05 April 2009

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA Siri 11

JAWAPAN LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DAN KESALAHAN TATABAHASA.

Assalamualaikum.
Berikut saya paparkan jawaban/jawapan bagi Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Kata dan Kesalahan Tatabahasa yang terdapat dalam siri 6. Jawapan ditulis semula dalam ayat yang lengkap untuk menunjukkan kedudukan kesalahan tersebut dalam ayat yang diuji sebagai panduan kita bersama.

(i) Oleh sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ayah sering pulang lewat.
(ii) Adik saya adalah antara peserta pertandingan melukis yang diadakan di ruang legar pusat
beli-belah itu
(iii) Para peserta lawatan sambil belajar dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan proses daftar masuk di lapangan terbang.
(iv) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.
(v) Stesen-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan diri.
(vi) Pembabitan golongan wanita dalam pelbagai bidang kerjaya telah meningkatkan martabat mereka.
(v) Orang dewasa harus menunjukkan teladan yang baik agar dapat ditiru oleh kanak-kanak.
(vi) Pengurusan masa yang terancang paling penting dalam kehidupan seharian jika tidak hal ini akan menimbulkan suasana yang haru-biru.
(vii) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak bergantung pada subsidi.
(viii) Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian tuan merasmikan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
(ix) ”Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini !,seru pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
(x) Kelawar yang bergayutan pada dinding gua Niah menarik perhatian pelancong.
(xi) Golongan pencinta alam menentang pengeluaran pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang.
(xii) Ketika berkhemah bersama dengan anggota kadet di kawasan hutan itu, hanya telefon bimbit yang menjadi penghubung antara dia dengan keluarganya.
(xiii) Yang Berhormat wakil rakyat itu sudi merakamkan kata alu-aluan dalam buku cenderamata sempena program Kembara Bahasa.
(xiv) Orang awam tidak dibenarkan masuk ke tapak pembinaan projek itu atas sebab-sebab keselamatan.
(xv) Kejadian gempa bumi yang meranapkan tinggalan sejarah di kota itu telah menggemparkan masyarakat dunia.
(xvi) Semua peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh penceramah yang tersohor.
(xvii) Duta Besar Malaysia di Indonesia telah menerima watikah pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
(xviii) Penyelidikan yang dilakukan PORIM berjaya membuktikan bahawa minyak kelapa sawit mentah sesuai juga untuk dijadikan bahan bakar, bukan hanya sesuai sebagai bahan makanan.
(xix) Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuklah masalah kebanjiran pendatang asing yang kian menjadi-jadi.
(xx) Kanak-kanak dilarang daripada menyampuk perbualan orang yang lebih tua kerana perbuatan itu dianggap biadap.
(xxi) Pihak polis telah berjaya membanteras kegiatan penyeludupan itu melalui penyiasatan yang dilakukan oleh pihak perisik setelah mendapat maklumat daripada orang ramai.
(xxii) Banyak kuih dihidangkan oleh Puan Aduni di atas meja bersempena dengan sambutan hari jadi anaknya
(xxiii) Kerja-kerja mencandat sotong sesuai dilakukan pada waktu malam sahaja.
(xxiv) Cita-citanya untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti belum tercapai lagi oleh sebab hidupnya yang susah itu.
(xxv) Pendaratan kapal-kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dipantau oleh pegawai di menara kawalan.
(xxvi) Kedua-dua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke sekolah khas kerana yuran bulanannya terlalu tinggi.
(xxvii) Masalah penipisan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya pencairan ais di kawasan kutub.
(xxviii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak topik/bab/tajuk yang belum dikuasainya.
(xxix) Hashim melemparkan pandangan ke arah pintu semasa ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.
(xxx) Ketiga-tiga ekor kucing Parsi itu ialah kucing peliharaan Encik Ahmad sejak lima tahun lalu.
(xxxi) Mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa yang baru Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu tidak dapat dijalankan kerana bilangan ahli yang hadir tidak mencukupi kuorum.
(xxxii) Kita memang mengakui bahawa tanggungjawab berat dan mencabar yang dipikul oleh tentera seharusnya setimpal dengan pendapatan mereka.
(xxxiii) Sekumpulan doktor pakar telah menjalankan kajian semula bagi memastikan vaksin baru itu tidak mendatangkan kesan sampingan.
(xxxiv) Orang yang berbudi bahasa biasanya akan dipandang/disanjung tinggi oleh masyarakat sekeliling walaupun dia berada di mana-mana sahaja.
(xxxv) Semasa menunggu ketibaan bas kanak-kanak itu makan makanan ringan yang dibeli dari gerai Pak Long.
(xxxvi) Bot nelayan itu teroleng-oleng/terumbang-ambing dipukul ombak besar ketika menuju ke laut untuk menangkap ikan di Laut China Selatan.
(xxxvii)Mahmud tetap mengambil berat akan kedua-dua ibu bapanya walaupun sibuk dengan urusan perniagaan di bandar.
(xxxviii)Selain menerima pelbagai kemudahan, guru juga mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat.
(xxxix) Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum lagi.
(xl) Kejayaan projek yang dilaksanakan mereka itu bergantung pada kos yang disediakan oleh pihak pemaju.
(xli) Para pelajar disarankan agar memberitahu warden asrama sekiranya mereka menghadapi masalah-masalah lain.
(xlii) Karangan yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu saya tulis.
(xliii) Amnah diminta oleh guru untuk menceritakan peristiwa itu kembali kepada rakan-
rakannya di kelas 5 Fobia.
(xliv) Kita tidak wajar mencampuri segala urusan yang tiada berkenaan dengan kita.
(xlv) Kes denggi di seluruh negara akan berkurangan sekiranya masyarakat memainkan peranan memastikan persekitaran kita bersih dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.
(xlvi) Rashid dan Rashidah akan berbincang dengan Pengurus Besar Syarikat Artinaz tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.
(xlvii) Banyak penduduk kawasan bandar menggunakan perkhidmatan bas mini untuk ke tempat kerja masing-masing.
(xlviii) Sesebuah keluarga itu akan hidup dalam suasana yang harmoni dan saling memahami jika ibu bapa dapat mentadbir rumah tangga dengan cemerlang.
(xlix) Ibu bapa perlu membimbing remaja secara berterusan agar mereka sentiasa memelihara disiplin diri untuk manfaat jangka panjang.
(xlx) Rahmah mengatakan bahawa dia kesuntukan masa untuk bercuti ke Pulau Kapas dengan kedua-dua ibu bapanya.

Tiada ulasan: