03 April 2009

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 11

BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN

9 PUNCA GEJALA SOSIAL DALAM MASYARAKAT
Dr.Che Noraini Hashim, INSTED -UIA

i. Kurang Penghayatan Agama Dalam Masyarakat
-Masyarakat berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia hingga lupa tuntutan agama -Agama Islam yang syumul (lengkap) bukan hanya mencakupi soal ibadah malah mencakupi sistem sosial, ekonomi,politik,perundangan dan sebagainya.

ii. Sikap ibu bapa dan keruntuhan institusi keluarga
-Kealpaan membahagikan masa dalam kalangan ibu bapa menyebabkan mereka tidak dapatmemberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak lantas anak-anak terbiar, bersendirian, tidak mendapat kasih sayang dan didikan yang sempurna. -Anak-anak mengalihkan haluan melakukan aktiviti di luar rumah dan mencari rakan sebaya apabila institusi keluarga runtuh.

Tiada ulasan: