06 Februari 2009

MERUMUSKAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM Siri 2

Untuk memperoleh markah cemerlang dalam Soalan 1 Merumuskan Karangan (27-30 markah), pelajar-pelajar hendaklah memastikan bahawa :
a. anda mengetahui dan memahami arahan untuk isi tersurat dan isi tersirat dalam arahan soalan.
b. anda menguasai teknik atau cara menulis atau menghasilkan rumusan yang terbaik.
c. anda menulis rumusan dalam empat perenggan.
d. perenggan Pengenalan menyatakan tema petikan yang diberi. Tema ialah perkara utama
atau perkara dominan yang dibincangkan dalam petikan yang diberi.
e. 6-8 isi tersurat dipersembahkan dalam perenggan kedua.
f. 2-3 isi tersirat dipersembahkan dalam perenggan ketiga.
g. perenggan Kesimpulan mempunyai tiga unsur.
h. jumlah patah perkataan untuk perenggan Pengenalan ialah 10-15, Isi tersurat 60-65, Isi
tersirat 20-25 dan Kesimpulan 10-15.
i rumusan bebas daripada sebarang kesalahan tatabahasa.
j. anda menuliskan jumlah patah perkataan yang betul
k. anda menghasilkan rumusan yang tidak melebihi jumlah patah perkataan yang dibenarkan
l. masa lebih kurang 35-40 minit diperuntukkan untuk menjawab soalan ini.

(c) cikgumie

Tiada ulasan: