Julia taat dan tidak membantah Julia membimbing dan menjaga mereka.
Taat akan majikan/ketua
Semasa Julia menaiki bas ke Banting, Geena turut serta bersama dengan Julia untuk menyiasat masalah yang berlaku dalam BMPRO Transport.
Taat akan suami
Datin Maznah tetap setia kepada Datuk Bakar walaupun dia telah dimadukan kerana Datuk Bakar juga telah berkahwin dengan Ummi Sarah
Taat akan syariat agama
Julia telah menjadi gadis yang baik selepas belajar ilmu agama. Dia tidak lagi berkawan dengan Rasyid. Dia patuh mengerjakan suruhan Allah.

Penutup
Semoga para pelajar dapat memahami aspek nilai ketaatan dalam novel dan mampu mengenal pasti peristiwa-peristiwa yang menggambarkan nilai tersebut dalam novel yang dikaji mengikut zon masing-masing.
(c) cikgumie

Tiada ulasan: