06 April 2009

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 18

BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN

KARYA SASTERA DAN MINDA PEMBACA.
sumber: http://azman-duniaku.blogspot.com

Karya sastera merujuk hasil penulisan yang meninggikan budaya sesuatu masyarakat itu. Karya yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsur pengajaran positif dan mampu memberi satu kesedaran kepada setiap pembacanya. Sajak, novel, pantun, gurindam, cerpen dan seloka antara contoh karya sastera. Sememangnya karya sebegini berupaya untuk mematangkan pemikiran seseorang itu terutama golongan remaja.Karya sastera sering mengupas kemelut social yang sudah berlaku, sedang berlaku, dan mungkin bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini menyebabkan pembaca mengetahui sesuatu kemelut itu dengan lebih baik dan faham impak yang timbul. Pembaca tidak lagi melihat kemelut hanya daripada satu aspek sahaja tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor menjurus kea rah kemelut tersebut. Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yang berguna kepada pembaca dalam melihat kehidupannya.Lantaran itu, karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca. Kesedaran ini timbul setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusik jiwa mereka. Novel Bukit Kepong mampu menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab mereka tidak menyertai pasukan polis atau pembaca mula melihat anggota polis dengan satu pandangan baru yang positif. Jadi, tanpa karya sastera mungkin masyarakat tidak mengalami apa-apa perubahan minda.Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan. Pemilihan katanya begitu indah dan menyentuh naluri kita. Keindahan bahasa itu melambangkan keyakinan masyarakatnya terhadap bahasa sendiri. Kemahiran berbahasa ini sudah pasti memberi impak yang positif kepada pembaca jua. Sesungguhnya, karya sastera menyebabkan pembaca memiliki pengetahuan bahasa yang luas dan berguna dalam kehidupannya serta kerjaya mereka.Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri ketika menghasilkan karya mereka. Pengalaman itu mampu dikongsi bersama oleh pembaca. Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olah berlaku antara penulis dan pembaca. Keadaan ini memberi satu bentuk hubungan peribadi antara penulis dan pembaca yang memudahkan sesuatu karya itu difahami oleh pembaca. Situasi ini menghidupakan masyarakat untuk menjadi satu entity yang berperasaan kemanusiaan sejagat. Masyarakat yang tiada pilih kasih dan mementingkan diri.Namun, tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya. Karya sastera sering dikatakan membosankan, tidak menepati cita rasa remaja, terlalu panjang, sukar difahami, tidak melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagi alas an yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan karya sastera dipinggirkan oleh masyarakat terutama remaja yang lebih suka sesuatu yang pantas dan mudah difahami. Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera semakin menghilang.Kesimpulannya, karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakat moden. Cuma karya sastera harus berubah paradigma mereka. Karya sastera harus mencari jalan untuk menembusi minda remaja. Kejayaan karya sastera memahami keperluan remaja bakal memastikan karya murni ini terus hidup subur dalam sanubari masyarakat kita. Sanggupkah kita melihat karya sastera hilang di persada dunia ini?

Tiada ulasan: